Lady Gaga Belajar Main Piano Dengan ‘Telinga’

Sharing is caring!

Penyanyi sensasi Lady GaGa berkebolehan bermain piano namun dia sebenarnya tidak pernah mengikuti pembelajaran bermain alat muzik itu secara profesional.

Bau-baru ini, ibu pelantun lagu Poker Face ini iaitu Cynthia Germanotta mendedahkan anaknya tidak pernah menghadiri kelas piano sebaliknya Gaga hanya mendengar dan menghayati lagu yang didengari di rumah.

Sejak itu, Cynthia mula mengambil berat mengenai bakat muzik yang dimiliki anaknya dengan serius selepas Gaga menunjukkan keupayaan yang sebenar.

“Sejak kecil lagi, dia belajar bermain piano dengan ‘telinga’, di rumah. Suatu hari saya bertanya, ‘Adakah kamu mahu mengikuti kelas?’ Dia agak keliru dengan pertanyaan itu kerana katanya dia mendengar muzik di kepalanya. Dia tidak faham mengapa dia perlu pergi ke kelas.

“Sejak itu saya mula sedar ada sesuatu yang berbeza mengenai dia. Saya tidak tahu apa yang akan diterajui, tetapi saya menyedari bahawa ada sesuatu yang lebih di sana,” kata Cynthia ketika ditemubual oleh InStyle.

Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta mula meraih populariti dalam dunia hiburan sejak melancarkan album debut, The Fame pada tahun 2008, dan yang terbaru dia muncul dengan album studio kelimanya bertajuk Joanne pada 2016.

GaGa kini mempunyai enam Anugerah Grammy manakala Cynthia mengaku dia dan keluarganya masih tidak dapat mempercayai “urutan magnitud” yang telah dicapai anaknya itu.

Bagaimanapun, ibu penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bad Romance ini tahu bahawa perjalanan karier anak perempuannya itu tidak selalu mudah. Bahkan Gaga pernah mengalami gangguan pembuli dan gangguan tekanan pasca-traumatik (PTSD) pada tahun 2011.

“Apabila kariernya cemerlang, dia mula berkongsi pengalaman dan bercakap tentang keperluan untuk dunia yang lebih baik dan berani kerana dia bercakap dengan sangat terbuka semasa persembahannya tentang pengalaman negatif yang dilalui.

“Saya menyedari bahawa ia membantu proses penyembuhannya dan juga membantu golongan muda lain. Ia benar-benar membuka mata saya dengan cara yang sangat baik,” katanya lagi.

Leave a Comment

shares