Rebel! Kristen Stewart Selamber Berkaki Ayam di Cannes’18

Kalau sebelum ini aktres kanak-kanak, Millie Bobby Brown senang mengenakan sneakers ketika berjalan di karpet merah, terbaru, aktres sensasi Kristen Stewart selamber berkaki ayam di Festival Filem Cannnes 2018, baru-baru ini.

Bukan perkara baru bagi Kristen kerana sebelum ini aktres ini selesa memilih sneakers bersama gaun anggun ketika menghadiri karpet merah kerana kekok dan tidak yakin memakai tumit tinggi. Cumanya kali ini relaks berkaki ayam.

Peraturan Festival Filem Cannes menetapkan bahawa wanita dikehendaki memakai tumit tinggi dan dilarang mengenakan kasut bertumit rata, sementara lelaki mesti memakai tali leher hitam, bagaimanapun langsung tidak diendahkan aktres 28 tahun ini.

..

Bintang filem Twilight ini tiba di karpet merah untuk tayangan perdana filem BlacKkKlansman dengan sepersalinan mini dress sequin bersama tumit tinggi Christian Louboutin, tetapi akhirnya dia membuka kasutnya itu ketika hendak menaiki tangga dan terus selesa berjalan dengan berkaki ayam.

Kristen Stewart memang terkenal dengan perangai rebel. Jadi benda macam ini bukan perkara baru baginya.

loading...

Add Comment