Pelakon Witch Court Kahwin Senyap-Senyap, Pindah Ke USA

Sharing is caring!

Selebriti Korea memang dikenali selalu berusaha menyembunyikan kehidupan peribadi mereka, terutamanya berkaitan hubungan cinta.

Malah perkahwinan mereka dilakukan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Terbaru aktres Kim Min Seo, 34, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya selepas setahun menjalin hubungan cinta.

Majlis pada 17 Mei lalu di sebuah gereja di Seoul.

Acara perkahwinan pasangan sebaya ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapa sebagai menghormati suaminya yang bukan dari kalangan selebriti. Antara sahabat Kim Min Seo yang hadir ialah pelakon Jang Nara dan Choi Kang Hee.

Difahamkan, suami Min Seo mempunyai sebuah agensi olahraga di Amerika Syarikat justeru usai majlis perkahwinan dia mengikut suaminya berpindah ke negara tersebut

Kim Min Seo mula menceburi dunia seni sebagai anggota kumpulan Mint pada tahun 1999 sebelum kumpulan itu bubar selepas 10 bulan debut.

Selepas itu, dia mencuba nasib di bidang lakonan dan pernah tampil menerusi beberapa drama popular seperti Sungkyunkwan Scandal, The Moon Embraces The Sun dan kali terahir tahun lalu menerusi drama Witch Court.

Leave a Comment