#RoyalWedding Meghan, Prince Harry Terima 6 Juta Tweet

Sharing is caring!

Lebih enam juta orang menghantar mesej di Twitter pada hari perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, kata sebuah syarikat pemantau media sosial, hari ini.

Syarikat Visibrain berkata, jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding ketika perkahwinan abangnya Putera William dan Kate Middleton.

Menurut syarikat Perancis itu, antara jam 10.00 malam pada Jumaat dan 11 malam Sabtu waktu tempatan, 6,604,498 mesej dimuat naik ke Twitter di seluruh dunia sempena majlis perkahwinan diraja itu.

Pada masa sama, 5.2 juta tanda pagar #RoyalWedding digunakan.

Berbanding 1,821,669 mesej yang dimuat naik di seluruh dunia pada masa yang sama ketika Putera William mengahwini Kate Middleton pada 29 April 2011

Leave a Comment