BTS pertahan trofi ‘Top Social Artist’ Anugerah Billboard 2018

Sharing is caring!

KUMPULAN kpop terkenal sekali lagi mencipta sejarah apabila mempertahankan trofi Top Social Artist buat kali kedua di Billboard Music Awards 2018 (BBMA 2018) yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan).

Kumpulan itu berjaya mengalahkan nama besar lain dalam industri muzik Amerika Syarikat seperti Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lovato dan Shawn Mendes.

Kategori itu adalah berdasarkan undian peminat menerusi laman web rasmi Billboard dan Twitter.

Peminat yang menggelar diri mereka A.R.M.Y. turut mencipta tanda pagar #IVoteBTSBBMAs semanjak berita pencalonan BTS diumumkan.

Salah seorang anggotanya, RM ketika berucap berterima kasih kepada peminat yang telah mengubah hidup mereka dan tidak menyangka akan menerima trofi sama buat kali kedua berturut-turut.

“Terima kasih Billboard untuk trofi  buat kali kedua! Kali ini kami mula faham apa itu ‘sosial’ dan kepada peminat yang memberitahu muzik kami telah mengubah hidup mereka.

“Hidup kami juga berubah kerana anda! A.R.M.Y. di seluruh dunia, sokongan anda membangkitkan semangat kami,” katanya.

Kemenangan itu juga menjadikan BTS satu-satunya artis kpop yang memenangi dua trofi anugerah itu dan artis pertama yang mengadakan persembahan pada acara berprestij itu.

Dalam pada itu, BBMA 2018 menyaksikan penyanyi legenda, Janet Jackson menerima Anugerah Ikon selain turut mengadakan persembahan istimewa pada acara itu.

Ia adalah persembahan televisyen pertama Janet dalam masa sembilan tahun.

Kendrick Lamar, Bruno Mars dan Ed Sheeran masing-masing menerima 15 pencalonan menerusi pelbagai kategori pada malam tersebut.

Ed Sheeran muncul pemenang utama menerusi kategori Top Artist manakala Camila Cabello menerima trofi Billboard Chart Achievement atas kecemerlangannya dalam carta muzik itu.

Ed turut membawa pulang trofi Top Male Artist.

Pemenang lain pada acara yang diadakan di MGFM Grand Garden Arena, Las Vegas itu adalah Taylor Swift (Top Female Artist), Bruno Mars (Top R&B Artist) dan Cardi B (Top Rap Female Artist).

BBMA 2018 dihoskan oleh penyanyi Kelly Clarkson dan ia turut diserikan dengan persembahan daripada Christina Aguilera, Demi Lovato, Ed Sheeran dan Arian Grande.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Billboard 2018;

1. Top Artist

Ed Sheeran

2. Top New Artist

Khalid

3. Billboard Chart Achievement Award

Camila Cabello

4.Top Male Artist

Ed Sheeran

5. Top Female Artist

Taylor Swift

6. Top Duo/Group

Imagine Dragons

7. Top R&B Artist

Bruno Mars

8. Top R&B Male Artist

Bruno Mars

9. Top R&B Female Artist

SZA

10. Top Rap Artist

Kendrick Lamar

11. Top Rap Male Artist

Kendrick Lamar

12. Top Rap Female Artist

Cardi B

Leave a Comment