Dua tahun menghilang, Taylor Swift muncul di BBMAS 2018

Sharing is caring!

DUA tahun menghilang penyanyi sensasi Taylor Swift membuat penampilan istimewa di acara karpet merah Anugerah Billboard Muzik 2018 (BBMAS2018) pada Isnin.

Penyanyi lagu Bad Blood turut melancarkan album terbaharunya berjudul Reputation.

Taylor, 28, itu turut mencuri perhatian apabila tampil cantik dalam busana gaun mewah rekaan Atelier Versace.

Aksi kekasih Joe Alwyn dengan berkeyakinan memperlihatkan kaki panjangnya disebalik gaun berwarna rose merah jambu itu.

Busana dilengkapi dengan flora itu menyerlahkan sisi anggun Taylor.

Penampilannya benar-benar sempurna ditambah gaya rambut dan solekan yang glam.

Wanita ini membawa pulang dua trofi pada majlis tersebut iaitu Artis Perempuan Paling Popular dan Album Paling Terjual.

Leave a Comment