Suzy Bae Diancam Bunuh, Peminat Lelaki Un-follow Seolhyun (AOA)

Sharing is caring!

Pelakon dan penyanyi popular, Suzy Bae menerima ancaman bunuh gara-gara sokongan yang diberikan bintang YouTube Korea, Yang Ye Won yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seksual.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram miliknya, Suzy menunjukkan sokongan kepada Yang Ye Won dengan memuat naik paparan skrin petisyen.

Bekas kekasih Lee Min Ho ini juga menggesa Blue House menyiasat kes tersebut yang kini semakin berleluasa. Sayangnya niat baik pelakon drama Uncontrollably Fond itu telah disalah erti.

Segelintir pihak menganggap Suzy bersikap terlalu feminis gara-gara menyokong kes kontroversi Yang Ye Won. Seorang lelaki membuat sebuah petisyen ‘ancaman pembunuhan’ dan ‘hukuman’ terhadap bintang berusia 23 tahun itu.

Kewujudan petiyen itu bagaimanapun mengundang kritikan dan kemarahan kalangan peminat Suzy. Rata-ratanya tidak menyangka ada pihak sanggup mewujudkan petisyen sedemikian yang dianggap melampau.

“Ha… kamu semua yang membuat petisi, apakah tidak ada kerja lain?”,

“Mereka gila”, dan “Lihatlah tahap lelaki Korea yang misoginis, cuma itu saja yang boleh mereka lakukan,” komen para netizen merusi laman sosial Nate.

Sementara itu, seorang lagi artis iaitu penyanyi seksi Seolhyun yang turut memberikan sokongan pada Yang Ye Won tidak terlepas daripada ancaman. Dikhabarkan ramai peminat lelaki sudah-un-follow akaun media sosial anggota kumpulan AOA itu.

Leave a Comment