Ini Pendirian Radiohead, Mampukah Nurul Izzah Tunai Janji?

Sharing is caring!

Ahli politik. Selalu akan menabur 1001 janji manis mereka (terutama menjelang pilihanraya) tapi selalu ramai yang gagal menunaikan janji mereka. Namun kadangkala rakyat terpaksa ‘melupakan’ saja janji tersebut. Tetapi janji yang satu ini… janji besar!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @AlepWilcox mengingatkan ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar janjinya yang pernah dibuat pada pada pilihanraya tahun 2013.

Anak pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah pernah berjanji akan membawa kumpulan rock terkenal dari United Kingdom, Radiohead, ke Kuala Lumpur sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya.

..

Dalam satu temubual bersama majalah Esquire keluaran isu Julai 2013, wakil rakyat berusia 38 tahun itu berkata,

“Jika kami menang dan dapat Putrajaya, saya akan bawa Radiohead ke Kuala Lumpur,” katanya.

Nurul Izzah sebelum ini juga pernah mengaku meminati vokalis, Thom Yorke. Malah dia pernah memberitahu sebuah majalah, dia pernah meminta ibu bapanya untuk membelikannya album Radiohead ketika mereka ke UK atas tujuan tugasan. Akhirnya dia memiliki bukan satu tapi dua buah album kumpulan tersebut.

Malangnya pada PRU13, partinya perjuangkan gagal ‘mendapatkan’ Putrajaya namun kekalahan tersebut telah ditebus apabila Pakatan menang besar pada PRU14 yang lalu.

Sejak tweet tersebut tular, pastinya tidak banyak sedikit memberi tekanan kepada Nurul Izzah apatahlagi semakin ramai netizen mula menuntut janji.

Terbaru, Izzah memberi respon,

“Indeed. A promise is a promise” (Tentu. Janji tetap janji) kata Nurul Izzah menerusi Twitter yang turut disertakan #PostRamadanDiscussion. Now get on work!

..

Jawapan Nurul Izzah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata berharap sangat janji itu dapat di kotakan.

Walaupun Nurul Izzah memberi respon positif dan memberi gambaran dia sedang mengusahakan impiannya serta seluruh peminat di Malaysia namun Nurul Izzah mungkin akan menghadapi masalah besar kerana difahamkan kumpulan yang cukup popular dengan lagu Creep ini berpegang pada pendirian tidak akan membuat konsert di negara yang mempunyai hukuman mati.

Leave a Comment