Mulan Jameela Cantik Berhijab Tapi Netizen Suruh Tutup Dada

Sharing is caring!

Sejak kebelakangan ini penyanyi popular Mulan Jameela sering memuat naik foto menunjukkan dia dengan imej berhijab.

Terbaru, Mulan yang menghadiri sebuah acara ulang tahun busana Viena Mutia di Jakarta turut berkongsi foto di laman Instagram miliknya

Pada majlis tersebut, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mahkluk Tuhan Paling Seksi ini sangat cantik mengenakan kaftan berwarna biru.

Isteri kepada pemuzik dan komposer Ahmad Dhani itu memandankan kaftannya dengan tudung berwarna hitam.

Sekeping gambar kenangan bersama teman artis yang juga hadir dalam acara tersebut seperti Vicky Shu, Rini Yulianti, dan Ririn Ekawati diabadikan dalam Instagram berserta kapsyen,

“Happy Milad neng @vienam Semoga semakin barokah dalam segala hal,” tulis Mulan.

..

Posting tersebut mendapat banyak komen positif daripada netzien yang rata-rata memuji Mulan cantik berhijab.

“Masya Allah semakin cantik dengan berhijab teh @mulanjameela1 semoga bisa seterus nya ya teh,”.

“Cantik banget mba @mulanjameela1,”.

“Teh mulan paling cantik,” sanjung nykk***aji.

Namun, ada dikalangan netizen yang ‘memberi tumpuan’ ke bahagian dada Mulan yang tidak ditutupi tudungnya.

Malah ada yang menyarankan ibu tga cahaya mata itu, supaya memakai hijab yang menutup dada.

“Teh mulan cantik. Tambah cantik lagi kalo dadanya di tutupin pake jilbabnya.. Itu sungguh cantik sekali,”.

“Cantik dan lebih cantik lg kalau kerudungnya digerai menutupi dada pasti lebih cantik dan anggun,”, itu antara komen-komen netizen.

Leave a Comment