Sarimah Ibrahim rugi RM40,000 gara-gara alat solek

Sharing is caring!

KECEWA, itulah perasaan yang dirasakan oleh selebriti TV popular, YM Che Puan Sarimah Ibrahim kerana pernah ditipu pengilang tempatan sehingga mengalami kerugian mencecah RM40, 000.

Memetik laporan portal hiburan berlainan, kejadian berlaku setahun lebih yang lalu ketika dia mencari pengilang untuk menghasilkan jenama alat soleknya.

“Saya sekadar percaya dan bila sampel dihantar oleh pengilang itu ke Singapura, saya dapati bahan digunakannya boleh memberi kesan bahaya kepada kulit.

“Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam kerana kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan sekadar ditipu pengilang dan kerugian wang ringgit malah hampir putus asa untuk menghasilkan produk alat solek ketika itu,” ujarnya.

Pun begitu, akhirnya masih ada sinar baharu buat bintang ini apabila rakannya memperkenalkan kepada pengilang yang betul dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah setelah sekian lama mencari akhirnya saya dapat juga menghasilkan produk jenama alat solek sendiri.

“Saya tampil mendedahkan perkara ini agar orang ramai mengambil langkah berhati-hati jika mahu berurusan dengan pengilang produk,” katanya lagi.

Leave a Comment