“Tak payahlah melenting, watak ‘sotong’ dia puncanya” – Nam Ron sindir Sharnaaz

PELAKON Nam Ron menyindir Sharnaaz Ahmad dengan berkata aktor itu tidak patut melenting dan memarahi tindakan selebriti media sosial Faiz Roslan kerana ia berpunca daripada lakonan pelakon berkenaan suatu masa dahulu.

Nam Ron, 48, berkata, watak lelaki lembut yang dibawakan Sharnaaz dalam drama Suamiku Encik Sotong yang popular dilihat berjaya memperngaruhi remaja berkenaan untuk berperwatakan wanita ketika melakukan video parodi.

“Saya rasalah budak Faiz tu terpengaruh dengan watak lembut yang Sharnaaz pernah bawak dulu tu. Cerita apa dia tak tau.

“So, saya rasa dia tak patut marah kat budak tu sebab budak tu terpengaruh dengan lakonan powernya. Budak-budakkan suka meniru,” tulisnya di Twitter.

Nam Ron mengulas tindakan Sharnaaz yang lantang menegur secara keras tindakan Faiz bersama rakan -rakannya yang membuat parodi lagu Yang Syantik dengan berpakaian seperti wanita dan aksi itu dilihat keterlaluan.

Pelakon filem Bunohan ini turut berkata, Sharnaaz sebaliknya berbangga lakonannya sebagai lelaki lembut sebelum ini dilihat berjaya memikat hati penonton.

“Dia patut bangga sebab ramai budak lelaki nak jadi lembut. Itu tandanya lakonannya berjaya memikat hati penonton.

“Dulu masih cerita Superman tengah hib ramai gila budak-budak nak jadi Superman sampai ada terjun flat pakai baju Superman beli kat pasar malam. Tapi takde pulak Superman ugut nak tibai (pukul) depa,” katanya sinikal.

Nam Ron pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Redha dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017.

loading...

Add Comment