Bekas gitaris Ekamatra dipenjara 10 Tahun

Sharing is caring!

BEKAS gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular pada era 90an dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Seksyen Alor Star atas kesalahan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa Februari lepas.

Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nurul Azman [email protected], 44, yang berasal dari Johor selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lepas di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Star.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ketika rayuan, Md Nurul Azman  memohon agar dipenjarakan mengikut tarikh dia ditahan dan diletakkan di Penjara Kajang, Selangor atas alasan bagi memudahkan ahli keluarga datang melawatnya. Dia turut menyatakan rasa kesal dan insaf di atas perbuatan dilakukannya itu.

Juraidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap setelah berpuas hati dengan hujahan daripihak pendakwaan selain pengakuan bersalah tertuduh itu sendiri.

Leave a Comment