Sengaja ‘Buat Drama’ Skirt Tertanggal, Tayang Seluar Dalam

Sharing is caring!

Keterujaan model cantik plus size dari Rusia, Yulia Rybakova ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2018 yang lalu bertukar menjadi satu pengalaman buruk buat dirinya.

Sebuah video yang tersebar menunjukkan Yulia berjalan dengan senang hati dan elok saja berjalan di karpet merah dengan gaun meleret berwarna merah yang kebetulan sama warna dengan karpet.

Dia tidak menyedari kainnya yang meleret ke lantai dipijak oleh seseorang sehinggalah dia menoleh dan terkejut melihat kainnya yang tertanggal sehingga menampakkan seluar dalam.

..

Lebih memalukan kerana ketika itu dia berada di depan khalayak ramai dengan hanya berseluar dalam sahaja. Mujur ada seorang lelaki cepat-cepat mengambil skirt itu dan terus mengahmpiri Yulia kemudian membantu wanita itu ‘menyambung’ semula kainnya.

Nasib malang Yulia tambah berganda apabila dia dikecam rata-rata pengguna media sosial yang menganggap insiden itu sengaja dibuat-buat untuk meraih perhatian.

Yulia didakwa sengaja berlakon seolah-olah terperanjat apabila kainnya tertanggal sebagai mendapatkan publisiti tetapi dengan cara murahan.

“Anda sangat menyedihkan. Sanggup mengecilkan diri semata-mata unk mendapat beberapa minit kemasyhuran!”.

“Helah yang sangat murah!”.

“Kemalangan tersebut jelas satu lakonan.” – itu antara kritikan yang dilemparkan pengguna media sosial

Leave a Comment