Amy (Search) Bersyukur Doa Mahu Timang Anak Lagi Termakbul

Sharing is caring!

Tahniah kepada lagenda rock, Amy Search kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata selepas isterinya, Norish Hassan disahkan hamil.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman, 59, mengumumkan berita gembira tersebut

Amy meluahkan rasa syukur apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun termakbul.

“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.

“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” tulisnya seperti yang dilaporkan BH online.

..

Vokalis kumpulan Search itu memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kandungan itu.

Amy turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagram, sebentar tadi.

Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9.

Leave a Comment