Erma Fatima akui dah tua, tak ada berani dekat

Sharing is caring!

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima tidak terlintas untuk mencari teman hidup bercerai dengan pengarah Bade Azmi tahun lalu.

Menurut pengarah hebat ini, dirinya sudah tua, selain tidak ada sesiapa yang berani mendekati.

“Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu. Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang.

“Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami.

“Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati,” katanya kepada Astro Awani.

Erma dan Bade berkahwin pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.

Leave a Comment