‘Palsu’ merujuk pada video panas Syafiq Kyle?

Sharing is caring!

SEJAK beberapa hari ni, hangat dengan kisah video lucah yang didakwa milik pelakon yang sedang meningkat naik Syafiq Kyle.

Pelbagai andaian dan cerita dibuat mengenai kesahihan video tersebut.

Akhirnya pengurus Syafiq Kyle, Shawn Amer memuat naik status dengan perkataan ‘Palsu’ di akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.

Biarpun tidak merungkai secara terperinci, namun ramai percaya status itu merujuk pada video lucah yang didakwa membabitkan pelakon popular, Syafiq Kyle, 26.

Hasil tinjauan Kakigosip, rata-rata yang memberikan komen di ruang status berkenaan memberitahu agar pihak mereka tampil segera untuk mencerahkan keadaan bagi memadam segala spekulasi busuk yang dilemparkan ke atas aktor tersebut.

Bahkan rakan-rakan terdekat juga turut menyarankan laporan polis dibuat bagi membersihkan nama Syafiq.

Sejak malam Ahad penyebaran video yang didakwa mirip naib juara Hero Remaja 2011/2012 di media sosial hangat diperkatakan sehingga ke hari ini, namun pelakon drama bersiri Nur ini masih mendiamkan diri.

Leave a Comment