Pemain Drum FT Island Timang Anak Sulung 5 Bulan Sebelum Kahwin

Sharing is caring!

Dua minggu selepas mengumumkan dia akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Yulhee pada Oktober ini, terkini pemain drum anggota kumpulan FT Island, Minhwan berkongsi berita dia telah menyambut kelahiran cahaya mata sulung.

Yulhee selamat melahirkan seorang bayi lelaki, pada 18 Mei lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Minhwan, 25, memuat naik foto dia tiga beranak dan sekeping foto wajah anaknya. Foto tersebut disertakan dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada peminat yang selama ini menyokongnya.

“Pada 18 Mei, kami menyambut anak pertama kami. Di hari kelahirannya kami menangis dan memeluk anatar satu sama lain. Kami sangat gembira! Kami akan menjalani hidup dengan baik!!! Terima kasih kepaa semua kerana merestui kami!!!,” tulisnya.

..

Bagaimanapun anggota paling muda FT Island ini tidak berkongsi nama anaknya itu.

..

Pada 5 Januari lalu, Minhwan mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Yulhee yang juga merupakan anggota kumpulan Laboum selepas hampir lima bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pada 9 Mei lalu, Mihwan menulis surat kepada peminat mngesahkan mengenai kehamilan Yulhee dan berkongsi keterujaannya bakal bergelar bapa. Dia memberitahu mereka merancang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Oktober depan selepas Yulhee benar-benar kembali sihat seleps bersalin.

Selain Minhwan, FT Island dianggotai Choi Jong Hoon, Lee Hong Ki, Lee Jae Jin dan Song Seung Hyun. Kumpulan yang popular dengan lagu seperti Hello, Hello, Love Sick, Severely dan Love Love Love ini pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur, ‘Play! FTISLAND Concert in Malaysia’ pada tahun 2012.

Leave a Comment