Zaman Takuya Kimura Dah Habis, Kini Anak Daranya Pula Curi Perhatian

Sharing is caring!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Zaman dan populariti bapanya mungkin sudah lama berlalu, jadi kini perhatian peminat dunia beralih pula kepada anak bongsunya, Mitsuki Kimura.

Mencuri tumpuan netizen, anak gadis Takuya Kimura yang baru berusia 15 tahun ini kini sudah bergelar model dan menggunakan nama ‘Koki’.

Memiliki ketinggian 170 sentimeter, Koki dikatakan mempunyai persamaan yang menarik dengan bapanya, malah miliki rupa paras saling tak tumpah seperti aktor 45 tahun itu.

Terbaru, dia dipilih sebagai penghias muka depan untuk majalah Elle keluaran Julai 2018.

..

Bukan itu sahaja, akaun Instagram Koki telah mengumpul lebih daripada 400K pengikut dalam masa empat hari sahaja, rata-rata teruja untuk mengikuti kehidupan seharian anak gadis yang fotogenik ini.

Koki mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa di Tokyo dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis dan juga Sepanyol.

..

Seperti bapanya, Koki juga mempunyai bakat muzik dan sangat mahir dalam bermain instrument seperti seruling dan piano.

Nama Takuya Kimura, 45, antara pelakon Jepun yang menjadi kegilaan anak remaja sekaligus mencuri perhatian dunia sejak tahun 1998. Ketika itu dia yangmenggunakan nama pentas Kimutaku merupakan salah salah seorang daripada enam lelaki band boy dikenali SMAP yang menjadi fenomena di Jepun.

..

Selepas 28 tahun bersama-sama SMAP, kumpulan itu akhirnya dibubarkan pada tahun 2016. Namun populariti Takuya tidak tergugat.

Malah dia menjadi buruan penerbit drama TV, filem, dan banyak iklan sepanjang tahun. Antara drama lakonannya yang mencetuskan fenomena seperti Long Vacation dan Beautiful Life.

Sementara Kiko merupakan anak hasil hidup bersama Takuya dengan penyanyi Jepun Shizuka Kudo pada tahun 2003. Kiko merupakan anak kedua mereka selepas mereka berkahwin pada tahun 2000.

Leave a Comment