Tolong Selamatkan Gadis Ini !!

AYER HITAM – Keluarga seorang remaja yang menghilangkan diri kelmarin di Ayer Hitam, Johor , sanggup pulang ke Bachok, Kelantan sekiranya keputusan itu akan melembutkan hati anak kedua daripada tujuh beradik untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Nurfadzillah Milatusshamsi, 17, seorang pelajar cemerlang, sempat menghantar adiknya, Muhammad Asyraf, 13, ke Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lui Barat sebelum bertindak melarikan diri.

Ibu remaja berkenaan, Siti Zaleha Ibrahim, 44, berkata, anaknya juga menunjukkan sepasang pakaian dalam beg galasnya kepada Muhammad Asyraf dan memberitahu dia ingin melarikan diri namun tidak diendahkan.

“Adiknya tidaklah mengambil serius perkara itu namun tidak sangka kakaknya tekad untuk melarikan diri. Tiah (gelaran kepada Nurfadzillah) meninggalkan motosikalnya dekat kedai dan saya terkejut apabila melihat motosikal Tiah di situ, kerana saya berpendapat Tiah ponteng sekolah.

“Namun sekitar jam 8.28 pagi saya menerima pesanan ringkas daripadanya, yang memberitahu dia ingin mencari ketenangan dengan mencari Allah SWT, selain dia rasa dirinya kosong,” katanya.

Nurfadzillah sebelum ini kehilangan ayahnya, Milatusshamsi Wagidun, 43, yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada awal Januari lalu.

Siti Zaleha berkata, akibat pemergian ayahnya itu, anaknya sering mengalami kemurungan selain terpaksa berpindah sekolah dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ke SMK (F) Lui Barat, Jempol.

“Jika pulang ke kampung halaman (Kelantan) dapat menenangkan dia, kami sekeluarga sanggup berpindah ke sana, mungkin dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya sudah tiada susulan dia rapat dengan arwah,” katanya.

Tambah Zaleha, dia menghubungi Tiah dan dapat bercakap dengannya seketika, difahamkan Tiah kini berada di Johor dan dia teruja apabila Zaleha mengajaknya pulang ke Kelantan.

“ Orang ramai yang menjumpai Tiah, diminta segera menghubungi saya di talian 017-301 3732 kerana kami sekeluarga bimbang akan keselamatannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

-Sinar harian

ADIK JUAL NASI LEMAK DIHINA KAKAKNYA YANG BEKERJA KERAJAAN.. TAPI LIHAT APA YANG BERLAKU SETERUSNYA…!!!



ADIK JUAL NASI LEMAK DIHINA KAKAKNYA YANG BEKERJA KERAJAAN.. TAPI INI YANGBERLAKU…!!!


Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang menjual nasi lemak di tepi jalan.

BACA KISAHNYA:
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.

Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu



Moralnya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain, boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa..

LANA NORDIN MENGELUPUR KERANA PEMINAT TEGUR GAMBAR PANASNYA!!!

LANA NORDIN MENGELUPUR KERANA PEMINAT TEGUR GAMBAR PANASNYA!!! | 
Tindakan seorang peminat dikenali Ainiazmi yang menegur secara langsung gambar seksi Lana yang dimuatnaik di Instagram telah mengundang reaksi kurang senang pelakon seksi ini.



LANA NORDIN MENGELUPUR KERANA PEMINAT TEGUR GAMBAR PANASNYA!!!

Lana Nordin secara terbuka membalas komen peminat tersebut dengan jawapan yang agak keras dan emosi. Berikut adalah komen yang dihantar oleh peminat tersebut di Instagram Lana.









SILA AMBIL BERAT! Ini Sebab Mengapa Pertunangan Perlu Dirahsiakan

SILA AMBIL BERAT! PERTUNANGAN PERLU DIRAHSIAKAN | Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan. Tak payah tunang la, kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki. Adakah perbuatan sedemikian wajar?? Sila ambil berat! Pertunangan perlu dirahsiakan.

Dibawa ini ada penjelasan kenapa pertunangan perlu dirahsiakan. Jom baca dan harap lepas baca ni, timbul rasa keinsafan dalam jiwa ye.

Renung betul-betul, kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain.

Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu.

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

Hukum tertidur mengunjurkan kaki ke arah kiblat

Tuntutan menghormati arah kiblat itu dapat dilihat dalam berbagai perkara. Antaranya ialah dalam perkara qadha hajat. Apabila kita hendak qadha hajat haram hukumnya menghadap atau membelakangi kiblat jika dalam keadaan terbuka seperti di gurun sahara iaitu padang pasir. Namun harus jika qadha hajat itu dalam keadaan berdinding. Sekurang-kurang dinding itu ialah tiga hasta tinggi dan tidak kurang tiga hasta jaraknya. Jika dalam keadaan sedemikian hukumnya adalah harus. Lebih lagi harus jika qadha hajat itu dalam tandas kerana sememangnya dalam keadaan tertutup.

Bagaimana pula hukum tidur dengan mengunjurkan kaki ke arah kiblat? Adakah tidur seperti ini termasuk dalam perkara tidak menghormati arah kiblat? Untuk menjawab persoalan ini, elok kita rujuk pandangan ulama mengenainya.
Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala ada menerangkan bahawa salah satu cara tidur menghadap kiblat itu ialah seperti menghadapkan orang yang hampir mati ke arah kiblat iaitu dalam keadaan terlentang, muka dan dua tapak kakinya menghadap ke arah kiblat. Perkara ini jelas disebutkan dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin dengan katanya:
Ertinya: “(Adab tidur yang) ke tujuh ialah (sunat) tidur menghadap kiblat. Menghadap kiblat itu ada dua cara : Salah satunya: (Seperti cara) menghadapkan orang yang hampir mati iaitu terlentang atas belakang (badannya), muka dan dua tapak kakinya menghadap ke arah kiblat. Kedua: (Seperti cara) menghadap (kiblat di dalam) lubang kubur iaitu baring secara mengiring dengan mukanya serta bahagian hadapan badannya ke arah (kiblat) ketika berbaring pada posisi sebelah kanan.”
(Kitab Ihya ‘Ulumiddin: 1/448)
Selain tidur, dalam perkara sembahyang, di dalam keadaan tertentu ketika sakit seseorang itu dibenarkan bersembahyang secara menelentang dan kedua kaki menghadap ke arah kiblat. Hal ini disebutkan oleh Imam Zakaria al-Anshari Rahimahullahu Ta’ala dalam kitab Asna al-Mathalib:
Ertinya: “Jika dengan duduk itu dia mendapat kesusahan, (iaitu kesusahan yang sama) dirasainya (ketika dia bersembahyang) dengan cara berdiri, maka wajib sembahyang (dengan cara) berbaring atas rusuknya dengan wajah dan (sebelah) hadapan badannyamenghadap kiblat. Dan berbaring atas rusuk sebelah kanan adalah lebih afdhal. Dan makruh jika berbaring di atas rusuk sebelah kiri tanpa ada sebarang keuzuran sebagaimana ditetapkan dalam kitab al-Majmu’. Kemudian jika terdapat keuzuran untuk berbaring maka sembahyanglah dalam keadaan menelentang dan dua tapak kakinya mengarah ke kiblat, seperti halnya orang yang hampir mati apabila tidak dapat dibaringkan di atas rusuknya barulah dibaringkan secara menelentang. Dan (orang yang dibaringkan secara menelentang itu) kepalanya lebih tinggi dengan meninggikan bantalnya supaya menghadap wajahnya ke arah kiblat.”
(Kitab Asna al-Mathalib: 1/148)
Sementara itu, menurut Syeikh Muhammad bin Shaleh al-‘Uthaimin Rahimahullahu Ta’ala apabila ditanya mengenai hukum tidur dengan mengunjurkan kaki ke arah kiblat, beliau memfatwakan dengan berkata:
Ertinya: “Tidak mengapa ke atas seseorang apabila dia tidur kedua kakinya menghala ke arah Ka’bah (kiblat). Bahkan ulama fiqh Rahimahumullahu Ta’ala berkata: “Sesungguhnya orang sakit yang tidak mampu berdiri dan tidak mampu duduk, (maka dia) bersembahyang dengan cara miring dan wajahnya menghadap ke arah kiblat dan jika tidak mampu juga maka (hendaklah) bersembahyang dengan cara terlentang dan kedua kakinya menghadap ke arah kiblat.”
(Fatawa Ibnu al-‘Uthaimin: Soalan ke 1576)
Maka berdasarkan beberapa pandangan ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tidur menelentang dengan mengunjurkan kaki ke arah kiblat itu tidaklah mengapa bahkan tidak dikira berdosa. Sebab, tidur dalam keadaan mengunjur kaki ke arah kiblat itu sama dengan keadaan sembahyang orang yang sakit dan tidak mampu sembahyang dalam keadaan berdiri ataupun duduk. Diharuskan sembahyang miring atas rusuknya yang kanan ataupun dalam keadaan menelentang dengan wajah dan kedua kakinya menghadap ke arah kiblat.

WALLAHU’ALAM – Pelitabrunei


Inilah Antara 6 WARNA Yang Paling Mempengaruhi Kehidupan Anda Tanpa Sedar !!!

Adakah anda pernah terfikir mengapa anda sebenarnya membeli produk tertentu berbanding lain-lain, atau mengapa anda makan di tempat-tempat tertentu? Adakah jenama yang mempengaruhi anda, atau sesuatu yang lain? Anda sebenarnya mempunyai minda separa sedar di antara 62% dan 92% berdasarkan semata-mata kepada warna. Malah 93% daripada apa yang anda beli adalah berdasarkan penampilan visual… Betul tak???

Jom tengok carta dibawah yang sangat menarik….

Ramai Yang Tahu Tapi Tak Semua Yang Buat,Inilah Perkara Penting Yang Ramai Anak Tidak Laksanakan Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia..

sekadar gambar hiasan semata-mata $Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani kalau mak ayah kita dah meninggal, tukar nama bil-bil yang atas nama dia dulu. Bil air, bil api, bil telefon semua …

Read moreRamai Yang Tahu Tapi Tak Semua Yang Buat,Inilah Perkara Penting Yang Ramai Anak Tidak Laksanakan Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia..