GEMPAR!!SERAM!!PENAMPAKAN POCONG KETIKA PERSEMBAHAN FAIZAL TAHIR DI AJL 30

hantu Ajl24

Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku.  Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-
 Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.[/note]
Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.
hantu Ajl24
Sedikit penerangan dari Klubkidd.
1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.
2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.
3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

Sumber : Abg Nara

Berjubah Hitam, Fynn Jamal Nafi Dirinya Pengikut Syiah

Penyanyi juga ikon media sosial berpengaruh, Fynn Jamal, mengakui ada sesetengah pihak mempersoalkan penampilannya yang sering berjubah hitam bahkan gara-gara imej itu dirinya didakwa kononnya membawa identiti sebagai pengikut kumpulan fahaman Syiah.

Membidas dakwaan tersebut, Fynn atau nama Nur Affina Yanti Jamalludin, berkata, penampilannya langsung tiada kaitan dengan identiti mahupun ciri-ciri mana-mana pihak atau kumpulan tertentu.

“Memang ada yang menegur saya kenapa asyik pakai baju sama, jubah hitam. Sehinggakan ada yang sangka saya penganut Syiah. Saya ingin tegaskan, saya tidak membawa apa-apa perlambangan mahupun perlambangan Syiah, kalau tak percaya boleh berjemaah bersama-sama saya dan boleh dengar saya bertakbir.

“Sebenarnya dalam almari saya hanya ada lima jubah hitam, ada sehelai cardigan dan beberapa koleksi baju musim sejuk,” jelasnya sekaligus mengulas dakwaan tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran Caliph Cereal For Eyes bertempat di Flora Terrace, Ampang, pada Selasa.

Menurut pelantun lagu Arjuna Beta ini, pemilihan warna hitam merupakan citarasanya sejak beberapa tahun lalu. Baginya kekerapan memakai baju warna yang sama berulang kali bukan sesuatu yang pelik.

Katanya, busana jubah lebih mudah dan cepat baginya untuk menyesuaikan dalam apa keadaan berbanding pakaian lain yang memerlukan dia mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan.

“Saya sedar benda macam ni ada persaman dengan ikon dunia misalnya seperti Mark Zuckerberg dan Steve Job. Dan Rasulullah juga mempunyai hanya dua baju dalam satu masa. Saya ada lima, okay lah tu kan…

“Setiap pagi jika mahu keluar rumah, saya peruntukkan masa hanya 10 minit saja untuk bersiap. Jadi paling senang ialah pilih warna hitam. Apa yang penting saya pakai baju yang bersih, selesa dan saya tidak mengganggu orang lain.

“Bukan tidak mahu memakai baju warna lain, tetapi saya rasa zaman itu sudah berlalu. Lagipun saya dan suami, kami memang sangat simple dari segi pemakaian,” tuturnya.

Bukan setakat teguran daripada pihak lain malah kata Fynn, keluarganya juga keluarga mertua turut menegur pemilihan warna bajunya juga baju suaminya yang turut mempunyai citarasa sama sepertinya.

“Kalau nak tahu, keluarga dan keluarga mertua pun ada menegur kami kenapa asyik pakai baju warna hitam. Kata mereka. bukannya kami tidak mampu membeli baju lain.

“Memang betul, bukan kami tak ada duit nak beli baju lain tapi bagi saya dan suami, kalau bab berbelanja untuk pakaian memang kami tidak berlebih-lebih sangat. Tapi sebenarnya kami lebih suka berbelanja besar untuk gadjet dan makan,” ceritanya sambil tertawa.

Menyesal Jual Sambal?

Sementara itu, Fynn turut mengulas mengenai satu lagi isu yang mengaitkan namanya berhubung produk yang diberi nama ‘ibu sambal’ yang mencetuskan kontroversi selepas ia menjadi viral di laman sosial.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa produk sambal daripada mana-mana pihak mahupun permintaan untuk saya membuat reviu mengenai sambal.

“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul isu saya meniru produk sambal orang lain sedangkan saya selalu kongsi resepi-resepi saya di laman sosial sebagai memberi galakkan pada pengikut saya supaya mereka rajin memasak. Lagipun bukanlah susah sangat resepi nak buat sambal.

“Jadi bila isu ini timbul, saya rasa kelakar. Saya tunggu juga pihak yang mendakwa saya meniru produk mereka agar tampil dan menjelaskan perkara itu, tapi sehingga sekarang tiada siapa pun tampil.

“Sebenarnya idea hendak mengeluarkan produk sambal ini timbul sejak saya menyertai karnival Vendorfestival baru-baru ini. Kebetulan ketika itu saya merancang mahu jual lempeng. Jadi saya pun buatlah sambalnya sekali. Saya buat hanya 100 botol saja. Manalah tahu kalau ada pelanggan nak beli dan bawa balik.

“Tak sangka sambutannya menggalakkan dan dalam masa sama timbul pula kontroversi ini. Tak sangka, 100 botol sambal nilah yang menyusahkan hidup saya (ketawa). Saya dah mula menyesal buat sambal. Manakan tidak, sampaikan ada pula orang kata saya sekarang sudah ada kilang sambal. Malah isu sambal ni sudah jadi isu besar pula, itu yang lucu,” ujarnya dengan panjang lebar sambil tertawa.

Mengenai perkembangan kerjaya pula, Fynn bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kalau. Istimewanya menerusi lagu tersebut dia berkolaborasi dengan kumpulan Kopratasa.

MAYAT TERBIARKAN TERAPUNG DALAM TASIK SELAMA 2 TAHUN MASIH SEMPURNA



MAYAT TERBIARKAN TERAPUNG DALAM TASIK SELAMA 2 TAHUN MASIH SEMPURNA
Dua tahun lalu, seorang pendaki Gunung Dempo, yang terletak di sempadan Wilayah Sumatera Selatan dan Bengkulu, dikatakan telah jatuh ke dalam tasik kawah gunung berapi dan dilaporkan maut.
Setelah sekian lama berlalu, jasad mayat yang tidak dinyatakan identitinya tersebut masih kelihatan utuh terapung di permukaan tasik.
Menurut laporan oleh sebuah portal berita, pada tahun lalu, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan pendakian. Mangsa dilaporkan terpisah dari rombongan dan dinyatakan hilang.
Selepas tiga hari melakukan pencarian, akhirnya pasukan pencari menemui jasad pemuda ini mengapung dalam tasik kawah gunung yang kedalamannya hampir 2 kilometer.
Pasukan penyelamat dikatakan menghadapi kesukaran untuk mengambil jasad pemuda tersebut kerana jarak dari puncak gunung hingga ke bibir kawah mencecah 1 kilometer dan kebimbangan ancaman gas beracun yang keluar dari dalam kawah.
Hingga kini, jasad pemuda tersebut masih terapung di dalam tasik kawah gunung yang berwarna kehijauan, tanpa mengalami sebarang kerosakan sedikit pun. Pekara ini mungkin disebabkan keadaan air kawah yang mengandungi pelbagai macam bahan yang membolehkan jasad tetap utuh.
Menurut beberapa orang para pendaki Gunung Dempo, jasad pemuda tersebut yang kadang kala mengapung dan kadang-kadang tidak kelihatan.
Sehingga hari ini, usaha untuk mengangkat mayat mangsa masih cuba dilakukan. Namun, usaha untuk melakukannya begitu sukar. Dengan keadaan di sekitar kawah Gunung Dempo, kelajuan angin sukar diduga walaupun dengan menggunakan helikopter.
Sumber: takbacarugi

Mia Sara Kurang Kena Buli, Maki Sejak Berhijab

Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha, 11, mengakui semenjak tampil dengan imej bertudung, dia sudah kurang dibuli rakan mahupun dimaki sesetengah pihak seperti yang pernah dialaminya sebelum ini.

Mia yang ditemui pada sidang media dan perlantikannya sebagai duta Caliph, berkata, ketika kali pertama dia ke sekolah dan memakai tudung, dia diserbu kawan-kawannya dan ramai memuji penampilannya.

Meskipun kini sudah berhijab namun pelakon drama Karipap & Strawberi ini berkata dia masih seorang yang ceria, periang sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya.

“Gembira dan bersyukur sebab ramai yang puji saya. Masa hari pertama bertudung, saya diserbu kawan-kawan.

“Walaupun sudah bertudung tapi saya masih Mia yang sama dan tetap jadi diri sendiri lagipun tak banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.

“Cuma sekarang rasa lebih seronok sebab saya sudah tidak lagi dibuli kawan-kawan atau dimaki di laman sosial seperti mana sebelum ini. Saya rasa diri saya lebih dihormati ramai pihak. Saya tak tahu kenapa sebelum ini ada yang maki-maki saya tapi saya tak kisah pun dengan cemuhan tersebut,” katanya yang turut menyatakan keputusannya mahu memakai tudung adalah lahir dari hatinya sendiri tanpa paksaan sesiapa.

Mia membuat keputusan bertudung penuh sejak pulang menunaikam umrah pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Mia mengakui kini sudah kurang menerima tawaran berlakon tetapi situasi tersebut tidak memberi kesan yang besar pada dirinya kerana katanya dia percaya pada rezeki.

“Tawaran berlakon memang berkurang tapi saya tak kisah sebab mesti ada rezeki lain nanti. Macam sekarang, sambutan terhadap jualan koleksi tudung saya iaitu MSCouter semakin dapat sambutan selain jualan produk Caliph juga meningkat.

Dalam pada itu, katanya lagi, dia tidak teragak-agaka menolak tawaran jika watak yang ditawarkan menuntutnya membuka tudung.

“Selepas ini kalau ada tawaran berlakon tapi meminta saya buka tudung, saya tidak akan terima tawaran tersebut. Tetapi ada drama yang saya sudah tandatangani kontrak sebelum bertudung, jadi saya terpaksa membuka tudung untuk menjayakan watak dalam drama berkenaan,” jelasnya.

Berkongsi pula mengenai Caliph, kata Mia, sejak mengamalkan makanan tambahan tersebut, dia mengalami perubahan positif misalnya lebih dapa memberikan tumpuan sewaktu pembelajaran selain prestasi keputusan peperiksaanya yang semakin baik.

“Caliph ni bukan macam supplement biasa. Kalau supplement biasa kadang-kadang ia ada rasa pahit tetapi jus Caliph sedap diminum.

“Jika sebelum ini, saya selalu ada sifat malas tapi sejak amalkan makan Caliph, saya rasa lebih cergas dan dapat beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

“Prestasi saya pun semakin meningkat dan saya boleh skor dalam peperiksaan. Misalnya keputusan peperiksaan yang lalu untuk matapelajaran bahasa Inggeris saya dapat markah 99 per 100,” katanya yang mengamalkan pengambilan produk tersebut dua kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

Sementara penyanyi dan ikon media sosial, Fynn Jamal yang juga dipilih sebagai duta produk tersebut turut berkongsi mengenai perubahan positif yang dialami oleh anaknya, Arjuna yang kini berusia 4 tahun dan mempunyai penyakit Autisme.

“Saya beri Arjuna minum Caliph. Selepas seminggu pertama saya mula nampak banyak perkembangan dan perubahan positif yang berlaku pada dia. Kalau selama ini dia memang susah hendak fokus tapi sejak minum Caliph, dia lebih tenang.

“Selama ni Juna hanya boleh makan nasi putih saja ataupun kadang-kadang nasi dengan lauk kari. Tapi sejak kebelakangan ini dia ada selera untuk makan makanan lain dan sudah pandai minta itu dan ini. Selain itu, tambah menggembirakan saya dia sudah pandai menulis nombor satu hingga sepuluh tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa,” kongsinya.

Baju Dayang Nurfaizah Inspirasi Daripada Penyapu Ahli Sihir

Selepas busana Fara Fauzana menjadi viral gara-gara baju tersebut menyerupai ‘ayam belanda’, busana yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pula menjadi mangsa kritikan netizen.

Busana berwarna emas yang dipakai Dayang pada malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) yang lalu merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Bukan itu sahaja, ada di kalangan netizen mula mempersoalkan kredibiliti Rizalman sebagai seorang pereka fesyen.

Panas dengan isu tersebut, Rizalman telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen berbaur sinis di akaun Instagramnya.

“Siapa kata baju ini ditiru dari Balmain?? Saya dapat inspirasi dari penyapu ahli sihir lah.

“Lalalalala la la la ( kan betol saya cakap cuaca kat Malaysia panasss… Penyapu je kalau nak bagi sejuk) . Ini contoh kalau benda sama tetapi salah pemakai dan styling boleh jadi ke Laut,” tulisnya di laman Instagram.

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut Instagramnya dan menyebabkan mereka yang memberikan komen negatif itu dikecam.

Rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang merendah-rendahkan hasil kerja dan usaha pereka fesyen terkenal itu.

Indah Ruhaila Rela Dikritik Imej Rambut Keemasan

Penyanyi Indah Ruhaila tidak berasa bimbang sekiranya dikritik selepas dia tampil dengan imej rambut berwarna keemasan baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, sebagai artis dia sedar akan risiko berkenaan namun tidak dapat mengawal cakap-cakap negatif terhadap dirinya.

“Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung.
“Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan.

“Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Indah berkata, perubahan imejnya itu adalah untuk tampil segar kerana bimbang peminat akan berasa bosan dengan penampilannya.

Bagaimanapun itu tidak bererti dia akan mengekalkan warna rambut emasnya itu untuk jangka masa panjang.

“Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini.

“Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia bakal memasuki studio dalam masa terdekat untuk merakamkan single ketiganya hasil ciptaan Omar K.

Selain itu, dia kini giat mempromosikan lagu Disebalik Takdir selain memenuhi undangan nyanyian.

10 Restoran Arab Ni Wajib Pergi Kalau Melancong Ke Korea

Korea, destinasi percutian yang semakin menarik minat pelancong di negara ini. Namun sebelum berkunjung ke sana dan menikmati keindahan Pulau Jeju atau mengejar artis-artis K-Pop kegilaan kamu, ada satu perkara penting perlu kita tahu, mana nak cari makanan halal.

SEOUL

1# Dubai Restaurant

Jika kamu ‘penggila’ masakan Arab, restoren ini bukan saja memaparkan suasana dekor Timur Tengah tetapi kesemua masakan adalah dihasilkan oleh chef-chef dari Dubai. Daging kambing dan kebab adalah makanan paling laku apabila singgah di sini. Restoran ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon 1-dong 127-2.

2# Usmania International Restaurant

Menyediakan beratus menu makanan Pakistan bermula dari roti gandum, kambing, daging dan ayam akan membawa kamu seolah-olah berada di negara Pakistan. Dekorasi tradisional seperti permaidani sutera diikuti menu popular  ayam tandori dikatakan makanan kegemaran rakyat Korea sendiri. Kamu boleh kunjungi restoran masakan Pakistan ini di Seoul-si Yongsan-gu Itaewan-dong 119-7.

3# Arabian Restaurant

Memang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa makanan Arab memang halal. Restoran ini menyediakan sayuran segar dan rempah ratus tradisional menjadikan stik kambing dan kebab kambing menjadi tumpuan pelancong Islam. Restoran ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon-dong 123-21.

4# Taj Palace

Meski berada di Korea, kamu masih boleh menikmati kari, roti naan, thali dan sebagainya di restoran ini. Kesemua ayam, daging dan rempah-ratus dibawa dari India. Restoran ini juga menyediakan minuman lassi (yogurt) malah semua chef mempunyai pengalaman bekerja di hotel mewah. Ia terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon-dong 132-2.

5# Wazwan

Salah satu lagi restoran makanan India ini terletak bersebelahan masjid di Itaewon ini menyediakan makanan mampu bayar. Ramai rakyat tempatan gemar menikmati kari di sini. Selain kari, terdapat samosa, ayam tandori, nasi India dan pemanis mulut. Restoren ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Hannam-dong 732-151.

6# Salam

Siapa kata kamu tidak boleh menikmati masakan Turki di Korea? Terletak di Seoul-si Yongsan-gu Hannam-dong 732-21, restoran ini ada menyediakan Sup Merjimek, salad Coban salatasi, minuman Ayran, teh dan biskut.

7# Bindya

Terletak berhampiran di Stesen Gangnam, restoren ini menyediakan set menu lengkap masakan India dari chef India sendiri. Untuk ke sini, kamu boleh ke Seoul-si Seocho-gu Seocho-dong 1308-2, F3.

INCHEON

8# Arabesque

Restoran ini ada menyediakan makanan kebab popular dari Turki dan kari dari India. Paduan dua menu ini menjadikan ia tempat terbaik buat pengunjung Arab di Korea. Restoran ini terletak di Incheon-si Jung-gu Inhyeon-dong 22-40, 2F.

9# Samarkand

Kamu tidak perlu jauh ke Uzbekistan untuk menikmati kambing atau daging cucuk yang dipanggil shashlik, roti tradisional, samsa dan salad lobak merah kerana makanan ini terdapat di Korea yang berlokasi di Incheon-si Jung-gu Sinpo-dong 20-1.

BUSAN

10# Shabana

Terletak di luar kampus Universiti Busan, restoran ini dikatakan sering ramai pengunjung ekoran ia antara kawasan komersil yang sibuk di Busan. bagi kamu yang teringin menikmati nasi biryani, ayam, kambing, dal, tandori dan sayuran campur, Shabana boleh membantu. Ia terletak di Busan-si Geumjeong-gu Jangjeon 3-dong 420-23.

8 FOTO SEKITAR PRA-PERKAHWINAN ANZALNA NASIR & MOHAMAD HANIF


Gambar-gambar pra perkahwinan Anzalna Nasir, 27, dan bakal suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 27, yang ala-ala lagu ‘Jaanam’ melalui filem Dilwale. 

“The making of our pre wedding video. Jaanam Jaanam tak?” Ujar Anzalna melalui IGnya.

Untuk info, pasangan ini bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 21 Febuari ini di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum mengadakan dua majlis resepsi masing-masing pada 27 Februari 2016 (Hotel Grand Hyatt) dan 3 April 2016 (Dewan Perdana Felda). 

“Alhamdulillah… majlis resepsi pertama di Hotel Grand Hyatt saya memilih konsep Diraja Britian manakala persandingan dihadapan peminat kami akan mengenakan busana tradisional Melayu,” kata Anzalna baru-baru ini.

Sumber: myartis









Lelaki Lembut Cabar Shahz Jaszle!

Tidak hanya mahu bergelar seorang pelakon, Shahz Jaszle, 28 nampaknya turut memasang impian untuk bergelar pengarah.

Menurut Shahz Jaszle, beliau sudah mempunyai skrip hasil tulisan sendiri namun masih belum berkesempatan untuk melakukannya.

Shahz Jaszle dalam perkembangan terkini pula bakal muncul dalam drama terbaru Cinta Masam Manis di slot akasia TV3 dimana turut menggandingkan pelakon terkenal Izara Aishah sementara Zamarul Hisham pula sebagai teraju utama.

Berkongsi mengenai watak yang dibawa, menurut Shahz Jaszle, membawa watak lembut bukanlah sesuatu yang mudah dan sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu dipelajari.

Tambah Shahz Jaszle lagi, beliau tidak kisah dengan sebarang kritikan terhadapnya dalam membawa watak tersebut malah menerima dengan terbuka dan menganggap ia satu proses pembelajaran.

Buat Shahz Jaszle, selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi dan semoga segala impian untuk menjadi seorang pengarah tercapai suatu hari nanti ! 🙂