Selain di konti, Abby Fana amal kerja jariah

SETIAP manusia amat sibuk dengan komitmen masing-masing seperti komitmen kerja, keluarga, peribadi dan sebagainya. Namun, kita tidak boleh menjadikan alasan tersebut untuk tidak membuat kerja amal.

Walaupun kita mempunyai masa kosong yang begitu sedikit, sebaiknya kita isikan masa tersebut dengan melakukan kerja-kerja amal.

Bagi pengacara radio popular Abby Fana, dia akan cuba mencuri sedikit masa terluang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Apabila kita buat kerja amal, sebenarnya kita buat baik kepada diri sendiri. Hal ini dijanjikan oleh ALLAH SWT di mana setiap orang yang membuat baik akan menerima ganjaran daripadaNYA,” katanya ketika ditemui dalam program Doa Buatmu Rohingya, baru-baru ini.

Selain membantu masyarakat yang memerlukan, melakukan kerja amal ini membolehkan seseorang individu tersebut untuk membuat kawan baru atau mengenali jiran yang berdekatan rumah mereka.

Menurut Abby, daripada aktiviti sebeginilah dia mengenali rapat jirannya memandangkan dia masih lagi bekerja.

“Segelintir masyarakat mungkin tidak mengenali orang sebelah rumahnya. Bila ada aktiviti sebegini, mungkin itulah masa kita mengenali jiran kita.

“Buat kerja amal ini seronok, lebih-lebih lagi kalau kita buat beramai-ramai dan bersama-sama,” ulas bekas juri program Pencetus Ummah ini.

Setakat ini, Abby mempunyai dua kumpulan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Salah satunya  dinamakan sebagai Kengkawan Projek.

Kengkawan Projek terdiri daripada jemaah surau di tempat kerjanya dan ia sudah ditubuhkan kira-kira empat tahun lalu.

“Biasanya, kami akan buat kerja amal bersama-sama dengan badan lain. Seperti contoh, kami pernah buat sarapan dan memberikannya kepada pekerja Alam Flora.

“Kadang-kadang, kita akan duduk ramai-ramai dan berkongsi satu hadis untuk manfaat bersama,” kata anak kelahiran di Muar, Johor ini.

Manakala satu lagi kumpulannya, dikenali sebagai Ikhwah Muslimah Putra Heights yang terdiri daripada jiran-jiran di tempat tinggalnya.

Dalam geng ini, mereka sentiasa melakukan aktiviti kerohanian bersama-sama untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama sendiri.

“Dalam kumpulan ini pula, kita selalu buat marhaban, baca Al-Quran beramai-ramai dan pergi ke rumah anak yatim.

“Di Putra Heights, terdapat beberapa buah surau. Kalau mana-mana surau yang melakukan aktiviti, kami akan kongsi aktiviti tersebut di dalam group WhatsApp,” ujarnya.

Terus aktiviti sokong Rohingnya

Dalam pada itu, Abby turut menyokong segala usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menyatakan sokongan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Jelasnya, sudah beratus tahun etnik tersebut diseksa oleh kerajaan Myanmar yang dilihatnya tidak mempunyai belas kasihan terhadap mereka.

“Dahulu, saya mengagumi Aung San Suu Kyi kerana kelantangannya bercakap mengenai soal hak kemanusiaan. Tetapi, segalanya berubah apabila dia dilantik menjadi salah seorang menteri di Myanmar.

“Dia kelihatan tidak berdaya untuk membantu etnik tersebut. Melihat apa yang berlaku, kekaguman saya terhadap beliau semakin pudar,” katanya.

Abby berharap, aktiviti seperti Doa Untukmu Rohingnya perlu diperbanyakkan lagi untuk menzahirkan pendirian Malaysia terhadap isu berkenaan.

Meskipun tampak kecil, baginya, program sebegini akan membuka sedikit mata kerajaan Myanmar, apa yang mereka lakukan ketika ini salah dari sudut kemanusiaan.

“Jangan berhenti untuk zahirkan sokongan kita terhadap Rohingya. Lakukan apa sahaja untuk membantu mereka.

“Yang paling penting berdoa dan jangan sesekali berhenti berdoa. Kita mampu berusaha tetapi ALLAH SWT yang mempunyai kuasa untuk memakbulkan doa kita.,” katanya dengan seribu harapan.

Pendengar adalah sahabat

Bercerita mengenai perihal kariernya, Abby menganggap pendengar Sinar FM seperti sahabatnya.

Ada segelintir pendengar yang mendengar celotehnya di konti sejak beberapa tahun lamanya.

“Ada seorang pendengar pernah telefon dan menceritakan sudah mengikuti segmen-segmen saya sejak di bangku sekolah sehingga kini mempunyai anak.

“Dia ada sebut namanya tetapi maklumlah, saya tak boleh ingat nama semua pendengar saya. Jadi, saya ucapkan tahniah kepadanya,” katanya sambil gelak kecil.

Selain menjadi kawan ‘maya’, daripada celoteh tersebut dia memiliki kawan betul atau realiti.

Beberapa tahun lalu, salah seorang pendengarnya menceritakan perihal anaknya yang sakit teruk dan terlantar di hospital.

“Mendengar perihal tersebut, saya tanya wanita tersebut sama ada boleh tak saya menziarahi anaknya. Wanita tersebut sangat berbesar hati dan mengajak saya untuk menziarahi anaknya.

“Daripada saat tersebut, kami menjadi kawan rapat sehingga sekarang,” katanya.

Jeffrydin ‘digilai’ peminat wanita

PENYANYI Datuk Jeffrydin memang cukup sinonim dengan irama Pop Yeh Yeh yang melalui zaman kegemilangan sekitar era 1960-an. Sepanjang bergelar artis rakaman, penyanyi yang berasal dari Singapura ini menghasilkan lebih 30 buah album.

Mengimbas detik awal penglibatannya dalam bidang nyanyian, pemilik nama sebenar Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman ini memberitahu, tawaran bergelar artis rakaman selepas bergelar juara sebuah pertandingan nyanyian.

“Saya minat menyanyi dan suka menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan dalam masa yang sama menunjukkan bakat yang ada.

“Menerusi pertandingan tersebut saya beberapa kali dinobatkan sebagai juara sehingga pada tahun 1964, sorang wakil syarikat rakaman Philip Recording menawarkan untuk bergelar artis dan di situlah bermula segala-galanya,” ujarnya.

Terkenal dengan ‘trademark’ menyanyi sambil menggoyangkan badan, Jeffrydin cukup popular dengan lagu-lagu seperti Kenanganku, Seruling Anak Gembala, Mas Mona, Siti Haida dan Pertemuan.

Keunikan suara dan gaya persembahannya di pentas membuatkan nama Jeffrydin sentiasa menjadi bualan dan kerap dipilih menjayakan persembahan di serata negeri ketika itu.

“Pada waktu itu, saya seangkatan dengan rakan-rakan seperti A. Ramlee dan M. Osman dan sentiasa dilihat bersaing antara satu sama lain apabila sama-sama mendapat perhatian baik dari penganjur persembahan mahupun peminat.

“Apa pun kami bertiga bersaing secara sihat malah masing-masing ada penampilan berbeza ketika di pentas selain kelebihan tersendiri.

“Ketika itu hampir setiap hari jadual saya dipenuhi undangan menyanyi di merata tempat sehingga kadang-kadang saya tidak sempat membuat perkara lain kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja,” katanya.

Menurut Jeffrydin, pada ketika itu kebanyakan artis rakaman mendapat sokongan dan perhatian yang begitu hebat daripada peminat dan setiap persembahan mendapat sambutan luar biasa.

“Tidak kiralah di mana pun kami membuat persembahan, peminat memang sering memberikan sambutan yang hebat sehinggakan pernah ada insiden pernah persembahan roboh akibat diserbu penonton yang ketika itu begitu teruja dengan kehadiran kami.

“Saya pernah berdepan situasi itu ketika menjayakan persembahan di Tanjung Karang (1966) dan Kota Bharu (1967) apabila pentas kami roboh kerana terlalu ramai menghampiri pentas semata-mata mahu melihat kami dari dekat,” imbasnya.

Memiliki rupa paras yang kacak ketika zaman mudanya, Jeffrydin menjadi antara penyanyi lelaki yang ‘digilai’ ramai peminat wanita, malah ada di antaranya begitu fanatik dan sanggup melakukan apa sahaja.

“Bila ingat balik tentang karenah peminat ini kadang-kala saya ketawa sendiri kerana ketika zaman itu mereka begitu menyanjung kami sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengajak saya berkahwin.

“Pernah juga ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka sekitar tahun 1967, saya pernah ditarik peminat sehinggakan baju hampir terkoyak dan entah macam mana juga dalam masa yang sama ada pula yang sempat menggunting sedikit rambut saya untuk disimpan sebagai kenangan.

“Walaupun kadangkala apa yang mereka lakukan itu di luar jangkaan kita, saya tidak pernah marah atau mempersoalkan tindakan itu sebaliknya sering mengingatkan bahawa saya tidak boleh memberi tumpuan hanya kepada individu tertentu sahaja kerana saya milik masyarakat,” katanya yang pernah mendapat 200 pucuk surat setiap hari.

Suatu yang menarik tentang peminat Jeffrydin juga, setiap kali penyanyi ini bakal menjayakan persembahan, mereka akan membuat permintaan khas agar penyanyi itu memakai pakaian mengikut warna kegemaran mereka.

“Saya seorang yang mementingkan penampilan setiap kali muncul membuat persembahan dan akan memastikan warna atau rekaan baju sesuai.

“Dalam masa yang sama peminat juga suka membuat permintaan khas supaya mengenakan baju warna sekian-sekian untuk persembahan yang bakal diadakan dan sebagainya.

“Kalau diikutkan, saya suka warna biru dan pink untuk pilihan pakaian, namun sesekali saya mengikut permintaan peminat.

Meski sudah lebih separuh dekad dalam bidang seni, Jeffrydin masih belum terfikir untuk bersara sebaliknya terus aktif selagi peminat masih menerimanya.

Dalam perkembangan terbaru, bapa kepada tiga anak ini sekali lagi bakal tampil membuat persembahan di pentas Istana Budaya menerusi Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang bakal diadakan pada 3 hingga 5 Mac depan.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila muzik Pop Yeh Yeh masih lagi diterima sehingga kini. Kami akan diberi peluang menghiburkan penonton dengan muzik yang menjadi darah daging kami.

“Konsert kali ini sangat istimewa dan disebabkan itu saya buat pertama kalinya mahu menyanyikan lagu berbahasa Inggeris untuk peminat yang masih memberi sokongan setelah sekian lama tidak membuat persembahan dengan lagu antarabangsa walaupun dulu saya sering menyanyikan lagu-lagu begini di persembahan pentas,” katanya yang cukup meminati Elvis Presley ini.

Pesan Lisa Surihani buat pelakon baru

PELAKON versatil, Lisa Surihani mengakui gembira dengan kehadiran aktres baru di Malaysia khususnya dalam memeriahkan industri seni hiburan tempatan.

“Dengan rasa hormat dan mengamalkan sikap  profesional dalam industri, sudah tentunya saya mengalu-alukan kehadiran mereka memeriahkan dunia seni. Warnakan lagi industri kita.

“Kita perlu kepelbagaian dari aspek fizikal, cara lakonan, pembawaan dan sebagainya. Ia akan memberi warna dan saya suka perkara ini dalam arena seni tempatan,” terang isteri kepada Yusry KRU ini.

Ditanya mengenai populariti, ini pendapat Lisa; “Soal popular atau pun tidak, biarlah ia datang sendiri dan bukan anda yang mengejarnya. Sebab kalau terlalu impi populariti bimbang nanti ada yang bersifat touch and go atau suam-suam kuku.

“Walaupun ia boleh mempengaruhi perjalanan karier anda, tapi jangan letakkan itu sebagai keutamaan. Jadikan ilmu lakonan sebagai span untuk kita serap dan jangan kedekut dengan ilmu yang ada.

“Hormati diri sendiri, hormat orang lain, belajar, cari rezeki untuk keluarga. Bagi saya itulah yang paling penting sebenarnya,” akhiri Lisa.

Sayu : Seorang ibu dan 2 anak terlibat kemalangan ngeri lori dan kereta di sempadan Pekan dan Rompin (8Gambar)

Pekan : Kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori muatan barang runcit bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Civic di jalan sempadan Pekan dan Rompin.

Kemalangan yang berlaku petang tadi mengakibat kan kedua-dua kenderaan terbabit rosak teruk apa yang lebih malang didalam kereta terbabit terdapat 2 kanak-kanak dan ibu mereka yang merupakan pemandu kereta terbabit.

Keadaan 2 kanak-kanak dan ibu mereka tidak pasti, ketiga-tiga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Rompin.

Manakala nasib pemandu lori juga tidak diketahui, punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib info penuh menyusul.

Jangan Harap Dapat Swafoto Dengan Jennifer Lawrence

Jika suatu hari anda bertemu dengan Jennifer Lawrence di tengah jalan dan berhasrat mahu mengajaknya berswafoto, rasanya anda perlu bersedia untuk gigit jari.

Ini kerana, bintang filem siri Hunger Games ini menegaskan beliau sudah tidak lagi berminat berselfie dengan peminat.

Memetik laporan Daily Telegraph, Lawrence berkata sudah cukup baginya untuk berselfie dengan para peminat.

“Saya rasa orang akan kalau kami memang berteman dan kerana saya terkenal dan peminat merasakan yang mereka sudah kenal saya sedangkan saya tidak mengenali mereka,” tuturnya.

Katanya, dia meletakkan batasan itu kerana merasa pelik jika kerap kali diajak bergambar oleh orang-orang yang tidak dikenalinya.

Pendekatan itu juga sebagai langkahnya memisahkan antara karier dengan kehidupan peribadinya. Justerus dia merasakan dia perlu melindungi privasinya.

Meskipun begitu, dia tidak menyekat pihak media yang ingin mengambil gambarnya ketika waktu tertentu atau acara hiburan seperti di permaidani merah ataupun tayangan filem. Namun peminat harus bersedia untuk kecewa jika ajakan mereka mahu berselfie ditolak aktres berusia 26 tahun ini.

Nad Zainal Akui Lebih Feminin Selepas Bergelar Isteri

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon Nad Zainal mengakui dia kini lebih mengutamakan kecantikan dan lebih feminin berbanding sifatnya yang lasak sebelum berkahwin.

Tambahan, beliau berbuat demikian atas permintaan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin, yang sememangnya mementingkan aspek penjagaan diri.

“Saya membuang sifat malas untuk bersiap dan mengamalkan pengambilan Audela setiap hari. Malah, saya tidak akan memakai solekan tebal sekiranya tidak bekerja. Paling penting ialah penggunaan pelindung matahari untuk menjaga kulit.

“Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin semakin baik dan paling penting saya kini lebih feminin, terutamanya dari segi penampilan dan imej. Saya semakin mudah bangun pagi dengan rutin sebagai isteri dan ibu,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki diberi nama Fahad.

Mengenai perkembangan kerjaya, Nad ketika ini sibuk merakamkan program berbentuk travelog berjudul Citarasa Malaysia untuk siaran Ramadan nanti. Selain itu, dia juga menjayakan telefilem Dosa Perempuan yang akan disiarkan menerusi TV3 bulan depan.

Anak Ikut Yana Samsudin Pergi Kerja

Selepas lima bulan bergelar ibu kepada Aisy Mateen, pelakon Yana Samsudin, 33, kini mula kembali aktif.

Memetik laporan Sinar Harian, Yana berkata walaupun belum bersedia menerima tawaran untuk tempoh lama namun dia sudah mula membawa anaknya pada program tertentu kerana mahu mendedahkan kerjayanya.

“Saya bimbang menyusahkan pihak produksi di kemudian hari dan selesa menerima tawaran telemovie.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan saya sedang berbincang mengenai tawaran filem dan drama tapi itu terlalu awal untuk dikongsi,” katanya yang baru dilantik sebagai duta produk Dr. Norman Professional Skincare.

[VIDEO] Mereka Letak Kamera Dekat Sarang Burung.. Nak Tengok Apa Yang Berlaku… Alih-Alih Bila Tengok Kamera Merakamkan Benda Ni Akhirnya.. Terperanjat Semua Orang.. Pecah Tembelang Kau..

Mereka Letak Kamera Dekat Sarang Burung.. Nak Tengok Apa Yang Berlaku… Alih-Alih Bila Tengok Kamera Merakamkan Benda Ni Akhirnya.. Terperanjat Semua Orang.. Pecah Tembelang Kau..

Mereka Letak Kamera Dekat Sarang Burung.. Nak Tengok Apa Yang Berlaku... Alih-Alih Bila Tengok Kamera Merakamkan Benda Ni Akhirnya.. Terperanjat Semua Orang.. Pecah Tembelang Kau..

Mereka Letak Kamera Dekat Sarang Burung.. Nak Tengok Apa Yang Berlaku… Alih-Alih Bila Tengok Kamera Merakamkan Benda Ni Akhirnya.. Terperanjat Semua Orang.. Pecah Tembelang Kau..

Read more »

Bakal Nikah Model, Pekin Tak Mahu Bersanding

Bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang model tidak lama lagi, bagaimanapun pelakon Pekin Ibrahim berkata dia dan bakal isterinya itu tidak mahu bersanding di atas pelamin seperti kebanyakan pasangan mempelai kerana tidak berasa selesa menjadi subjek tumpuan.

Pekin, 36, juga miemilih untuk merahsiakan tarikh pernikahannya kerana majlis itu nanti hanya akan dihadiri keluarga terdekat.

“Jika dengan keluarga saja, saya rancang nak buat makan-makan secara santai. Cukup setakat itu saja tanpa sebarang majlis formal. Itulah cara hidup saya yang kurang gemarkan suasana ramai orang,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Terdahulu, Pekin sebelum ini mengakui sedang menjalin hubungan jarak jauh dengan seorang peragawati dikenali sebagai Iman, sejak dua tahun lalu. Wanita itu kini menetap di London, United Kingdom.

Mengenai perkembangan seni, Pekin bakal terlibat dengan program Busking Aid On Train. Ia merupakan tugasan terakhir yang perlu disempurnakannya selaku penuntut jurusan Sarjana Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Acara itu bakal diadakan pada 21 Januari ini dan melibatkan kira-kira 14 selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Tomok Indrawan, Aril Pilus, Zahid Baharudin dan Haziq Rosebi yang juga penuntut di UUM.

Digam Stesen TV Kerana Isu Pukul Bekas Kekasih

Gara-gara kontroversi bersama bekas kekasihnya pengacara Shenty Feliziana, nama Syazwan Zulkifly ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan sebuah stesen televisyen.

Memetik laporan mStar online, Syazwan, 30, berkata, perkara itu diketahui baru-baru ini daripada sebuah produksi yang pada awalnya menawarkan dia untuk terlibat dalam sebuah drama yang bakal disiarkan stesen berkenaan.

“Pada mulanya saya terfikir juga kenapa sudah lama tiada sebarang tawaran drama untuk stesen TV itu dan saya anggap tiada rezeki tetapi baru-baru ini ada produksi yang menawarkan saya untuk terlibat dalam sebuah drama stesen itu.

“Mereka suruh saya datang uji bakat dahulu, kemudian beberapa hari selepas itu mereka hubungi saya dan beritahu nama saya ditolak dengan alasan saya pernah ada masalah dengan staf stesen berkenaan,” katanya.

Luah Syazwan, dia kecewa kerana perkara tersebut merupakan masalah peribadi dan tiada berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Pelakon terkenal dengan watak antagonis ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan memukul bekas kekasihnya itu pada November 2015.

Wanita dirogol secara sistematik di Myanmar

KETIKA tentera kerajaan Myanmar semakin menghampiri kampung Pwint Phyu Chaung, penduduk hanya mempunyai beberapa pilihan.

Noor Ankis, 25 yang membuat keputusan untuk tidak melarikan diri mengatakan beliau dipaksa melutut dan kemudian dipukul sebelum dibawa ke suatu tempat rahsia untuk dirogol tentera kerajaan.

Rashida Begum, 22 pula memilih untuk terjun ke dalam sebuah sungai bersama tiga anaknya. Seorang anak Rashidah yang masih bayi hanyut dan gagal dijumpai dalam kejadian tersebut.

Cerita-cerita dari pelarian Myanmar ini yang kini tinggal di Bangladesh memberikan gambaran jelas mengenai keganasan tentera kerajaan sejak beberapa bulan lepas.

Kisah mereka juga selari dengan laporan yang didedahkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.

Dalam laporan tersebut, tentera kerajaan memasuki kampung-kampung di utara Rakhine dan melepaskan tembakan secara rawak, menembak pelancar roket dan memusnahkan kediaman sementara kanak-kanak dan wanita dirogol secara sistematik.

Dari imej satelit yang didedahkan Humans Right Watch (HRW), kira-kira 1,500 kediaman telah dimusnahkan.

Kempen kekejaman kerajaan Myanmar pula kini beralih ke arah selatan dan didakwa tidak akan berhenti sehingga kumpulan etnik Muslim, Rohingya dihapuskan.

“Kami tak tahu langkah tentera kerajaan seterusnya, tapi kami tahu serangan ke atas orang awam sedang berterusan, kata Matthew Smith dari kumpulan Fortify Rights, dipetik laporan Irish Times.

Lawan pengganas konon

Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan minggu lalu menafikan dakwaan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera kerajaan di kampung-kampung yang telah dikepung.

Para wartawan dan para penyiasat dari kumpulan hak asasi manusia pula dilarang menjejakkan kaki ke kampung-kampung tersebut.

Myanmar menafikan melakukan sebarang pencabulan hak asasi, kecuali kejadian polis Myanmar yang dirakam membelasah penduduk Rohingya.

Penerima Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyii pula dikecam kerana berdiam diri dan ketawa apabila soalan-soalan berkenaan penindasan etnik Rohingya ditujukan kepadanya.

Kempen kekejaman kerajaan dilaporkan bermula pada Oktober selepas sembilan anggota polis dibunuh dan dipercayai dilakukan kumpulan pemberontak bersenjata dari etnik Rohingya.

Sehingga kini, tiada sebarang suspek kejadian dikenal pasti.

Kerajaan Myanmar menyifatkan orang ramai ‘tersalah anggap’ mengenai kempennya yang menyasarkan penduduk etnik Rohingya.

Sehingga kini, dianggarkan 65,000 pelarian etnik Rohingya sudah melarikan diri ke Bangladesh, kata laporan Organisasi Migrasi Antarabangsa (IOM).

Semua dirogol, semua dibakar

Tentera kerajaan dilaporkan pergi dari rumah ke rumah untuk menangkap lelaki dewasa dan kemudian merogol wanita dan membakar rumah.

Kampung Kyet Yoepin yang mengandungi 245 kediaman musnah dalam operasi dua hari pertengahan Oktober lepas, kata HRW.

Muhammad Shafiq yang berusia 20-an mengatakan askar kerajaan akan membariskan lelaki berasingan dari wanita.

Ketika seorang askar memegang tangan kakaknya, Shafiq melawan dan beliau dibelasah dengan teruk oleh tentera kerajaan dan ditinggalkan untuk mati.

Shafiq kemudian melarikan diri bersama anaknya sambil dihujani peluru yang dilepaskan tentera kerajaan.

Beliau kemudian bersembunyi di sebuah jelapang padi dan melihat dari jauh kampung Kyet Yoepin dibakar oleh kerajaan.

“Dah tak ada rumah lagi. Semua sudah dibakar,” kata Shafiq.

Tentera kerajaan suka wanita muda

Noor Ankis mengatakan tentera kerajaan membongkar semua rumah pada waktu pagi untuk mencari wanita muda.

“Mereka kumpulkan kesemua wanita beramai-ramai dan membawa mereka ke satu tempat.

“Yang mana mereka suka, mereka rogol. Di tempat itu, hanya ada tentera kerajaan dan wanita, tiada orang lain,” jelas Noor Ankis.

Sufayat Ullah, 20 terjaga dari lena tidur selepas dikejutkan dengan bunyi tembakan.

“Tentera menggunakan parang apabila mereka sudah dekat dengan penduduk.

“Kalau jauh, mereka tembak,” kata Sufayat mengingati kejadian ngeri berkenaan.

Sufayat melepaskan diri selepas terjun ke dalam sungai dan berenang sejauh yang boleh.

Beliau tinggal di dalam air selama dua hari sebelum mendapat tahu tentera kerajaan telah membakar kediaman keluarga. Ibu, ayah dan dua adik beradiknya ditinggalkan di dalam rumah yang sedang dibakar dan maut.

“Saya rasa tidak tenteram. Mereka sudah bunuh ibu dan ayah saya. Apa lagi yang tinggal untuk saya di dunia ini?” katanya sambil mengelap air mata.

Sayu : Berehatlah dengan tenang Wap .. kehilangan mu berakhir kesedihan (8Gambar)

GEORGETOWN : Seorang remaja ditemui maut setelah hilang kira-kira lima hari lalu berakhir kesedihan, kehilangan diri Asyraf atau lebih dikenali dengan nama “Wap ” dikalangan rakan-rakan menimbulkan resah pada keluarga dan sahabat handai.

Sebelum ini satu laporan polis dibuat setelah mangsa berusia 24 tahun itu gagal dihubungi rakannya.

Laporan polis berkenaan kemudiannya menjadi viral di media sosial bagi membantu menjejaki mangsa.
Al-Fatihah buat arwah wap (Asyraf Amzah) semoga hang tenang & ditempatkan dikalangan org yg beriman kat sana wei – Nuraliah

Mari kita sedekah al fatihah buat rakan saya Asyraf Amzah…Mayat sudah dikenal pasti. Dia sudah meninggalkan kita. Yang mana ada gambar mayat beliau. Sila delete & stop share..Hormat perasaan family arwah.
Asyraf k.an doakan Hang tenang kat sana.. Antara percaya dgn tak je benda ni berlaku.. Hanya Allah S.w.t lebih mengetahui.


Alhamdullilah jenazah selamat dikebumikan. Semua berjalan dengan lancar. Harap Asyraf Amzah (wap) tenang dekat sana. Semoga wap ditempatkan golongan orang beriman. Amin ya rabb. Al-Fatihah

Melalui laporan tersebut, mangsa dilaporkan tidak berjaya dihubungi rakannya sejak Sabtu lalu.

Turut dilaporkan, kali terakhir salah seorang rakannya bertemu mangsa selepas makan di salah sebuah restoran nasi kandar di Jalan Macalister.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan lelaki yang dilaporkan hilang tersebut ditemui maut di dalam longkang berhampiran salah sebuah tapak pembinaan di Bukit Dumbar.

Menurutnya, sehingga kini kematian mangsa iaitu Asyraf Amzah diklasifikasikan sebagai kemalangan jalan raya.

“Pada jam jam lebih kurang 12 tengahari tadi kami menerima maklumat seorang lelaki ditemui di dalam longkang akibat kemalangan jalanraya.

“Siasatan awal dan dari maklumat yang diperolehi mendapati kemalangan berlaku pada 8 Januari lalu pada jam 4 pagi, kemalangan berlaku setelah motor yang ditunggang mangsa dari pekan Jelutong menghala ke arah Gelugor tidak dapat dikawal lalu terbabas ke dalam longkang berhampiran tempat kejadian.

“Mangsa didapati cedera parah dan meninggal di tempat kejadian,” katanya, tambahnya lagi, mayat mangsa ditemui didalam longkang oleh seorang lelaki.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kepelbagaian kecederaan akibat kemalangan jalanraya.Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya.

7 HARI MENCINTAKU paling laris

Kegilaan penonton terhadap drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku berjaya mengangkat karya terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu sebagai drama paling laris di negara ni.

Penerbitnya, Datuk Ziela Jalil berkata, babak emosi dan lakonan barisan pelakon yang meninggalkan kesan di hati penonton mengumpul jumlah keseluruhan 12 juta tontonan.

“Sukar untuk percaya 7 Hari Mencintaiku berjaya mencapai tontonan tertinggi sehingga mengatasi rekod dipegang Love You Mr Arrogant dan Nur Kasih sebelum ini.

“Saya dimaklumkan bilangan penonton setiap episod konsisten dan episod terakhir mencatatkan lebih lima juta tontonan,” katanya pada Parti Terima Kasih bersama pelakon 7 Hari Mencintaiku di The Curve, Mutiara Damansara, malam kelmarin.

Antara barisan pelakon yang hadir ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Mohd Arif Abdullah, Liza Abdullah, Jaja Illiyes dan Faye Kusairi.

Turut hadir meraikan kejayaan drama itu peminat serta pemenang peraduan 7 Hari Mencintaiku di media sosial.

Bercerita lanjut mengenai kejayaan drama itu, Ziela berkata, pihaknya tiada perancangan untuk menerbitkan musim kedua mahupun edisi khas sempena Aidilfitri.

“Bagi saya, cerita yang diakhiri dengan kegembiraan usah dipanjangkan lagi. Bagaimanapun, saya merancang untuk membawa kisah drama ini ke pentas teater.

“Kalau boleh, saya mahu mengekalkan barisan pelakon, namun usaha ini masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Menurut Ziela, ini kali pertama Pena Creative Pictures bekerjasama dengan penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah untuk mengangkat kisah itu ke kaca TV.

“Kami pernah bekerjasama sebelum ini namun bukan membabitkan adaptasi novel ilhamnya.

“Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk menghasilkan dua lagi drama yang diadaptasikan daripada novel Siti Rosmizah iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu dan Curi-Curi Cinta,” katanya.

Ketika diminta memberi komen mengenai pencapaian 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila berkata, bahagian mencabarkan adalah memastikan lakonan watak Sofi dapat meninggalkan kesan kepada penonton.

“Walaupun Sofi cuma watak sampingan, saya berusaha memberi yang terbaik supaya menampakkan karakter itu hidup. Bukan saja untuk drama ini, saya juga memberi usaha sama untuk watak dalam drama lain,” katanya.

Wan Sharmila turut menganggap dirinya bernasib baik kerana barisan pelakon 7 Hari Mencintaiku semuanya memberi kerjasama dalam menjayakan drama itu.

“Kisah drama ini realistik kerana mengetengahkan suasana kampung selain kejadian di antara menantu dan mentua yang sememangnya berlaku dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9 Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, 7 Hari Mencintaiku kini sudah mendahului rekod tontonan beberapa drama popular TV3.

“Sebelum ini, Nur Kasih dan Love You Mr Arrogant mencatatkan rating cemerlang. Drama 7 Hari Mencintaiku menjadi sangat popular kerana berjaya menusuk jiwa penonton menerusi babak mengharukan,” katanya.

Menurutnya, drama itu turut tular di media sosial dan mencetuskan perbualan hangat di Twitter setiap kali bersiaran pada jam 6.58 petang.

“Perbualan mengenai drama ini hangat sehingga ‘trending’ di media sosial dalam negara menerusi kata kunci #7HariMencintaiku,” katanya.

Kata Siti Nurlisia, babak berjaya memberi kesan mendalam terhadap penonton apabila watak Buntat lakonan Mohd Ariff meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan Mia daripada diserang Khalil.

“Bukan itu saja, watak Pak Samad lakonan Aman Graseka juga hangat diperkatakan sehingga menjadi kegilaan ramai wanita,” katanya.

AQASHA aktif semula menyanyi

Tahun ini membuka lembaran baru dalam kerjaya pelakon Aqasha apabila dia mahu aktif dalam bidang nyanyian.

Sebelum bergelar pelakon, Aqasha terlebih dahulu dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1999.

Bertahun-tahun tidak muncul dengan lagu baru, Aqasha kini bergerak secara ‘indipendent’ atau indie bersama kumpulan Real Budiman yang turut dianggotai rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam.

“Saya mula menubuhkan kumpulan ini sejak 2015. Ketika itu kami ada ‘reunion’ dan pada malam itu kami membuat persembahan. Melihatkan maklum balas yang diterima, saya terfikir ada baiknya jika kumpulan ini dikekalkan.

“Sejak itu Real Budiman terus bergerak secara indie, cuma buat masa sekarang kami menyanyikan lagu ‘cover version’ yang boleh ditonton di YouTube. Malah, kami juga mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sekitar Shah Alam,” katanya yang juga penyanyi kumpulan itu.

Tidak terhenti setakat itu, Aqasha yang kini menjalani penggambaran drama Misi Laksam dan Laksa berkata, Real Budiman juga bakal memulakan proses rakaman lagu baru bulan depan.

Menurut Aqasha, sebagai permulaan mereka merakamkan lima lagu sebelum memulakan sesi promosi di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Walaupun empat anggota lain bekerja dalam bidang berbeza, tapi masing-masing mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan memang berkebolehan bermain alat muzik,” katanya.

Ditanya mengenai syarikat penerbitan yang dimiliki bersama Khir Rahman dan Sein Qudsi, Aqasha menjelaskan ketika ini mereka belum ada sebarang perancangan menerbitkan filem baru.

“Selepas filem Bangunan pada 2015, kami belum terfikir nak terbitkan filem lain. Bukan apa untuk menerbitkan sesebuah filem ia memerlukan kos tinggi dan perbelanjaan besar. Kami tidak ada dana dan disebabkan itu kami memberi fokus kepada kerjaya lakonan masing-masing.

“Cuma syarikat kami masih beroperasi dengan memberikan khidmat suntingan, ‘colourgrading’ dan rekaan bunyi,” katanya.

Teringin tambah anak

Aqasha bersyukur apabila perkahwinannya dengan Noor Baizura Mohd Sabri yang kini berusia tujuh tahun semakin bahagia.

Sepanjang tempoh itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5.

“Diakui kehidupan rumah tangga tak semudah yang disangka. Kami mengutamakan komunikasi dan toleransi. Sebagai pasangan suami isteri juga tak boleh wujud soal siapa betul dan salah. Apa yang penting adalah perlu bertolak ansur,” katanya.

Mengenai anak pula, Aqasha merancang untuk menambah bilangan anak selepas kedua-dua anaknya itu bersekolah.

“Kehadiran anak dalam keluarga sedikit sebanyak menjadikan hubungan suami isteri itu lebih baik. Bagi yang belum dikurniakan anak, itu satu cabaran terutama nak mengekalkan hubungan. Perkahwinan mengajar kita untuk menerima pasangan seadanya. Bukan saja kelebihan tapi juga kekurangan yang dimiliki.

“Jadi kalau bercakap soal nak tambah anak, perancangan ke arah itu ada tapi bukan sekarang. Kena tunggu masa sesuai. Mungkin selepas kedua-dua anak melangkah ke alam persekolahan baru boleh merancang,” katanya.

ISMA akur ‘zaman’ sudah berlalu

Selama 22 tahun namanya pernah dijulang sebagai penyampai radio popular, namun Isma Halil Hamzah dapat menerima hakikat kini zamannya sudah berlalu.

Wajah dan bakat baru mula mengisi konti radio dan cabaran untuk menjadi penyampai radio sekarang tidak semudah dulu kerana banyak yang perlu dilakukan untuk menghadapi saingan dengan stesen radio lain.

Sebelum ini, Isma yang pernah menetap di Pulau Tioman, Pahang selama setahun memang tidak dapat melupakan kerjayanya sebagai penyampai radio.

Dia kemudian membuat keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur dan memanfaatkan ledakan dunia teknologi dengan membuka radio Internet iaitu Bapakku.FM yang beroperasi 24 jam di kediamannya di Jalan Kent 7 off Jalan Maktab, Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu.

Mengingati semula perjalanan kerjaya Isma, dia bermula di Radio Muzik pada 1994 sebelum Rediffusion FM dan THR di saluran Gegar Pantai Timur.

Menurut Isma, Bapakku.FM mampu bertahan sehingga kini kerana ia mudah diakses sesiapa saja kerana penggunaan Internet sudah menjadi satu kemestian kepada semua golongan masyarakat ketika ini.

“Sebenarnya saya sudah bangunkan Bapakku.FM ketika saya masih bersama THR Pantai Timur, tetapi radio Internet itu betul-betul beroperasi selepas saya berhenti kerja sepenuh masa sebagai penyampai radio,” katanya.

Ditanya kenapa ‘bapak’ dipilih sebagai nama radio Internet itu, Isma berkata, ia menunjukkan kematangan dari sudut kandungan radio berkenaan.

Segmen yang paling diminati ramai ialah segmen Seram yang bersiaran setiap malam Jumaat mulai jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Terdapat dua penyampai di Bapakku.FM termasuk saya untuk mengisi siaran 24 jam sehari. Bagaimanapun, ada segmen yang dirakamkan terlebih dulu.

“Apabila saya pulang ke kampung di Sepang, saya dirikan studio mini di depan rumah dan saya dapat bersiaran tanpa gangguan. Topik perbualan lebih kepada isu semasa, muzik dan tiada langsung berkenaan politik. Saya juga ada lesen MACP dan kebanyakan lagu yang diputarkan adalah rock,” katanya.

Melengkapkan perjalanan tujuh tahun Bapakku.FM, Isma melangkah ke bidang perniagaan produk berasaskan minuman kesihatan dengan menubuhkan Bapakku Marketing yang turut akan mengadakan jerayawara Delmoraa Bapakku.FM ke seluruh negara untuk memperkenalkan produk itu dan pencarian Delmoraa Idol yang akan berlangsung selama enam bulan.

Isma berkata, penyertaan untuk Delmoraa Idol terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Syarat-syaratnya ialah memiliki pelbagai kemahiran sama ada menyanyi, berlakon, mengacara hinggalah mengaji al-Quran.

Maklumat lanjut layari laman web www.bapakku.fm.