Diserang Melalui Instagram, Putri Najuwa Anggap Julia Ziegler Tidak Matang

Pelakon baharu iaitu Putri Najuwa memberitahu tindakan Julia Ziegler menyerangnya menerusi laman sosial adalah satu cara yang kurang bijak dan tidak matang.

Putri Najwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa, 30, berkata, dia enggan melayan aktres tersebut berikutan mahu mengelak hal peribadi menjadi bahan diperkatakan umum.

“Saya malas nak layan mesej dan dia sering telefon saya untuk bertanyakan tentang perkara yang saya sendiri tiada jawapannya. Dia tahu saya tidak salah dalam perkara tersebut tapi dia desak saya untuk bercakap.

“Saya tahu dia sedang marah dan emosi, namun tindakannya menyerang saya di laman Instagram bukanlah tindakan yang matang kerana ia hanya mendedahkan perkara ini kepada umum,” ujarnya kepada mStar Online.

Putri Najuwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan aktres Julia Ziegler yang masih menulis kata-kata ugutan di foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Malah Julia, pada Ahad lalu menerusi program hiburan Melodi telah tampil memberi penjelasan dan mendakwa Putri Najuwa hanya melarikan diri daripada bersemuka dengannya.

Dalam pada itu, Putri Najuwa berkata, perkara tersebut adalah berkaitan hal peribadi yang tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum.

“Dia tidak malu ke kalau orang lain tahu tentang hal peribadi ini. Saya rasa orang luar akan anggap kami seperti budak sekolah jika bergaduh tentang lelaki.

“Sebab itu saya diam dan malas mahu layan, apa jawapan yang dia mahu itu boleh bertanya sendiri kepada pihak satu lagi. Dia tahu saya tidak bersalah dalam hal ini dan saya juga tidak pernah salahkan dia bertindak demikian kerana tahap marah seseorang ada batasan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Putri Najuwa meminta agar aktres tersebut juga tidak melibatkan keluarganya dalam hal berkenaan.

“Dia ada tinggal komen yang kononnya mengenali bapa saya, saya akui dia kenal bapa saya tapi tidaklah baik seperti dia mengetahui keseluruhan keluarga saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Putri Najuwa berkata, dia baharu sahaja selesai penggambaran drama Dawai Asmara yang bakal ditayangkan di slot Azalea di TV9.

“Saya memang pengampu Najib, Salah ke?? – pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – "Saya memang pengampu Najib, sebab dia adalah presiden parti saya. Tak kisahlah apa orang nak kata kerana pada zaman Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden parti, saya tetap mengampu mereka," demikian pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz, lapor Malaysia Gazette.

"Saya memang pengampu Najib, Salah ke?? - pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz
"Saya memang pengampu Najib, Salah ke?? – pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz

Read more »

Reza Hasbi Tahan Sakit Gara-Gara ‘Showdown The Movie’

Pelakon Reza Hasbi terpaksa menahan kesakitan selama tiga minggu selepas ibu jari kanannya terseliuh ketika menjalani penggambaran filem
Showdown The Movie.

Reza atau nama sebenarnya, Muhamad Ridzuan Hasbullah, 27, bagaimanapun berkata, dia mendapatkan rawatan bagi kerana kecederaan tersebut di hospital kerana bimbang penggambaran yang ketika itu di Pulau Pinang akan tertangguh.

“Pengalaman semasa penggambaran ialah ibu jari saya terseliuh kerana menari dan ia membengkak. Saya tidak ke hospital kerana tidak mahu penggambaran tertangguh disebabkan saya.

“Jika penggambaran tersebut ditangguhkan ia akan menyusahkan pihak produksi kerana ramai pelakon tambahan digunakan untuk hari tersebut,” ujarnya kepadamStar Online.

Reza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Showdown The Movie terbitan Grand Brilliance yang diadakan di Restoran The Bee, di sini, Khamis.

Tambah Reza, antara cabaran lain ialah dia terpaksa memasuki kelas tarian untuk menari dalam tempoh yang singkat iaitu dua minggu sebelum memulakan penggambaran.

“Saya memang penari dahulu tetapi sudah dua tahun tidak menari, jadi mereka memberi masa dua minggu untuk berlatih sebelum mula penggambaran.

“Ketika itu memang agak tertekan kerana susah dan saya menangis dalam kereta sebab memikirkan bahawa saya tidak mampu melakukannya, namun Alhamdulillah ramai yang membantu saya,” ujarnya.

Sementara itu, Reza berharap filem tersebut dapat membuka mata pengarah-pengarah tempatan dan masyarakat tentang kewujudanya dalam industri seni tanah air.

Katanya, ia merupakan peluang keemasan kepadanya untuk dikenali selepas enam tahun berada dalam bidang lakonan tanah air.

“Kalau diikutkan saya sudah berada dalam industri sejak tahun 2010 selepas menyertai program Pilih Kasih pada 2009. Namun, saya akui belum ada rezeki saya untuk popular.

“Saya berharap sangat filem ini mendapat sambutan menggalakkan dan secara tidak langsung ia akan membuka mata penerbit dan pengarah melihat bakat saya,” ujarnya.

Filem ini merupakan adaptasi daripada rancangan realiti pertandingan tarian, Showdown yang pernah merangkul beberapa anugerah dan jumlah penonton yang tinggi.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jazmin, Ammar Alfian, Maria Farida, Esma Daniel dan Jehan Shukri.

Filem Showdown The Movie merupakan arahan Khairil M.Bahar ini bakal ditayangkan pada 7 April depan di sleuruh pawagam tanah air.

‘OlaBola’ Catat Angka Baharu, Kutip RM14.5 Juta

FILEM OlaBola terbitan Astro Shaw memasuki fasa baharu apabila mencatatkan jumlah kutipan melebihi RM14.5 juta dalam masa empat minggu tayangan.

Berita itu diumumkan oleh pihak Astro Shaw menerusi laman sosial rasmi di Instagram pada Jumaat.

OlaBola yang ditayangkan bermula 28 Januari lalu menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ia ditayangkan di lebih 120 pawagam termasuk Brunei.

Filem berkenaan mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tahun lalu, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak mencatatkan kutipan mengejutkuan iaitu RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).

Raja Azmi & Eddie Sah Bergelar Suami Isteri Buat Kali Kedua

Dengan dua kali lafaz, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali.

Ia adalah pernikahan kali kedua Raja Azmi, 57, dengan Mohd Eddie selepas pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Raja Azmi dan Mohd Eddie, 48, berkahwin buat kali pertama pada 13 Oktober 2013.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan dinikahkan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang di sini kira-kira pukul 10.15 malam.

Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.

Sementara itu, Raja Azmi ketika ditemui berkata, bersyukur diberi peluang untuk kembali bergelar isteri kepada Eddie.

“Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.

Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 24 dan Mohd Effy, 22.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 31, Puteri Suaida, 27, dan Megat Deli, 22, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.

Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Altimet & The Kawan Band, Yuna Diundang Sertai Festival SXSW 2016

Penyanyi rap Altimet bersama kumpulannya The Kawan Band diundang untuk mengadakan persembahan pada festival South By Southwest 2016 (SXSW) di Austin, Texas yang bakal berlangsung pada 11 hingga 20 Mac depan.

Altimet bakal mengadakan persembahan di Russian House pada 17 March dengan mendendangkan rangkaian lagu rap dengan elemen muzik tradisional Malaysia seperti joget dan zapin pada festival muzik dan filem terbesar di Amerika Syarikat itu.

Mereka dijangka akan menghiburkan penonton selama 45 minit dengan menyampaikan lagu-lagu nyanyiannya namun dengan susunan muzik terbaharu.

Sementara itu, penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika iaitu Yunalis Zarai atau Yuna turut mengadakan persembahan pada 17 Mac di Speakeasy.

Ia adalah kemunculan kedua penyanyi yang baharu sahaja muncul dengan single duet bersama penyanyi R&B terkenal Usher iaitu Crush.

SXSW pertama kali diadakan pada 2010 dengan tujuan untuk mengembangkan kerjasama penggiat seni dari seluruh dunia menerusi muzik, filem dan pembentangan media baharu.

Persembahan Altimet dan The Kawan Band pada SXSW 2016 itu turut mendapat sokongan oleh One XOX dan Malaysia Airlines Berhad.

Nabila Huda Kejar Kebahagian Hidup

 Pelakon Nabila Huda mengakui mula merasai nikmat perkahwinan selepas bernikah dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember tahun lalu.

Nabila, 32, berkata, dia kini lebih banyak memberi fokus kepada rumah tangga kerana ingin menjalani kehidupan seperti pasangan lain selain menghadkan aktiviti seninya.

“Sebelum ini saya tidak terlalu berfikir tentang soal lain dan tumpuan memang kepada kerjaya sebagai pelakon tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini saya sangat selektif dalam tawaran diberikan.

“Bukan kerana apa tetapi saya mula menjalani kehidupan baharu dan lebih fokus kepada diri sendiri. Sekarang pula sudah berkahwin jadi saya mahu benar-benar memberi perhatian kepada keluarga.

“Alhamdulillah saya mula merasai nikmat berumah tangga dan seolah-olah ini adalah kali pertama saya berkahwin,” katanya.

Bagiamanapun kata Nabila, dia tidak pernah menyesal dengan kegagalan perkahwinannya sebelum ini kerana ia banyak memberi pengajaran dalam menjadikan dia seorang wanita, isteri dan ibu yang lebih baik.

Hasil perkahwinan pertama tersebut, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia kini lebih banyak menghabiskan masa dirumah sekiranya tidak mempunyai sebarang aktiviti seni.

Namun kata Nabila, itu tidak bererti dia akan meninggalkan bidang lakonan sebaliknya akan memberi tumpuan kepada karya berkualiti dan watak yang belum pernah dilakukannya.

“Sudah banyak perkara saya lakukan sebelum ini dan kini adalah masa untuk saya mengubah rutin dan lebih fokus kepada keluarga.

“Saya memang jenis suka duduk dirumah jika tiada aktiviti dan kesempatan ini juga saya guna untuk memasak dan aktiviti lain bersama suami dan anak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila muncul dengan filem terbaharu arahan Syamsul Yusof berjudul Munafik dan ia sudah pun berada di pawagam sejak 25 Februari lalu.

Luahan Yatt sebelum perkahwinan kedua esok

Sehari sebelum bergelar isteri buat kali kedua, pelakon, Yatt Hamzah, sempat memuat naik status berupa luahan hati penuh makna ke laman sosial bergambar Instagram miliknya. Menerusi kemas kini terbaharu di laman sosial berkenaan, Yatt yang turut menyertakan sekeping gambar bersama anak perempuannya, Suci Hanania Malika (Nia), menyatakan dirinya ingin membuka lembaran baharu dalam kehidupan, selain reda dengan tindakan pihak yang membuka aib dirinya. “Biarlah apa mereka nak kata, yang penting Nia dan Bonda (panggilan Nia kepada Yatt), akan tetap bersama selamanya. Tiada yang dapat pisahkan kita kecuali mati. Tiada satu apa pun yang dapat dan mampu memisahkan kita kecuali mati. Allah itu Maha Tahu, Maha Adil, Maha Berkuasa, Maha Penyayang. “Mereka ada senjata lidah dan jari, kita ada senjata doa. Kita ada Allah,” tulis Yatt di laman bergambar berkenaan. Tulis wanita ini lagi, biarlah ramai yang mengaibkan mereka asal dia dan anaknya tidak berbuat begitu terhadap insan lain. “Itu janji kita, kerana hanya Allah yang memegang aib hamba-Nya. Siapa kita untuk aibkan orang lain? Bukan hak kita. Biarlah mereka nak kata apa. Walaupun mereka tidak tahu apa-apa, kerana kita ada Allah yang tahu segala-galanya. Hanya Allah…cukup bagi kita Allah ada. Senyum dan bergembiralah sayangku Nia kerana esok hari bahagia kita. Insya-Allah. “Ampun maaf salah khilaf wahai saudaraku. Semoga Allah ampunkan dosa kita. Mohon doakan Allah permudahkan urusan kami dunia akhirat. Amin,” katanya. Pagi esok, Yatt, 36, bakal berkahwin dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, di sebuah masjid di Shah Alam. Sebelum ini, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, tampil mendakwa Zulfadhli ialah orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga mereka. Yatt bagaimanapun menafikan bekas suaminya itu. Yatt dan Abdul Mutalib bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.