‘Mereka tulang belakang kerjaya saya’

Keperibadian dan sikap mesra Emma Maembong berjaya membuka hati beberapa pihak untuk menubuhkan kelab peminat yang bertujuan menyokong kerjayanya.

Tiga bulan mengikuti Emma ke sana sini, Sky, Nurul dan KK mengadakan perbincangan dan akhirnya mereka sepakat menubuhkan kelab peminat dinamakan Emavengers atau EV pada 7 Februari 2013.
EV seterusnya diperkuatkan dengan beberapa ahli jawatankuasa sokongan iaitu Zamil, Ruby, Zira, Emy, Shef dan Fira.

Mereka mengadakan majlis perjumpaan pertama yang dihadiri 25 ahli.
“Ketika itu Emma baru berlakon drama kedua berjudul Cinta Itu Milikku yang disiarkan menerusi TV3.
“Ulang tahun pertama EV dibuat di Burgerbyte Damansara Perdana pada 7 Februari 2014 dan yang kedua pula dibuat di Ruang, Subang pada 22 Mac tahun lalu.
“Terbaru kami meraikan ulang tahun ketiga pula sekali di Ruang, Subang pada 7 Februari lalu dan kehadiran kali ini amat menggalakkan.
“Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan Emma sendiri sporting turun padang bermesra dengan semua yang diadakan,” kata Sky.
Menurutnya, apabila didekati, Emma seorang yang mesra dan setiap kali ada kelapangan, pelakon muda ini pasti menghabiskan masanya dengan peminat.
“Kami ibarat satu keluarga besar yang selalu berkongsi masalah masing-masing. Pelbagai aktiviti turut dilakukan bersama-sama antaranya menonton wayang, karaoke, ice skating, lasertag dan macam-macam lagi.
“Biarpun berada di luar Kuala Lumpur, Emma sudi bertemu dengan ahli EV yang berada di sana,” katanya.
Sky berkata, mereka akan terus sepakat menyokong kerjaya seni Emma tanpa berbelah-bagi.
“Banyak yang sudah kami lakukan buat Emma dan diharapkan dia berjaya mencapai tahap terbaik dalam industri seni kita,” katanya.
Emma pula menyifatkan dirinya bertuah dan beruntung kerana menerima sokongan padu daripada Emavengers.
“Saya anggap EV sebahagian tulang belakang kerjaya saya dan sentiasa menyokong kala suka mahu pun sedang berduka.
“Itulah sebabnya saya akan sentiasa meluangkan masa sekiranya ada untuk bersama-sama mereka.
“Mereka yang berada dalam EV juga semakin bijak mengatur pelbagai program untuk keceriaan ahli. Mereka sendiri cari penaja tanpa mengharapkan campur tangan saya.
“Saya masih ingat, ketika baru-baru berlakon, Sky, Nurul dan KK sering ikut saya dalam sesi promosi. Mereka menjeritkan nama saya bagi memberi semangat,” katanya.
Emma mengharapkan hubungan baik mereka berkekalan sampai bila-bila. Dia juga memuji ahli EV yang sangat tenang dan jarang mencampuri hal-hal peribadinya.
“Mereka bukan kaki kecoh ambil tahu gosip yang melanda saya. Ini sudah cukup menampakkan mereka menghormati saya,” katanya.
Selain program hiburan, Emavengers juga tidak lupa menganjurkan program berbentuk amal seperti meraikan anak yatim Darul Taqwa di Batu 9, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Ramadan lalu.

Ronaldo rai jaringan kemenangan tewaskan Barcelona di Nou Camp dgn memakai ‘seluar dalam’

Barcelona muncul raja Eropah apabila meraih trofi kelimanya bagi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan juara Itali, Juventus 3-1 pada aksi final di Olympic Stadium, awal pagi ini. Ia juga trofi kejuaraan ketiga Barca musim ini selepas mendakap juara La Liga dan Piala Raja Sepanyol sekali gus musim ini. Gol Barcelona dijaringkan menerusi Ivan Rakitic seawal minit ke-4, manakala Luis Suarez meledak pada minit ke-68 diikuti penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan. Bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula, namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu. Ia adalah pencapaian cemerlang jurulatih Barcelona, Luis Enrique, yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol sejak berkhidmat di Nou Camp. “Ia mengagumkan, satu impian dan sesuatu yang unik, kata Suarez.

United Airlines mohon maaf, halau keluarga Muslim

Lima beranak beragama Islam berang selepas dihalau keluar dari penerbangan dengan alasan mereka ‘menimbulkan masalah keselamatan’, lapor Yahoo News.

Keluarga Eaman-Amy Saad Shebley merakam kekecewaan mereka dan memuatnaik sebuah video ke laman Facebook yang menarik kecaman orang ramai terhadap syarikat penerbangan United Airlines.

“United Airlines (anda) menjijikkan kerana menghalau kami kerana penampilan dan agama kami,” kata Eaman-Amy.

Menurut Eaman-Amy, suami dan tiga orang anak kecil dihalau selepas dia bertanya kepada kru penerbangan mengenai kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.

Video yang dimuatnaik oleh Eaman-Amy bagaimanapun telah dipadam kerana menjadi viral dengan pantas.

Eaman-Amy kemudian memberitahu dia menghubungi khidmat pelanggan United Airlines dan syarikat berkenaan meminta maaf selain menawarkan untuk tiket penerbangan baharu ke Washington.

Selain memberikan alasan tidak munasabah, United Airlines juga mempertahankan tindakannya menghalau keluarga Eaman-Amy dari penerbangan.

“Kami United Airlines sentiasa memberikan perkhidmatan tertinggi dan profesional dan tidak bertoleransi terhadap diskriminasi,” kata United Airlines melalui satu kenyataan.

AS hantar 12 jet pejuang ke Netherlands

Amerika Syarikat menghantar 12 jet pejuang F-15C Eagles ke Netherlands selepas Rusia meneruskan provokasi di rantau tersebut.

Menurut CNN, seramai 350 tentera udara juga akan ditempatkan di Iceland untuk membantu latihan dan misi pengintipan di rantau berkenaan.

Bantuan jet dan tentera tersebut merupakan sebahagian dari Operasi Atlantic Resolve yang dimulakan selepas campur tangan Rusia ke atas konflik di Ukraine pada 2014.

“Rusia meningkatkan provokasi menggunakan tentera darat, jet pengebom dan kapal selam di Utara Atlantik menyebabkan kehadiran NATO diperlukan di Iceland dan Netherlands,” kata Pengarah Lembaga Kawalan Inisiatif Translantic, Magnus Nordenman.

Jet pejuang F-15C dan tentera milik AS dijangka akan berada di rantau berkenaan sehingga September.

Anak menangis ketakutan disangka dirasuk

RAKAMAN seorang kanak-kanak yang keluar dari kurungan bayi dan mengimbangi badan sambil menangis disangka dirasuk oleh pelayar laman sosial.

Melalui sebuah video yang dimuatnaik ‘Chris and Keelan Chronicles’ bertajuk ‘Possessed Baby’, mata kanak-kanak berkenaan yang bersinar ketika dirakam juga membuatkan orang ramai salah sangka.

“Tidak, itu (sinaran pada mata) adalah disebabkan kesan kamera ‘night-vision’,” kata keluarga kanak-kanak tersebut, Chuck dan Kate.

Dalam video yang lain, kanak-kanak berkenaan dilihat jatuh terlentang ke dalam kurungan sebelum memanjat lagi kurungan dan terjatuh di bahagian luar kurungan.

Kejadian tersebut menarik kecaman pelayar laman Youtube yang menghentam sifat cuai kedua-dua ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Gila! Anak sudah menangis selama 52 saat dan keluarga langsung tidak perasan,” kata James Owen.

“Ibu bapa yang cuai! Nasib baik leher anak tak patah!” kata Sean yang juga merupakan seorang bapa.

Video berkenaan sudah menarik hampir 4 juta tontonan di laman YouTube.

Karpet merah Winters War di Singapura

Ribuan peminat pelakon Chris Hemsworth, Charlize Theron dan Jessica Chastain berhimpun di Universal Studios Sentosa di sini, petang tadi untuk melihat bintang popular Hollywood itu dengan lebih dekat.

Ketiga-tiga pelakon berkenaan berada di Singapura untuk menghadiri tayangan perdana filem The Huntsman: Winter’s War bagi rantau Asia Tenggara.

Sebelum tayangan filem bermula, kehadiran barisan pelakon bersama pengarah The Huntsman: Winter’s War, Cedric Nicolas-Troyan untuk majlis kapet merah disambut dengan sorakan serta jeritan peminat.

Pelakon dan pengarah meluangkan masa melayan peminat dan mengambil gambar kenangan bersama mereka.

Terdahulu, sementara menunggu pelakon tiba, peminat bertuah yang menjawab soalan pengacara diberikan pas percuma menonton tayangan perdana Huntsman: Winter’s War dan juga cenderahati.

Filem Huntsman yang mengisahkan kekejaman dua adik-beradik perempuan akan ditayangkan di Malaysia pada 14 April ini. Ia adalah prekuel kepada filem Snow White and the Huntsman yang ditayangkan pada 2012. Turut berlakon dalam filem itu ialah Emily Blunt, Nik Frost dan Sam Claflin.

TERKINI- Duit Lama RM2 Boleh Mececah RM5,555 Sekeping Mengikut Harga Pasaran Sekarang. Siapa Yang Berminat Sila Hubungi Kami.

Kini sedang viral dimedia sosial dengan duit lama yang masih berharga berpuluh-puluh ribu. Jadi kami disini ingin memaklumkan agar anda berkomunikasi dengan orang yang benar. 
Duit Lama RM2 Boleh Mececah RM5,555 Sekeping Mengikut Harga Pasaran Sekarang. Siapa Yang Berminat Sila Hubungi Kami.http://lagilagikakiinfokini.blogspot.my/2016/03/duit-lama-rm2-boleh-mececah-rm5555.html

Rosario Ninih Juara Bintang RTM 2016

Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini.

Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.

Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal Terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000.

Pada peringkat akhir ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet dengan lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.

Sementara itu tempat kedua dimenangi peserta dari Selangor, Nor Fazrina Mohd Gani atau Eryn, 23.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia. Dia juga turut membawa pulang RM5,000 untuk Persembahan Terbaik.

Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia dimenangi Nur Shafreeza Zainal Abidin atau Eeza, juga dari Selangor.

Sementara itu hadiah saguhati pula masing-masing dimenangi Idris Zulkifli, 19 (Perak), Muhammad Hafiz Ismail, 23 (Kelantan) dan Muhammad Adib Ibrahim, 24 (Pulau Pinang).

Siti Nurhaliza buktikan keunggulan dalam konsert istimewa

Konsert Datuk Siti Nurhaliza and Friends di Stadium Negara di sini, malam ini mencipta kenangan manis buat penyanyi tersohor itu sempena dua dekad pembabitannya dalam dunia seni. Konsert solo kali ke-11 dalam karier Siti dianjurkan Yonder Music dan Celcom Xpax. Lebih indah, Siti turut berkongsi pentas bersama penyanyi terkemuka serantau seperti Anggun Cipta Sasmi, Afgan, Cakra Khan, Hafiz Suip, Faizal Tahir, Joe Flizzow dan SonaOne di hadapan lebih 7,000 penonton. Penonton adalah peminat Siti serta penyanyi lain terbabit termasuk mereka yang menjadi pengguna Celcom Xpax yang melanggan Yonder Music. Ketika beraksi bersama Anggun, Siti Sempat berseloroh: “Kalau boleh saya mahu jadi sepertinya (merujuk kepada Anggun). Tengok saja potongan badannya. 20 tahun lalu, badan saya macam Anggun. Tapi sekarang sihat walafiat. Orang cakap sihat macam ini, tandanya suami pandai jaga,” kata Siti sejurus selesai berduet lagu Bukan Cinta Biasa dan Snow Of The Sahara.

Siti yang turut ‘berduet’ dengan idolanya, mendiang Whitney Houston berjudul Memories memberitahu lagu berkenaan turut akan dirakamkan dengan gaya tersendiri tak lama lagi. Usai membuat persembahan dengan Faizal Tahir mendendangkan lagu duetnya bersama Datuk M Nasir, Bagaikan Sakti, Siti turut menangis mengenangkan arwah bapanya. “Sayang bapa Siti tak ada bersama untuk menyaksikan detik bersejarah ini,” Katanya. Persembahan penutup menyaksikan Siti mendendangkan lagu Kau Ilhamku nyanyian asal Man Bai bersama artis jemputannya dan Jaclyn Victor. Sebagai kejutan, single Memories turut dirakamkan sebagai klip video pada penghujung konsert.