MENARIK- Ini Kisah Benar Keadaan Seseorang Apabila Mengetahui Tarikh Matinya

Setiap manusia pasti akan mati, tiada yang kekal didunia yang serba indah ini. Renungkan bersama-sama buat pendoman hati. 

Seperti yang diketahui umum, sesungguhnya ajal maut adalah rahsia dari Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati tapi tiada seorang pun di dunia ini yang mengetahui bila waktu matinya sampai. Seperti Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.
Tiada yang mengetahui bila masanya mati kecuali mereka yang digelar banduan akhir. Beruntunglah mereka yang mengetahui tarikh matinya kerana masih ada masa untuk bertaubat memohon ampun dari Allah SWT. Menurut ustaz, majoriti mereka yang meninggal dunia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Dipetik dari ceramah Ustaz Wadi Annuar yang bertajuk Sakaratul Maut Banduan AkhirAda satu kes dinamakan sebagai banduan akhir. Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin maka hukuman gantung sampai mati akan dijalankan oleh semua banduan yang Islam pada hari Jumaat. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sampai mati, maka namanya ketika itu ialah banduan akhir dan biliknya akan diasingkan dan nama biliknya ialah sel akhir

Apabila hakim menjatuhkan hukuman pada hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. Waktu hakim baca yang seseorang itu akan dijatuhkan hukuman sampai mati pada hari Jumaat di antara jam 6 hingga jam 7 pagi. (Mengikut prosedur).

Orang yang namanya banduan akhir itu selepas hakim membacanya keputusan, lututnya dah tak boleh berdiri kerana beliau hanya boleh bernafas dalam 3 4 hari sahaja lagi. Apabila balik ke penjara warden akan menyuruh banduan akhir itu mengasingkan baju untuk dibawa ke sel belakang sekali iaitu sel yang hanya menempatkan beliau seorang diri.

Dengan itu, kita dapat melihat bagaimana banduan akhir itu menghabiskan masanya menghabiskan kehidupannya dengan sentiasa membaca Al-Quran dan ketika ustaz agama pergi ke sel akhir itu, majlis percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata. Kita akan melihat banduan akhir akan menghabiskan masanya dengan bacaan Al-Quran yang banyak, solat yang panjang, zikir yang banyak dan mengadu dengan Allah kerana beliau mengetahui umurnya hanya tinggal lagi 1 2 hari sahaja lagi.

Bila sampai hari Khamis, iaitu satu hari sebelum digantung pada pagi hari Jumaat, banduan akhir ini tidak akan tidur semalaman, beliau akan menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah, bertaubat kepada Allah. Pada pagi atau malam itu, banduan akhir itu akan diberikan pilihan untuk memilih makanan apa yang dikehendakinya dengan harga tidak lebih RM 7.50. Tetapi kebanyakkan banduan akhir tidak akan memesan sebarang makanan kerana beliau sudah mengetahui keesokan harinya beliau akan menjalani hukuman mati.

Keesokkan harinya, banduan akhir diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya, kebanyakkan banduan akhir sudah tidak mampu untuk bercakap selain tangisan dan berpelukan sesama mereka. Kemudian beliau akan dibawa ke bilik dan digantung sampai mati. Begitulah pengakhiran seseorang yang dinamakan banduan akhir.

Lihatlah, bagaimana rahmat Allah merahsiakan kematian, walaupun banduan akhir mengetahui tarikh matinya, tetapi beliau tidak mengetahui minit keberapa beliau akan digantung dan diambil nyawanya oleh Allah SWT. Bagaimana pula kita, yang tidak tahu bilakah tarikh kita mati malah di mana tempat kita akan menghabiskan nafas yang terakhir? beruntunglah mereka kerana mengetahui tarikh matinya kerana sempat untuk bertaubat memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang dilakukan. Tetapi kita? renung-renungkan lah..

Semoga menjadi ikhtibar buat kita… 🙂

Elton John disaman kerana serangan seksual

SALAH seorang pengawal peribadi penyanyi veteran, Elton John bertindak memfailkan saman selepas mendakwa penyanyi berkenaan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Menurut laporan CNN, Jeffrey Wenninger mendakwa Elton merabanya beberapa kali selepas diambil bekerja pada 2002.

Fail saman menyebut serangan seksual terhadap Jeffrey bertambah teruk pada 2010.

Jeffrey juga menyebut secara teliti bagaimana Elton melakukan serangan seksual sebanyak tiga kali pada Mac dan April 2014 ketika mereka berada dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Walaupun beliau menghalang perbuatan Elton, penyanyi berkenaan tetap melakukannya secara paksa.

Jeffrey bertugas sebagai anggota polis dan pernah dianugerahkan pingat keberanian (Medal of Valor) pada 2007 selepas beliau dan 12 anggota polis lain menyelamatkan 80 warga emas yang terperangkap dalam sebuah bangunan yang sedang terbakar.

Sementara itu, Elton atau nama sebenarnya Reginald Kenneth Dwight menafikan sebarang dakwaan dan memanggil saman tersebut ‘tidak berasas’.

Bapa sebak tatap jenazah anak

 Seorang bapa tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah anaknya yang terbujur kaku di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas hampir sebulan anak sulungnya itu menghilangkan diri.

Ishak Sulong, 48, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya pada 16 Februari lalu, sebelum anaknya tiba-tiba menghilangkan diri.

“Dua minggu sebelum kejadian, anak saya ada menghubungi kami sekeluarga, namun tiada perkara mencurigakan,” katanya.

Ishak yang juga Penyelia Operasi kaunter teksi di ibu negara berkata, mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik dan bekerja sebagai penyelia kaunter teksi di syarikat sama.

“Sebagai seorang ayah, saya sedih melihat wajah kaku anak saya, tak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu,” katanya yang sebak sambil ditenangkan beberapa petugas media.

Menurutnya, dia amat bimbangkan keselamatan anaknya, selepas meninggalkan rumah mereka di Ampang namun setelah didesak beberapa kali, mangsa memberitahu dia berada di Kedah.

“Itu pertama dan terakhir saya mendapat khabar daripada dia selepas keluar rumah. Saya dimaklum mengenai kematian anak setelah dihubungi polis pada 4.00 petang semalam,” katanya.