Baju Dayang Nurfaizah Inspirasi Daripada Penyapu Ahli Sihir

Selepas busana Fara Fauzana menjadi viral gara-gara baju tersebut menyerupai ‘ayam belanda’, busana yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pula menjadi mangsa kritikan netizen.

Busana berwarna emas yang dipakai Dayang pada malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) yang lalu merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Bukan itu sahaja, ada di kalangan netizen mula mempersoalkan kredibiliti Rizalman sebagai seorang pereka fesyen.

Panas dengan isu tersebut, Rizalman telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen berbaur sinis di akaun Instagramnya.

“Siapa kata baju ini ditiru dari Balmain?? Saya dapat inspirasi dari penyapu ahli sihir lah.

“Lalalalala la la la ( kan betol saya cakap cuaca kat Malaysia panasss… Penyapu je kalau nak bagi sejuk) . Ini contoh kalau benda sama tetapi salah pemakai dan styling boleh jadi ke Laut,” tulisnya di laman Instagram.

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut Instagramnya dan menyebabkan mereka yang memberikan komen negatif itu dikecam.

Rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang merendah-rendahkan hasil kerja dan usaha pereka fesyen terkenal itu.

Indah Ruhaila Rela Dikritik Imej Rambut Keemasan

Penyanyi Indah Ruhaila tidak berasa bimbang sekiranya dikritik selepas dia tampil dengan imej rambut berwarna keemasan baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, sebagai artis dia sedar akan risiko berkenaan namun tidak dapat mengawal cakap-cakap negatif terhadap dirinya.

“Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung.
“Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan.

“Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Indah berkata, perubahan imejnya itu adalah untuk tampil segar kerana bimbang peminat akan berasa bosan dengan penampilannya.

Bagaimanapun itu tidak bererti dia akan mengekalkan warna rambut emasnya itu untuk jangka masa panjang.

“Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini.

“Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia bakal memasuki studio dalam masa terdekat untuk merakamkan single ketiganya hasil ciptaan Omar K.

Selain itu, dia kini giat mempromosikan lagu Disebalik Takdir selain memenuhi undangan nyanyian.

10 Restoran Arab Ni Wajib Pergi Kalau Melancong Ke Korea

Korea, destinasi percutian yang semakin menarik minat pelancong di negara ini. Namun sebelum berkunjung ke sana dan menikmati keindahan Pulau Jeju atau mengejar artis-artis K-Pop kegilaan kamu, ada satu perkara penting perlu kita tahu, mana nak cari makanan halal.

SEOUL

1# Dubai Restaurant

Jika kamu ‘penggila’ masakan Arab, restoren ini bukan saja memaparkan suasana dekor Timur Tengah tetapi kesemua masakan adalah dihasilkan oleh chef-chef dari Dubai. Daging kambing dan kebab adalah makanan paling laku apabila singgah di sini. Restoran ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon 1-dong 127-2.

2# Usmania International Restaurant

Menyediakan beratus menu makanan Pakistan bermula dari roti gandum, kambing, daging dan ayam akan membawa kamu seolah-olah berada di negara Pakistan. Dekorasi tradisional seperti permaidani sutera diikuti menu popular  ayam tandori dikatakan makanan kegemaran rakyat Korea sendiri. Kamu boleh kunjungi restoran masakan Pakistan ini di Seoul-si Yongsan-gu Itaewan-dong 119-7.

3# Arabian Restaurant

Memang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa makanan Arab memang halal. Restoran ini menyediakan sayuran segar dan rempah ratus tradisional menjadikan stik kambing dan kebab kambing menjadi tumpuan pelancong Islam. Restoran ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon-dong 123-21.

4# Taj Palace

Meski berada di Korea, kamu masih boleh menikmati kari, roti naan, thali dan sebagainya di restoran ini. Kesemua ayam, daging dan rempah-ratus dibawa dari India. Restoran ini juga menyediakan minuman lassi (yogurt) malah semua chef mempunyai pengalaman bekerja di hotel mewah. Ia terletak di Seoul-si Yongsan-gu Itaewon-dong 132-2.

5# Wazwan

Salah satu lagi restoran makanan India ini terletak bersebelahan masjid di Itaewon ini menyediakan makanan mampu bayar. Ramai rakyat tempatan gemar menikmati kari di sini. Selain kari, terdapat samosa, ayam tandori, nasi India dan pemanis mulut. Restoren ini terletak di Seoul-si Yongsan-gu Hannam-dong 732-151.

6# Salam

Siapa kata kamu tidak boleh menikmati masakan Turki di Korea? Terletak di Seoul-si Yongsan-gu Hannam-dong 732-21, restoran ini ada menyediakan Sup Merjimek, salad Coban salatasi, minuman Ayran, teh dan biskut.

7# Bindya

Terletak berhampiran di Stesen Gangnam, restoren ini menyediakan set menu lengkap masakan India dari chef India sendiri. Untuk ke sini, kamu boleh ke Seoul-si Seocho-gu Seocho-dong 1308-2, F3.

INCHEON

8# Arabesque

Restoran ini ada menyediakan makanan kebab popular dari Turki dan kari dari India. Paduan dua menu ini menjadikan ia tempat terbaik buat pengunjung Arab di Korea. Restoran ini terletak di Incheon-si Jung-gu Inhyeon-dong 22-40, 2F.

9# Samarkand

Kamu tidak perlu jauh ke Uzbekistan untuk menikmati kambing atau daging cucuk yang dipanggil shashlik, roti tradisional, samsa dan salad lobak merah kerana makanan ini terdapat di Korea yang berlokasi di Incheon-si Jung-gu Sinpo-dong 20-1.

BUSAN

10# Shabana

Terletak di luar kampus Universiti Busan, restoran ini dikatakan sering ramai pengunjung ekoran ia antara kawasan komersil yang sibuk di Busan. bagi kamu yang teringin menikmati nasi biryani, ayam, kambing, dal, tandori dan sayuran campur, Shabana boleh membantu. Ia terletak di Busan-si Geumjeong-gu Jangjeon 3-dong 420-23.

8 FOTO SEKITAR PRA-PERKAHWINAN ANZALNA NASIR & MOHAMAD HANIF


Gambar-gambar pra perkahwinan Anzalna Nasir, 27, dan bakal suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 27, yang ala-ala lagu ‘Jaanam’ melalui filem Dilwale. 

“The making of our pre wedding video. Jaanam Jaanam tak?” Ujar Anzalna melalui IGnya.

Untuk info, pasangan ini bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 21 Febuari ini di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum mengadakan dua majlis resepsi masing-masing pada 27 Februari 2016 (Hotel Grand Hyatt) dan 3 April 2016 (Dewan Perdana Felda). 

“Alhamdulillah… majlis resepsi pertama di Hotel Grand Hyatt saya memilih konsep Diraja Britian manakala persandingan dihadapan peminat kami akan mengenakan busana tradisional Melayu,” kata Anzalna baru-baru ini.

Sumber: myartis









Lelaki Lembut Cabar Shahz Jaszle!

Tidak hanya mahu bergelar seorang pelakon, Shahz Jaszle, 28 nampaknya turut memasang impian untuk bergelar pengarah.

Menurut Shahz Jaszle, beliau sudah mempunyai skrip hasil tulisan sendiri namun masih belum berkesempatan untuk melakukannya.

Shahz Jaszle dalam perkembangan terkini pula bakal muncul dalam drama terbaru Cinta Masam Manis di slot akasia TV3 dimana turut menggandingkan pelakon terkenal Izara Aishah sementara Zamarul Hisham pula sebagai teraju utama.

Berkongsi mengenai watak yang dibawa, menurut Shahz Jaszle, membawa watak lembut bukanlah sesuatu yang mudah dan sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu dipelajari.

Tambah Shahz Jaszle lagi, beliau tidak kisah dengan sebarang kritikan terhadapnya dalam membawa watak tersebut malah menerima dengan terbuka dan menganggap ia satu proses pembelajaran.

Buat Shahz Jaszle, selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi dan semoga segala impian untuk menjadi seorang pengarah tercapai suatu hari nanti ! 🙂

Lirik Lagu Kemanusiaan, Ini Komen Mufti Perlis Buat Faizal Tahir… MENGEJUTKAN!

Yang mana tidak punya kesempatan untuk menyaksikan persembahan memukau Faizal Tahir sewaktu malam Anugerah Juara Lagu Ke-30 Ahad lalu, anda boleh menonton di Youtube!

Rata-rata peminat memuji persembahan Faizal Tahir. Satu persembahan yang sangat menyentuh hati dimana berlatarbelakangkan peperangan yang kini berlaku di negara luar.

Selain mendapat banyak reaksi positif daripada netizen, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin juga tidak melepaskan peluang memuji akan persembahan Faizal Tahir.

Menurut beliau, Faizal Tahir yang pernah mencetuskan kontroversi kerana membuka baju sewaktu persembahan menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.

Faizal Tahir dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Anugerah Juara Lagu 2016 menerusi lagu bertajuk Assalamualaikum.

Isu Jubah Ketat, Respon Mengejutkan Sharnaaz Ahmad Bikin Panas!

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini dikatakan Semakin SWEET Dengan Noor Nabila nampaknya telah ‘move on’ ke arah yang lebih baik selepas desas desus mengatakan mereka sudah putus. Malah kini Sharnaaz keluarkan jenama jubah lelakinya sendiri.

Namun, rekaan jubah hipster telah mencuri perhatian netizen dan rata-rata netizen melemparkan komen yang berbaur negatif. Dek kerana terlalu mengikut trend terkini, ramai pereka jubah menghasilkan jubah lelaki yang ketat dan terlalu ikut tubuh badan.

Malah perkara ini juga menarik perhatian Sharnaaz kerana dia juga sedang mengeluarkan jenama jubahnya sendiri. Bagi Sharnaaz, jubah ini kita gunakan untuk solat dan seharusnya tidak terlalu ketat.

Sharnaaz juga menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memakai jubah lelaki yang mengenakan rekaan sebegitu. Bagi dirinya, keselesaan adalah menjadi keutamaannya.

Apapun, setiap orang mempunyai pandangannya tersendiri. Semoga perniagaan Sharnaaz akan berkembang maju.