Ramai Yang Tahu Tapi Tak Semua Yang Buat,Inilah Perkara Penting Yang Ramai Anak Tidak Laksanakan Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia..

sekadar gambar hiasan semata-mata $Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani kalau mak ayah kita dah meninggal, tukar nama bil-bil yang atas nama dia dulu. Bil air, bil api, bil telefon semua …

Read moreRamai Yang Tahu Tapi Tak Semua Yang Buat,Inilah Perkara Penting Yang Ramai Anak Tidak Laksanakan Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia..

UPDATE – Identiti Sebenar Wanita Mati Tergantung Di Pencawang Elektrik

Port Dickson – Seorang wanita berusia 23 tahun ditemui mati  tergantung di pencawang elektrik di Bandar Springhill jam 4.00 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Baharudin Mustapa berkata, ‎siasatan awal polis mendapati‎, tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan dengan penemuan mayat berkenaan.

Bagaimanapun siasatan lanjut tetap akan dijalankan.

Bedah siasat si mati akan dijalankan jam 10pagi ini di Hospital Port Dickson.

Selain itu, motosikal dipercayai milik mangsa turut berada kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan mayat, lapor Sinar Harian.

Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3

Biodata Dan Gambar Zahirah Macwilson. Nama Zahirah Macwilson pasti akan menjadi sebutan mulai esok bila bermulanya drama Mencintaimu di Slot Akasia TV3. Mesti ramai yang akan bertanya Siapa Zahirah Macwilson ni? Dia berlakon drama apa sebelum ni?

Biarpun drama Mencintaimu ini bukan drama pertama lakonan Zahirah Macwilson tetapi kebiasaannya nama hampir setiap hero dan heroin di slot Akasia akan melonjak naik seperti Janna Nick dan Mia Ahmad. Drama-drama yang ditayangkan di slot Akasia sering trending dan mendapat rating yang tinggi.
Biodata Zahirah Macwilson
Nama sebenar Zahirah Macwilson adalah Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson. Berdarah campuran Melayu dan Australia, pelakon jelita ini baru berusia 20 tahun.
Berasal dari Kuala Lumpur, Zahirah Macwilson juga merupakan seorang model dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia.
Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Zahirah Macwilson adalah Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi dan yang terbaru ini Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad.
Untuk anda yang ingin mengenali dengan lebih dekat pelakon Zahirah Macwilson boleh ikutinya di Instagram  https://instagram.com/zahirahmacwilson/ dan di twitter https://twitter.com/zahirahmac
Gambar Zahirah Macwilson

AMARAN! Hindari Panaskan Berulang Kali 6 Jenis Makanan Ini

Bagi orang perempuan terutamanya isteri atau ibu, memanaskan kembali lauk pauk atau makanan yang tidak sempat dimakan mungkin menjadi kegiatan rutin tiap hari. Hal tersebut dianggap lumrah, namun tanpa disedari ternyata makanan yang sudah lama disimpan dan memanaskan kembali sangat tidak digalakkan untuk beberapa masakan.

Mengapa? Ini keran beberapa makanan boleh berubah komposisinya setelah dipanaskan sehingga berulang kali yang akan menyebabkan kehilangan kandungan gizinya, dan bahkan boleh menjadi beracun. Berikut ini makanan yang tidak dianjurkan untuk dipanaskan kembali:

1. Cendawan

Masakan dengan bahan cendawan sebaiknya dimakan dengan segera ketika sudah dimasak, dan jika dibiarkan lama lebih baik memakannya pada keadaan yang sudah sejuk. Jangan dipanaskan berulang kali. Jika dipanaskan berulang kali, akan ada perubahan dalam komposisi proteinnya, dan bahkan ada perubahan rasa. Akibatnya dapat menyebabkan berbagai masalah pencernaan, dan kehilangan manfaat gizi yang terkandung pada cendawan.

2. Ayam

Sama seperti cendawan, jika dipanaskan ulang daging ayam akan berubah komposisi proteinnya. Oleh keranaitu, jika anda ingin menghangatkannya kembali tidak dianjurkan memanaskan pada suhu yang tinggi, cukup dengan api kecil dengan masa yang sekejap saja sehingga masakan terasa cukup hangat.

3. Kentang

Kentang adalah makanan yang sangat bergizi yang tidak dianjurkan untuk dipanaskan berulang kali karena kandungan gizinya akan hilang, dan bahkan jika dipanaskan berulang-ulang kemungkinan akan menjadi beracun. Makan segera setelah dimasak atau makan dalam kondisi dingin tanpa perlu memanaskannya kembali.

4, Bayam

Bayam adalah makanan yang mengandung banyak nitrat, yang jika dipanaskan berulang kali akan mengubah kandungan nitrat menjadi nitrit. Nitrit berpotensi karsinogenik (zat pemicu kanker) bagi tubuh manusia, jadi sangat dianjurkan agar hanya memakan masakan bayam dalam kondisi segar, makanlah segera setelah masakan matang. Hindari makan masakan bayam yang sudah tersimpan lama, dan jangan menghangatkannya untuk dimakan ulang.

5. Daun Saderi

Saderi selalu digunakan untuk sup, ia juga mengandung nitrat yang akan berubah jadi nitrit yang sifatnya karsinogenik (penyebab kanser) jika dipanaskan banyak kali. Jika anda ingin memanaskan sup anda sebaiknya buang terlebih dahulu potongan-potongan daun saderi.

6. Telur

Telur adalah makanan berisiko tinggi jika dipanaskan ulang. Telur akan menjadi sangat beracun jika terkena paparan suhu tinggi secara berulang. Terutama telur yang dimasak dengan cara direbus atau dimasak dalam kondisi bulat dengan bagian kuningya tetap di dalam.

Kisah Hiba Dan Geram Perempuan Ini Berbual Dengan Driver Bas Rapid Ke Puncak Alam Untuk Dikongsi Bersama

Malam tadi di takdirkan tuhan.. Aku naik bas rapid ke Puncak Alam.. aku duduk depan sekali. Sebab seat kat belakang semua dah penuh. Bas terakhir. Pukul 11 malam.

Sampai atas dari giant setia alam.. Dia tanya aku, aircond kuat sangat tak? Dia prihatin… Takut penumpang sejuk. Lepas tu dia mula bercerita dengan aku.. Pasal bas, pasal penumpang, pasal waktu bekerja, dan waktu tu aku jatuh kesian. Ya aku kesiankan dia aku kesiankan semua pemandu bas.

Kesusahan mereka tu. Yang tak mungkin ramai yang sedar dan tahu. Disebalik mulut ramah tu tersembunyi seribu kepenatan mengerah kudrat.

Bas lambat, salahkan pemandu bas itu ini…Marah pemandu bas itu ini. Pegawai datang buat random check tiket takde??? Salahkan pemandu bas tak bagi tiket. Apa dia dapat? Kena potong gaji kena gantung keja. Gaji tak seberapa tolak epf tolak socso yang tinggal berapa ratus je? Anak bini kat rumah nak belanja. Sewa rumah bil api air kena bayar. Anak nak sekolah merengek nak itu ini. Yang bujang pun ikat perut inikan pula yang dah berkeluarga.

Dia tak bagi tiket atau kau yang lari masuk buat muka tak malu ikut pintu belakang tak bayar tiket? Bas lambat kau pergi hantar email aduan kat pegawai depoh tapi kau tak tahu yang sebenarnya bas rosak tengah jalan atau macam2 masalah lagi yang mungkin kau tak tahu. Kau takde duit kecik untuk bayar 1.90 tambang! Driver keluarkan duit dia untuk tolong kau tukar duit tapi si bangsat pergi tangkap gambar hantar email ke pegawai depoh? What the heck?!!! Apa masalah kau? Pasal kau diorang kena cas melanggar etika bekerja, kena potong gaji.

Bas rapid terakhir pukul 11, kena hantar bas balik depoh apa semua sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Esok pagi kalau memang jadual pagi kau agak pukul berapa diorang kena bersiap pergi kerja?? Pengakuan jujur dari driver bas ialah pukul 3.30 pagi dah bersiap ke depoh untuk ambil bas dah bergerak ke kawasan masing-masing. Kau boleh bayang tak? Sempat ke driver bas ni nak rasa tidur nyenyak?? Dengan usia diorang yang majoritinya bukan lagi muda…Kau mampu rasa tak kepenatan yang diorang rasa tu?

Aku harap lepas ni sebelum kau bertindak nak buat aduan.. Kau fikir dulu…Ya betul kau, aku pelanggan…Kita ada hak. Tapi kita kena ingat mereka ialah manusia bukan robot. Tunjukkan timbang rasa pada sesama saudara kita.

Ditulis OlehLadyy Zee Via Facebook (26 Mac 2014)

70 Jenis dosa besar manusia di dunia mendapat azab paling dahsyat

Al-Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan 70 jenis perbuatan dosa besar:

01. Belajar ilmu dan menyembunyikan pengetahuannya.
02. Bersaksi palsu.
03. Berjudi.
04. Bersumpah palsu dan bohong.
05. Berbohong.
06. Bergambar di baju (bila sembahyang).
07. Perempuan pelacur.
08. Berbuat buruk terhadap yang lemah.
09. Berdebat dan memusuhi.
10. Bersifat dayus.

11. Bercakap kasar dengan orang tua.
12. Dusta nama Allah SWT dan rasulnya.
13. Derhaka pada suami.
14. Derhaka pada hamba Allah SWT, anggap baik dirinya.
15. Hakim derhaka.
16. Homosex (seagama/sejenis).
17. Mengurangi timbangan.
18. Lari seorang hamba dari tuannya.
19. Lelaki menyerupai wanita.
20. Lari dari medan perang di jalan Allah SWT.

21. Membunuh manusia.
22. Membunuh diri sendiri.
23. Mengamalkan sihir.
24. Meninggalkan sembahyang lima waktu.
25. Meninggalkan sembahyang Jumaat.
26. Menderhaka kepada kedua ibu bapa.
27. Memutuskan hubungan silaturrahim.
28. Melakukan zina.
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul.
30. Makan dari kekayaan haram.

31. Memberi dan menerima rasuah.
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong.
33. Makan riba.
34. Minum arak.
35. Mencuri.
36. Merompak.
37. Melakukan kezaliman.
38. Melakukan pengkhianatan.
39. Menyebut-nyebut pemberian.
40. Memungkiri janji.

41. Memfitnah.
42. Mengutuk orang islam.
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah SWT.
44. Menipu harta rampasan.
45. Melampaui batas.
46. Menuduh zina terhadap orang baik.
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) dan tidak menutup aurat bagi wanita.
48. Mempercayai nujum dan sihir.
49. Menjadi bapa sanggup.
50. Mencari kesalahan orang lain.

51. Menganggu orang lain.
52. Menganggu tetangga.
53. Menyakiti dan memaki orang islam.
54. Mengintip dan membuka rahsia orang.
55. Mencaci sahabat Nabi SAW.
56. Mengurangi wasiat.
57. Mengingkari atau melawan takdir.
58. Putus asa dari rahmat Allah SWT.
59. Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat.
60. Riak dan mempamerkan diri.

61. Syirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.
62. Sombong serta angkuh.
63. Sembelih untuk selain Allah SWT.
64. Tidak mengeluarkan zakat.
65. Tidak berpuasa di bulan ramadhan.
66. Tidak mengerjakan haji jikalau mampu.
67. Tidak istinjak selepas kencing.
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa dan tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi wanita.
69. Tipu daya.
70. Wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Wallahu taala a’lam.

8 Senarai Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud Pada Zaman Sekarang Yang Dahulunya Sangat Diperlukan !!!

Dengan peredaran zaman dan teknologi yang kian canggih…. Beberapa pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi….

1. Penyusun Pin Boling

Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old skool la….

2. Jam Penggera Manusia

Pekerjaan ini telah wujud di England dan Ireland semasa Revolusi Industri sehingga tahun 1920-an. Dengan upah beberapa sen seminggu, jam manusia penggera akan mengejutkan pelanggan setiap pagi. Bagi pelanggan yang berada di tingkat atas mereka akan di kejutkan dengan mengetuk tingkap…

3. Pemotong Ais

Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Kiub yang terhasil telah dihantar kepada pelanggan dan digunakan untuk penyimpanan makanan….

4. Pengesan Radar Pesawat Musuh

Sebelum penciptaan radar, perkhidmatan rahsia digunakan pantulan dan peranti akustik mendengar untuk mengesan bunyi enjin pesawat….

5. Penangkap Tikus

Penangkap tikus untuk kawalan yang diamalkan di Eropah bagi mencegah penyebaran penyakit kepada manusia, yang paling terkenal pada ketika itu Wabak Hitam dan untuk mengelakkan kerosakan kepada bekalan makanan….

6. Tukang Penyala Lampu…

Pada setiap malam di sekitar bandar pekerja akan menyalakan semua lampu dengan tangan, biasanya pada tiang panjang….

7. Pembawa Kayu Balak…

Zaman dahulu belum lagi wujud lori balak untuk mengangkut kayu balak seperti sekarang. Jadi kayu balak yang berat itu akan di bawa melalui sungai ke tempat pemprosesan….

8. Switchboard Operator

Kini banyak kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia telah digantikan dengan robot. Begitu juga dengan operator penyambung talian telefon ini, wayar berselirat ini pun sudah buat aku pening…