Batuk Dialami David Arumugam Tidak Pulih Sejak 20 Tahun

Penyanyi kumpulan Allycats iaitu Datuk David Arumugam memberitahu keadaan kesihatannya kebelakangan ini terjejas akibat mengalami batuk kronik yang dihidapnya sejak 20 tahun lalu.

David, 66, berkata, dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit itu tidak mempunyai ubat khusus untuk mengatasinya.

“Kesihatan saya terjejas sebab mengalami batuk kronik dan sejak 20 tahun lalu hingga sekarang ia tidak baik walaupun saya sudah buat beberapa kali rawatan di hospital.

“Doktor juga ada beritahu bahawa penyakit ini tiada ubat cuma menasihatkan agar saya banyak berehat sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau yang ditemui pada sidang media Konsert Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya, baru-baru ini.

David merupakan salah seorang penyanyi pada konsert yang menampilkan tujuh artis penerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Leonard Tan, Datuk Yusni Hamid, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rossa.

Dalam konsert yang bakal diadakan pada 27 Februari itu, David bakal membawakan tiga buah lagu popularnya iaitu Sampaikan Salam, Hingga Akhir Nanti dan Sang Puteri.

Sementara itu David berkata, batuk tersebut tidak mengganggunya ketika dia membuat persembahan pentas.

“Walaupun saya batuk teruk tapi ia hilang ketika saya menyanyi, itu pun saya pelik kerana saya boleh menyanyi dengan baik setiap lagu tanpa gangguan.

“Bila turun sahaja pentas saya akan batuk dengan teruk semula,” ujarnya.

Selain itu, ditanya tentang perkembangan terbaharu, David berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan album bersama Datuk M Nasir.

Ia merupakan album ke-31 selepas album terakhir berjudul Rasa yang dirakam bersama mendiang adiknya Loganathan Arumugam pada tahun 2007.

“Sekarang saya sibuk rakaman untuk album baharu bersama M Nasir dan sekarang sudah hampir 20 peratus proses berjalan. Ia akan memuatkan 20 buah lagu baru,” ujarnya.

Loganathan Arumugam atau Loga meninggal dunia pada Jun 2007 akibat kanser paru-paru.

Punca Ziana Zain Sebak Ketika Majlis Perkahwinan Ruzaini Terbongkar!

Baru-baru ini telah berlangsung majlis perkahwinan pereka fesyen terkenal iaitu Ruzaini yang bertemakan Hollywood di sebuah hotel terkemuka. Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah ketika ucapan Ziana Zain buat kedua pasangan mempelai.

Ucapan Ziana ketika itu ternyata menyentuh hati pasangan pengantin dan juga tetamu yang lain. Ziana yang sudah menganggap Ruzaini sebagai adiknya akui sangat gembira dan juga bersedih kerana akhirnya Ruzaini sudah menjadi hak milik orang lain.

Malah, Ziana turut mendoakan kebahagiaan Ruzaini dan pasangannya.

Apabila bercerita mengenai perkenalan pertama mereka, Ziana mengenali Ruzaini ketika ABPBH 2006. Malah, Ziana juga menjadi artis pertama yang menyarung persalinan rekaan duo terbabit.

Apapun, selamat pengantin baru buat Ruzaini dan pasangan. Semoga bahtera yang dibina itu kekal ke akhir hayat.

Ubah 3 Hal Ini, Anak Akan Patuh,Setiap manusia memiliki watak yang berbeza-beza. Ada yang lembut. ~ Baca Penuh Disini

Setiap manusia memiliki watak yang berbeza-beza. Ada yang lembut, ada juga yang keras. Namun sebagai orang tua tidak harus mencari berbagai alasan ataupun marah, berteriak dan berdebat dengan putera-puteri anda yang aktif, cerdas dan pandai berkata. Karena orang tua yang bijak cukup hannya mengulangi perintahnya dengan lembut, ramah dan tenang.

Semua hal yang belum diketahui oleh buah hati Anda tentang apa itu kewajiban mentaati kedua orang tuanya adalah sesuatu yang wajar. Maka Anda harus sabar menghadapinya kerana akan jadi sikap yang kita anggap membangkang kerana anak tidak melaksanakan perintah Anda adalah kerana mereka tidak faham dengan maksud anda. Berdasarkan pengalaman, ada beberapa faktor yang membuat anak Anda tidak patuh pada perintah Anda;

Cara memberi perintah Perintah yang mengambang membuat anak tidak tahu maksud yang anda inginkan. Misalnya perkataan anda pada anak, “Bereskan katil mu, jadilah anak yang sopan dan jangan nakal”. Contoh seperti itu adalah perintah yang mengambang dan tidak jelas. Anak tidak faham dengan maksud kata sopan dan nakal. Itu yang membuat anak anda terkesan nakal dan membangkan di mata Anda. Oleh kerana itu perintah anda harus jelas. Misal, apabila Anda

memerintah untuk membersihkan katil, maka Anda akan membahagikan tugas-tugas tersebut menjadi tugas kecil. Misal, “rapikan tempat tidur mu, sapu lantai bilik mu”. Dan begitu juga ketika Anda meminta anak anda untuk bersikap sopan dan tidak nakal maka anda juga harus mendeskripsikan kata sopan dan nakal kerana anak anda tidak memahami itu. Misal, ketika anda mengajak anak anda bertamu tiba-tiba dia lari-lari di ruang tamu dan tidak sengaja melanggar kerusi yang ada di sana. Maka jangan katakan “yang sopan nak, jangan nakal”. Tapi katakan kepadanya, “silakan duduk dengan tenang”.

Tidak menyedari perintah Anda 
Terkadang pada saat Anda berbicara pada buah hati Anda, mereka tidak menaruh perhatian pada Anda. Misalnya, Anda berbicara pada anak yang sedang asyik makan, sedang asyik bermain, atau menyemak, dan lain-lain. Dalam kondisi seperti ini, anak Anda sedang sibuk dan fokus serta kesedarannya tidak tertumpu pada Anda tetapi mereka sedang fokus dengan apa yang sedang dikerjakannya. Pada saat itu ia tidak akan mendengarkan ucapan

Anda dan pasti akan menganggap anak Anda membangkang. Saat anak Anda sedang sibuk sebaiknya Anda menasihatinya berulang-ulang dan tanyakan padanya apakah dia tahu bahawa Anda sedang berbicara padanya. Kalau anak masih belum menyedari ucapan atau maksud Anda, maka sentuhlah ia dengan tangan lembut agar dia menatap Anda, kemudian mintalah sekali lagi tanpa emosi dan berteriak.

Waktu yang tidak tepat 
Terkadang Anda meminta sesuatu kepada anak Anda untuk melakukan apa yang Anda perintahkan dengan segera. Tetapi mereka dalam kondisi yang tidak menginginkan untuk melakukan hal itu sehingga ia menundanya. Dan terkadang ia pun menolaknya. Misalkan, ketika anak Anda ada masalah dengan temannya lalu Anda menyuruhnya untuk meminta maaf dengan segera, dan dia tidak mahu. Lalu anda mengulangi permintaan

Anda dan terus memotivasinya tetapi anak Anda masih enggan. Sudah pasti pada saat itu Anda akan mengatakan bahawa anak tidak patuh dengan perintah Anda. Padahal penolakan anak Anda adalah kerana dia masih memerlukan masa agar mampu menerima keadaan dan akan melaksanakan perintah Anda. Kalau Anda ingin buah hati mampu melakukan semua yang Anda instruksikan kuncinya hanyalah sabar dan menunggu ia siap untuk melakukannya.

Semoga Bermafaat.

KOTA BHARU – Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan beberapa bahagian badan ditetak lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pedang ala ‘samurai’ Jalan Kampung Parit, Seterpa Peringat di sini malam tadi.

KOTA BHARU – Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan beberapa bahagian badan ditetak lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pedang ala ‘samurai’ Jalan Kampung Parit, Seterpa Peringat di sini malam tadi.

KOTA BHARU - Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan beberapa bahagian badan ditetak lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pedang ala ‘samurai’ Jalan Kampung Parit, Seterpa Peringat di sini malam tadi.
GAMBAR SEKADAR HIASAN

Read more »

Inilah Punca Marsha Milan Menyepikan Diri Dari Dunia Nyanyian…MENGEJUTKAN!

Penyanyi Marsha Milan Londoh yang sebelum ini sudah selamat menikah dengan Mohamed Shaiful dan mereka telah pergi berbulan madu di Italy. Gambar Bulan Madu Marsha Dan Mohamed Shaiful Nizam Di Italy Terlajak SWEET!!

Namun, semenjak mendirikan rumah tangga, Marsha akui bersedih kerana bidang nyanyian kurang menyerlah malah tidak diberi peluang untuk mengembangkan dunia nyanyiannya itu.

Penyanyi yang mempunyai suara lunak ini tidak menganggap perkara tersebut sebagai penghalang dirinya untuk melebarkan sayapnya dalam dunia nyanyian. Marsha percaya tuah belum berpihak kepadanya.

Marsha yang kini aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan mengakui rezekinya kearah bidang tersebut. Malah, Marsha merupakan salah seorang pengacara Mentor Milenia.

Wanita kelahiran Sabah ini merancang untuk lebih fokus pada tahun ini kepada bidang nyanyian dan jika diberi tawaran berlakon, dia akan meneliti setiap watak yang diberikan.

Malah, sekarang ini Marsha sedang mempromosikan single berjudul Sudah Ketemui hasil ciptaannya sendiri yang pada asalnya lagu ini Marsha dedikasikan khas buat suaminya ketika majlis perkahwinan mereka pada awal tahun lalu.

Apapun, semoga kerjaya seni Marsha semakin berkembang dan single terbarunya itu mendapat sambutan yang baik dari peminat.

Taylor Swift Berjaya Rangkul Trofi Anugerah Grammy!

Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift berjaya merangkul trofi pada malam Anugerah Grammy ke 58 di mana dia beroleh kemenangan besar apabila album 1989 dinobatkan sebagai Album Terbaik.

Kemenangan Taylor Swift ini telah mengetepikan empat orang pesaing yang sengit iaitu Kendrick Lamar, Alabama Shakes, Chris Stapleton dan The Weeknd yang turut tercalon dalam kategori sama.

Lebih membanggakan apabila Taylor berjaya memberikan persembahan perbukaan yang memukau pada malam anugerah tersebut. Malah, Taylor turut berjaya memenangi dua kategori lain iaitu Vokal Album Pop Terbaik (1989) dan Muzik Video Terbaik menerusi lagu Bad Blood.

Namun, pasangan duo, Mark Ronson dan Bruno Mars turut mencipta kemenangan dalam kategori utama iaitu Rakaman Terbaik menerusi lagu Uptown Funk.

Apapun, tahniah buat semua pemenang. Semoga dengan kejayaan ini akan memberikan inspirasi kepada mereka untuk terus menghasilkan lagu yang terbaik pada masa akan datang.

MENARIK! Majlis Hari Jadi Alif Aziz Yang Meriah

Penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz yang sebelum ini kecoh apabila namanya sama dengan penyanyi Malaysia, Alif Satar membuatkan netizen keliru. Gara-gara Nama Sama, Alif Satar Sentap Dengan Aliff Aziz?

Majlis kejutan sambutan hari jadi Alif Aziz ini telah diadakan di Petak Event Space. Malah, majlis ini dilakukan secara istimewa buat Alif dari rakan terdekat serta peminat.

Majlis yang diadakan itu sangat meriah dengan kehadiran tunang tersayang Bella Astillah serta adiknya, Aisyah Aziz. Jom kita layan gambar-gambar menarik sekitar majlis hari jadi Alif ini.

Wah majlis yang sangat bermakna buat Alif. Rasanya masih belum terlambat untuk admin ucapkan selamat hari jadi kepada Alif. Semoga sentiasa berbahagia di samping orang yang tersayang.