INFO PENTING !!! Tanda Ada Jin Dalam Rumah & BAGAIMANA Cara Mengusirnya ~ baca disini

Artikel tanda-tanda ada jin di dalam rumah dan cara mengusir jin keluar dari rumah ini saya dapat melalui perkongsian di Facebook. Mungkin berguna untuk perkongsian bersama.

Apakah tanda ada jin di dalam rumah?

Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )

[email protected] Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
>Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-

1) [email protected] ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”

Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
$etelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah

Ayat Kursi

At-Takathur

Az-Zalzalah

Al-Ikhlas

Al-Falaq

An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
2.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

*Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan

segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala

makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

#Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah

memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

$elepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

%Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Semoga bermanfaat!

“SAYA OKAY, KEMALUAN BERJAYA DISAMBUNG SEMULA”

Kuala Lumpur: “Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata peniaga kain warga Pakistan berusia 42 tahun yang menanggung sengsara hilang ‘anu’ lebih 24 jam.

Kemaluan lelaki itu dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya warga tempatan berusia 51 tahun menggunakan pisau cukur dalam kejadian di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol, 1.40 pagi semalam.

Menurut lelaki yang menetap di negara ini sejak 2004, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat saja.

Katanya, dalam keadaan panik, bahagian kemaluan yang putus itu tertinggal di rumahnya, sebelum diambil anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula dan dia dalam keadaan sedar sebelum dibedah selama 15 jam.

“Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.

“Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang tadi.

Hari ini, akhbar melaporkan isteri lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak tahan sering dijadikan mangsa keganasan seks oleh suaminya.

Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian, lelaki itu berkata, isterinya enggan tidur di bilik yang sama dengannya.

“Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

“Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya tidur sebelum kemaluannya dipotong.

Katanya, dia bercadang menceraikan isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sihat nanti.

“Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

“Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya,” katanya yang mempunyai tiga anak dengan isteri pertama.

Katanya, dia mengahwini isteri keduanya selepas berkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya hanya indah selama dua bulan sebelum rumah tangga mereka bermasalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.

“Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.

‘Sey pondam dan nangis dalam hati’

Melihat susuk tubuh dan riak wajah lelaki tua ini, siapa sangka dia benar-benar mengotakan ikrar janji cintanya buat isteri yang dikahwini atas dasar suka sama suka kira-kira 64 tahun lalu di Kampung Talang, Kuala Pilah.

Lelaki tua berkenaan tidak pernah sesekali menjadikan faktor usianya yang sudah mencecah 80 tahun sebagai halangan untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga isterinya, Tomah Maamin, 81, yang diserang strok sejak lebih empat tahun lalu.

“Cinta… tak boleh buang… dulu sey kahwin suko samo suka, duduk pun solaman yo… bilo jadi macam ni, tak kan sey nak buang rasa cinta sey yang dulu tu,” kata Harun Ali, 80, ketika ditemui Sinar Harian dan ahli Persatuan Sukarelawan Tampin (PST) sempena program Jalinan Kasih PST di Felda Bukit Jalor, di sini, kelmarin.

Harun berkata, pada 2006, dia pernah menjalani pembedahan kerana sakit di bahagian usus dan isterinya yang menjaganya sehingga dia sembuh.

“Sey tak kan lupo apo yang isteri sey dah korbankan tuk sey, bilo isteri sey diserang sakit strok, sey ambil-alih tugas dia membersihkan rumah termasuklah memasak makanan,” katanya.

“Sejak isteri sey sakit… hari-hari sey masakkan pindang tuk dio, tak do lah podeh sangat. Bolehlah dio makan tak sakit perut,” katanya turut memberitahu tiga anaknya akan pulang bergilir-gilir hantar makanan kepada mereka.

Menurutnya, hampir setiap hari rutinnya bermula seawal jam 6 pagi dan sesudah solat, dia akan menyediakan sendiri sarapan pagi memandangkan isterinya tidak mempunyai kudrat untuk berdiri selepas diserang strok pada bahagian badan kanannya.

“Isteri pula akan sey hidangkan sarapan jam 8 pagi. Mujur isteri sey masih lagi boleh bangun dengan bantuan tali yang diletakkan berhampiran tempat tidur dan sey tunggunya untuk duduk di atas kerusi roda serta dibawa ke bilik air untuk mandi,” katanya.

“Isteri sey pakai pampers untuk buang air kecil yo, tapi kalau nak buang air bosa, sey seperti biasa akan tunggu dia duduk di kerusi roda dan menolaknya hingga ke bilik air. Sey tadahkan dengan bokeh sebab sey tahu, isteri mesti tak selesa jika terberak dalam pampers,” katanya.

Harun berkata, dia akan menjaga isterinya sebaik mungkin sehingga ke hujung hayatnya.

“Tak tahu lah sapo yang poie (meninggal dunia) dulu… tapi kalau sey poie dulu, isteri sey anak atau cuculah yang jago, jika isteri sey poie dulu, sey pun samo anak atau cucu jago.

“Tapi selagi sey dan isteri hidup, kami akan tetap bersama serta tinggal di sini di rumah kami suami isteri,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak pernah bergaduh terlalu lama kerana dia sendiri bimbang sekiranya rajuk isteri berpanjangan, siapa pula yang mahu memasak untuknya.

“Kini tak polah, sey ambil alih tugas isteri sey… selalu juga sey sodeh tengok keadaannya ini yang sudah terlantar sejak lebih empat tahun tapi sey pondam dan nangis dalam hati jo… Sey tak nak isteri susah hati melihat saya,” katanya.

Sempena program itu, Pengerusi PST, Baharudin Rashid menyampaikan sumbangan lampin pakai buang, makanan keperluan harian dan wang tunai buat pasangan berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Bukit Jalor, Halimah Sabtu dan Ketua Blok 5B Felda Bukit jalor, Jamaludin Ali.

Tiket Konsert Infinite Habis Terjual Dalam 12 Minit

TIKET konsert kumpulan muzik terkenal Korea Selatan, Infinite habis dijual dalam tempoh 12 minit sahaja sejak dibuka pukul 8 malam, pada Selasa.

Sejak konsert itu diumumkan, ia menjadi bahan carian tertinggi di enjin carian Google minggu lalu.

Seramai 200,000 peminat melayari laman web tersebut bagi membuat pembelian.

Konsert Infinite bakal berlangsung pada 20 dan 21 Februari depan di Olympic Park Gymnastics Stadium, Seoul.

VIDEO PONDAN Menyanyi Dengan Pakaian TIDAK SENONOH Di Pusat Beli Belah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini sedang menyiasat tindakan seorang lelaki menyerupai wanita yang berpakaian tidak senonoh apabila menyanyi dalam keadaan sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini baru-baru ini.

VIDEO PONDAN Menyanyi Dengan Pakaian TIDAK SENONOH Di Pusat Beli Belah Kota Kinabalu
VIDEO PONDAN Menyanyi Dengan Pakaian TIDAK SENONOH Di Pusat Beli Belah Kota Kinabalu

Read more »

Tori Spelling Disaman Gagal Bayar Hutang Kad Kredit

PELAKON Tori Spelling disaman oleh syarikat American Express ekoran gagal membuat pembayaran kad kredit.

Menurut kertas pertuduhan, Tori berhutang USD37,981.97 dan gagal membuat pembayaran sejak Jun tahun lalu.

Dia juga didakwa gagal membuat pembayaran minimum sebanyak USD1,477 pada 18 Ogos 2015.

American Express menuntut agar Tori menyelesaikan tunggakan berkenaan termasuk faedah.

Terdahulu, Tori pernah mendedahkan dia mengalami masalah kewangan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hazama Minta Nasihat Akim Ahmad Soal Cinta Berbeza Agama

Penyanyi Hazama memberitahu ada meminta pandangan daripada rakan baiknya iaitu penyanyi Akim Ahmad berkaitan dengan hal berkaitan percintaan dengan pasangan berbeza agama.

Hazama, 32, berasa kagum dengan pengorbanan penyanyi lagu Potret itu dalam memperjuangkan cinta bersama tunangannya Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Abdullah dalam hubungan yang mencecah tujuh tahun itu.

“Saya ada minta nasihat dan bertanya pada Akim juga tentang hal-hal cinta dengan pasangan berlainan agama.

“Saya lihat dia seorang yang penyabar dan sanggup menunggu lama, hubungan dia dengan tunangnya iaitu Stacy sudah tujuh tahun. Manakala saya Genervie baru sahaja tiga tahun bercinta,” ujarnya kepada mStar Online.

Hazama berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan percintaannya dengan pemuzik Genervie Kam, 35, yang sudah hampir tiga tahun bercinta.

Katanya, dia tidak pernah mendesak wanita itu memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya.

“Saya tidak mahu paksa dia masuk Islam, biar dia sendiri terbuka hati sendiri dan bukan kerana saya semata-mata.

“Saya sanggup tunggu selagi termampu dan kalau di memeluk agama Islam saya tidak mahu dia menukar namanya,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyainnya yang kini semakin berada di puncak, Hazama berkata, dia mengakui terpaksa mengorbankan demi tanggungjawab sebagai penyanyi.

Katanya, masa untuk bercinta dan tidur lebih terhad berikutan komitmen terhadap jadual hariannya yang padat dengan program dan persembahan nyanyian.

“Banyak terpaksa dikorbankan terutamanya masa tidur yang semakin berkurangan kerana jadual saya padat. Sekarang saya sibuk dengan program Mentor Milenia dan persiapan Anugerah Juara Lagu Ahad ini.

“Selain itu, bakal sibuk dengan latihan persembahan konsert 5 Divo yang akan berlangsung pada 13 Februari depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hazama berkata, dia bukan bersikap tamak dengan menerima semua tawaran dalam satu masa yang sama, namun menganggap ia sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan.

“Ini bukan sebab saya tamak, tapi peluang-peluang yang datang pada masa yang sama ini adalah yang saya impikan selama ini.

“Peluang ini tidak datang dengan mudah dan saya tidak mahu melepaskannya begitu sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Hazama berkata dia bakal bersama empat penyanyi popular iaitu Hafiz Suip, Afgan, Judika dan Taufik Batisah bakal menjayakan konsert 5 Divo di Stadium Malawati pada 13 Februari depan.

Bagi yang ingin penonton konsert tersebut boleh mendapatkan tiket berharga RM128, RM188, RM388, RM588, RM888, RM988 dan RM1188 di www.ticketpro.com.my.

Angah (Raja Lawak) Belajar Jadi Imam Sebelum Kahwin

 Pelakon dan pelawak Angah sedang mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama sebelum bergelar suami kepada Ameera Syura Abd Razak pada 19 Februari depan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 37, berkata, selain menjaga solat dia juga mempelajari untuk menjadi seorang imam agar dapat memimpin bakal isterinya itu dalam ibadat.

“Sebagai persiapan peribadi saya menjaga solat dan belajar bagaimana menjadi imam selain persediaan lain bergelar suami.

“Alhamdulillah persiapan lain juga sudah 80 peratus siap dan kini hanya menunggu untuk disatukan sebagai suami-isteri,” katanya kepada mStar Online.

Angah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pada Rabu lalu.

Bekas peserta program Raja Lawak itu bergabung dengan dua pelawak lain iaitu Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) menerusi kumpulan LOL.

MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Angah berkata, dia berkenalan dengan Ameera, 20, lebih dua tahun lalu ketika dia menjadi pengacara majlis dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh bapa wanita itu sendiri.

Kata Angah, biarpun jarak usia mereka jauh berbeza namun ia tidak menjadi masalah kerana paling penting keserasian di antara cukup baik.

“Hanya dalam tempoh setahun mengenali bakal isteri saya selesa dengannya dan keserasian di antara kami melengkapkan hubungan kami.

“Alhamdulillah kami bakal disatukan sebagai suami-isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian kami berdua,” ujarnya yang sudah menduda sejak sembilan tahun lalu.

Terdahulu, Angah mengikat tali pertunangan dengan Ameera pada Januari tahun lalu dan pernikahan pasangan itu bakal diadakan di rumah pengantin perempuan di Melaka.

Bercakap mengenai MLM 2016, Angah berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai program berkenaan dan mengakui gementar untuk bertanding bersama 14 peserta lain yang mantap.

Bagaimanapun kata Angah, sekarang adalah masa paling sesuai untuk dia berbuat demikian dan berharap gabungan bersama Ajak dan Tauke akan disukai peminat.

AMAH GERGAJI MAYAT MAJIKAN TIDAK MENGAKU BERSALAH

Lakaran artis menunjukkan Te dan Hui di dalam mahkamah, kelmarin.

Paris: Seorang amah warga China mendakwa bertindak mempertahan diri ketika membunuh dan mengerat mayat majikannya di Perancis pada 2012.

Hui Zhang, 34, didakwa diserang dua majikannya itu selepas bayi dalam jagaannya mati ketika tidur. Dia mendakwa, pasangan itu menyerangnya dan teman lelaki Te Lu, 34, menggunakan pisau pemotong apabila dia memaklumkan mereka mengenai kematian anak itu.

“Memang saya membunuh mereka dan saya akan menyesal sampai mati,” kata Hui.

Peguam belanya Alexis Guedj menekankan Hui sekadar mempertahan diri. Te bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya selepas mendakwa pengsan ketika pergaduhan berlaku.

“Saya tidak bersalah. Ini memang satu mimpi ngeri,” katanya.

Bagaimanapun, pendakwa Chloe Arnaux mendesak hukuman berat atas alasan kedua-dua tertuduh membawa senjata tajam ketika menemui mangsa.

Selepas membunuh majikannya itu, Hui dilaporkan mengheret dua mayat berkenaan ke dalam bilik air sebelum memotongnya menggunakan gergaji elektrik dan menghidupkan mesin basuh untuk menghalang bunyi bising.

Te dilaporkan terjaga daripada pengsan dan sempat membantu memasukkan anggota badan yang dikerat ke dalam beg sampah.

Pasangan itu kemudian melarikan diri ke China, tetapi kembali ke Perancis selepas dipercayai takutkan hukuman mati dikenakan di negara asal.

Selepas anggota badan mangsa ditemui orang ramai pada Jun 2012 di kawasan hutan di Vincennes, Hui dan Te menyerah diri kepada polis dan membantu mencari anggota badan yang masih hilang.

Bagaimanapun, mayat bayi itu yang juga dibuang di dalam timbunan sampah tidak ditemui. – AFP

TANGAN ROBOT ILHAM DARI FILEM IRON MAN

INI bukan adengan dalam filem, tetapi tangan bionik ini memang wujud dan ia dicipta sendiri oleh lelaki warga Indonesia ini berdasarkan ilham adaptasi daripada filem Iron Man.

Wayan Sumardana Sutawan, berasal dari Bali mampu mencipta tangan unik itu meskipun beliau bukan daripada golongan mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya kejuruteraan fizikal atau mekanikal.
Apa yang membuatkan kami bertambah kagum ialah, Sutawan atau lebih dikenali dengan panggilan Tawan mempelajari teknologi tangan bionik tersebut hanya menerusi Internet serta berpandukan video di YouTube.
Menceritakan lebih lanjut bagaimana tangan bionik ini dihasilkan, Tawan bercerita dia pada mulanya disahkan menghadapi penyakit angin ahmar sejak enam bulan lalu.
Perkara tersebut membuatkan tangan kiri lelaki yang kini berusia 31 tahun itu sukar untuk digerakkan.
tawan3
tawan
Menurut doktor, penyakitnya itu juga akan menyebabkan Tawan sukar untuk melakukkan kerja hariannya, iaitu sebagai buruh besi di sebuah bengkel tempatan.
Tawan melihatkan perkara ini lantas mencari idea bagaimana untuk membuatkan tangannya kembali ‘berfungsi’ disamping keluarganya yang mengharapakan dirinya untuk menampung pembelanjaan hidup.
Lantas Sutawan yang menanggung pelbagai beban dan kedaifan hidup nekad menggunakan barangan-barangan di bengkel besinya dan dikatakan telah berkali-kali gagal ketika ciptaannya itu hampir 50 peratus siap.
Namun berkat ketekunan dan kesabarannya, Tawan akhirnya berjaya menjadi ‘Tony Stark’ di dalam bengkel kecilnya yang mana tangan bionik tersebut mampu digerakkan dengan menggunakan otak.
Berita mengenai kejayaan beliau telah membuatkan dirinya digelarkan ‘Iron Man Bali’daripada media tempatan.
tawan2
Kini, Tawan menjadi ‘hero’ popular di Indonesia dan berita mengenai kejayaanya turut disiarkan di kebanyakan laman web antarabangsa seperti 9GAG. – Mynewshub

6 FOTO TERAKHIR FASHA SANDA & JEJAI YANG SANGAT MENYENTUH HATI

Pelakon Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.
Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016. Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli. Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.
Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun, kata Fasha Sandha sambil menitiskan air mata kesedihan. – Rotikaya

jejai%2Bcerai%2Bfasha1.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha2.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha3.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha4.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha5.jpeg
jejai%2Bcerai%2Bfasha6.jpeg

6 FOTO TERAKHIR FASHA SANDA & JEJAI YANG SANGAT MENYENTUH HATI

Pelakon Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.
Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016. Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli. Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.
Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun, kata Fasha Sandha sambil menitiskan air mata kesedihan. – Rotikaya

jejai%2Bcerai%2Bfasha1.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha2.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha3.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha4.jpeg

jejai%2Bcerai%2Bfasha5.jpeg
jejai%2Bcerai%2Bfasha6.jpeg