Doa Mencari Isteri Perawan Termakbul

Ajal maut pertemuan dan jodoh itu semua di tangan tuhan,itulah kata kata yang sesuai untuk pasangan haji nasir yang berusia 63 tahun yang mempersunting bunga kembang mila gadis cantik yang masih berusia 18 tahun pada 11.o7.2016.

Pihak pemberita menelusuri perkampungan kecil kediaman kedua pengantin baru itu,mulanya haji nasir kelihatan cangkung dan gugup bersama bapa martuanya nasaruddin 48 tahun untuk memaklumkan berita yang cukup mengemparkan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak pernah bercinta,ia mengalir begitu saja,sebelum menyunting mila,saya sudah dua kali bertemu dengan ayahnya dan mila,pertemuan kedua saya langsung melamarnya dan alhamdulilah saya diterima “kata lelaki kelahiran tahun 1953 itu pada 12 july.

Disela suasana perkampungan yang damai,haji nasir menyambung cerita bahwa dia sebenarnya pernah menikah,hj nurjannah nama isteri pertamanya yang meninggal pada februari tahun lalu akibat penyakit sesak napas dan tidak memiliki anak.
Lelaki yang juga merupakan guru nasid itu mengaku bahwa dia mengetahui keberadaan mila dari rakan yang mengatakan bahwa ada anak perawan berdekatan kampungnya selepas mereka berbuka puasa .Kemudian keesokan harinya dia mendatangi rumah mila,namun sayang,mila tidak berada dirumah.

“Memang setelah isteri pertama saya meninggal,saya berniat mahu menikah lagi,alhamdulillah doa saya mencari isteri perawan muda cantik termakbul”kata haji nasir yang dikenali di kampungnya sebagai seorang yang peramah dan baik hati.

Ditengah asik menemu ramah haji nasir mila datang dengan membawa kek raya dengan air Teh panas,pemberita pun sebenarnya sempat terpegun melihat kecantikan mila,dimana wajahnya yang hanya di sapu dengan bedak tipis namun nampak cantik dan menawan,memang sungguh kecantikan semula jadi yang pasti akan mengganggu jiwa setiap lelaki.
Dalam perkahwinan tersebut sempat tersebar isu harta dan unsur paksaan atau di jodohkan dalam perkahwinan keduanya.

Namun nasaruddin ayah mila menafikan sekeras kerasnya tuduhan tersebut,ditambah lagi uang hantaran yang tersebar di media sosial dengan jumlah 10 ribu,namun cerita sebenarnya hantaran yang diminta hanya berjumlah 7 ribu sahaja” itu pun sudah jumlah yang ditambah dengan dua gram emas.katanya.

Manakaa mila gadis yang hampir 15 kali menolak pinangan lelaki lain yang ingin memepersuntingnya enggan untuk memberi komen yang panjang menurutnya meski suaminya berumur senja, itu tidak ada masalah,banyak yang membicarakan saya sebagai gadis gila harta,banyak yang mencela.

Saya tidak kisah dengan semua itu,saya yang menjalani bukan mereka,dah namanya jodoh dan saya benar benar mencintai suami saya,tuturnya sambari tersenyum.

 POPO

Saya Belajar Berjalan Semula, Doakan Saya – Mazidul Akmal Sidek

Selepas hampir dua tahun terlantar sakit akibat diserang strok, baru-baru ini pengacara dan personaliti TV terkenal, Mazidul Akmal Sidek, dijemput ke sebuah rancangan bual bicara untuk menceritakan keadaan kesihatannya.

Dalam rancangan itu, Mazidul kelihatan semakin baik dan kerap tersenyum di sepanjang perbualan.

“Kini saya banyak berlajar untuk berjalan semula, selain itu saya juga sedang mengembalikan ingatan. Alhamdulillah, saya semakin baik. Kalau diberikan wang, saya tidak perlukan itu semua. Saya hanya perlukan doa daripada anda semua, untuk saya boleh kembali memberikan khidmat kepada masyarakat,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online.

Sementara itu, dalam masa yang sama Mazidul turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan kesihatannya supaya cepat sembuh agar beliau mampu kembali aktif didalam bidang penyiaran seperti sediakala.

Dalam rancangan itu juga, Mazidul turut ditemukan dengan rakan pengacaraannya, Zakiah Anas dan Hazlin Hussain.

Sebelum ini, Mazidul telah dilaporkan dalam keadaan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan koma sementara.

Walaupun pihak keluarganya enggan memberikan keterangan lanjut mengenai keadaan beliau ketika itu, namun Mazidul dikatakan semakin pulih walaupun masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada ketika itu.

TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya 11 Foto Eksklusif sekitar sambutan “Meriah Sakan” Hari Raya 2016 Shuib & Siti Sarah di rumah baru mereka!!

TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya 11 Foto Eksklusif sekitar sambutan "Meriah Sakan" Hari Raya 2016 Shuib & Siti Sarah di rumah baru mereka!!

TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya 11 Foto Eksklusif sekitar sambutan "Meriah Sakan" Hari Raya 2016 Shuib & Siti Sarah di rumah baru mereka!!
TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya 11 Foto Eksklusif sekitar sambutan "Meriah Sakan" Hari Raya 2016 Shuib & Siti Sarah di rumah baru mereka!! 

Read more »

Selamba Berjalan Di New York Tak Pakai Baju Dalam

Keberanian dan gaya yang mempersona Bella Hadid ketika berjalan dipentas peragaan memang tidak perlu diragukan. Malah sudah acapkali model yang baru berusia 19 tahun ini menunjukkan ‘bahagian peribadinya’ di depan umum.

Namun ternyata keberanian Bella mempamerkan keseksiannya tidak hanya dilakukannya ketika bekerja saja. Adik Gigi Hadid itu juga selamber menayangkan segalanya ketika sedang keluar berisar-siar.

Seperti yang dilakukannya ketika keluar berjalan di tengh-tengah Kota New York, baru-baru ini. Tanpa memakai baju dalam, Bella dengan gaya bersahaja berjalan melenggang di kota metropolitan itu.

Sudahlah tidak memakai bra, baju yang dipakainya pula jarang dan membuatkan tubuhnya jelas terpampang.

Cukup dengan hanya mengenakan baju nipis dipadankan dengan seluar panjang berona hitam serta cardigan diletakkan di bahu, Bella tetap nampak bergaya dan mencuri tumpuan ramai.

Bukan hanya kali ini saja Bella tidak memakai baju yang menutup bahagian peribadinya di depan umum.

Sebelum ini Bella pernah bergaya tanpa baju dalam ketika membuat penampilan di Festival Filem Cannes di Perancis.

Jalin Hubungan Intim Dengan Kerabat, Uqasha Kunci Mulut

Aktres, Uqasha Senrose enggan mengulas gosip hangat yang mengaitkan dirinya dengan kerabat Pahang, Tengku Bakar selain meminta masyarakat memahami keadaannya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata buat masa ini dia lebih selesa menutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Terdahulu, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga ahli perniagaan sering memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing.

Malah difahamkan Tengku Bakar juga antara individu utama yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan majlis sambutan ulang tahun bintang Tundukkan Playboy Itu.

Sesuatu yang Mengejutkan Ditemukan dalam Tubuh Bangkai Anaconda Ini..Pasti Tidak Percaya..

Sesuatu yang Mengejutkan Ditemukan dalam Tubuh Bangkai Anaconda Ini..Pasti Tidak Percaya..



Seeokor ular anaconda berukuran besar ditemukan mati dengan kondisi bagian perut yang membesar.

Diduga reptil ini mati setelah memangsa sesuatu.

Penasaran dengan apa yang ditemukan tersebut, seorang warga lantas melakukan tindaka nekat dengan membedah perut anaconda itu.

Mengejutkan, ternyata ada ular yang lain di dalam tubuh anaconda tersebut!

Ular ini kemungkinan mati setelah santap terakhirnya yakni dengan memangsa sesamanya alias kanibal.

Tidak disebutkan di mana peristiwa ini terjadi.



Namun, video adegan ini sendiri beredar luar di internet.

Haziq (Hot.fm) Selamat Bernikah Dengan Ayunda Putri

Penyampai radio Hot FM, Haziq, sah bergelar suami kepada Ayunda Putri, 26, dengan sekali lafaz kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat.

Acara akad nikah diadakan di kediaman keluarga di Puncak Setiawangsa dengan dihadiri 250 orang tetamu.

Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM208, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran.

Sementara pihak pengantin perempuan membalas tujuh dulang hantaran. Penyampai radio itu turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM12,112 kepada Ayunda.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di sekitar ibu kota pada esok, jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada sebarang majlis yang akan dilakukan di sebelah pihak perempuan.

Terdahulu, Haziq mengikat tali pertunangan dengan Ayunda, yang berasal dari Medan, Indonesia itu pada 18 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Haziq kini bergandingan dengan Ajak Shiro dan Fizie mengendalikan slot pagi Hot FM dari jam 6 sehingga 10 pagi pada, setiap Isnin hingga Jumaat.

Pemuda 23 Tahun Ini Dicemburui Kerana Berjaya Tawan Hati DJ Terhangat Asia

Barangkali ramai yang kurang mengenali siapa dia Leng Yein. Namun sejak beberapa hari lalu nama wanita yang juga digelar sebagai DJ Terhangat Asia ini menjadi bualan hangat pengguna internet juga menjadi buruan kalangan media Cina tempatan ekoran tersebar beberapa gambarnya dengan aksi-aksi romantis bersama kekasihnya.

Selepas beberapa bulan menguci mulut mengenai kisah peribadinya, Leng Yein akhirnya mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan kekasih baharunya.

Bagaimanapun Leng Yein enggan berkongsi lanjut mengenai identiti teman lelakinya itu kerana katanya dia khuatir jika popularitinya mungkin mengganggu pelajaran dan kehidupan universiti kekasihnya itu.

Namun begitu, rahsianya tidak bertahan lama apabila identiti pemuda tersebut terdedah dan apa yang lebih mencuri tumpuan kerana usia teman lelaki Leng Yein yang dikenali sebagai Peter Siew,ialah lapan tahun lebih muda daripadanya.

Peter berasal daripada Kuala Lumpur dan kini sedang menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Memetik laporan The Coverage.my, Leing Yen berkata meskipun jarak usia dia dan kekasihnya jauh berbeza namun sikap lelaki itu yang cukup romantik telah berjaya menambat hatinya. Dia juga memberitahu membahasakan panggilan GG (Gym-Guy) terhadap kekasihnya.

Katanya, antara momen yang membuatkan dia tersentuh apabila GG sanggup memandu dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menjemputnya di lapangan terbang dan menghantarnya pulang ke rumahnya.

Leng Yein juga berkata dia sudah benar-benar jatuh cinta pada GG sanggup meninggalkan segala kerjanya hanya untuk menemani lelaki itu belajar.

Leng Yein cukup dikenali dalam industri DJ dan dia pernah dinobatkan sebagai DJ Terhebat Asia selama tiga tahun berturut-turut. Sebelum menceburi kerjaya bidang muzik, dia merupakan seorang model dan pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik dan anugerah sebagai model untuk kereta.

Dia juga pernah dikecam teruk ekoran kontroversi gara-gara melakukan pembedahan plastik. Meskipun menerima banyak kritikan ekoran isu tersebut namun ramai wanita muda menganggapnya sebagai idola berdasar kejayaan dalam kerjayanya. Dia juga aktif dan sering diundang memberi ceramah mengenai topik-topik media sosial dan kecantikan serta berkongsi pengalaman kepada para wanita bagaimana untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Pada 12 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran GG yang ke-23 dan sebagai simbolik nombor 23, Leng Yein sanggup menjelajah ke 23 buah negara demi membelikan sebanyak 23 hadiah yang berupa barang-barang berjenama  untuk GG.

Ramai pengikut di laman sosial mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagian pasangan ini. Tak kurang, ramai  yang mencemburui sekaligus menyifatkan GG sebagai lelaki paling bertuah. Pasangan ini juga digelar sebagai, ‘The Sweetest Couple in Malaysia’.

TERBARU Isteri Pertama ADI PUTRA TAMPIL MELUAHKAN PERASAAN TERKILAN Dan Menceritakan HaL Sebenar Yang Mengejutkan PeminatSungguh Tak DiSAngka

TERBARU Isteri Pertama ADI PUTRA TAMPIL MELUAHKAN PERASAAN TERKILAN Dan Menceritakan HaL Sebenar Yang Mengejutkan PeminatSungguh Tak DiSAngka

TERBARU Isteri Pertama ADI PUTRA TAMPIL MELUAHKAN PERASAAN TERKILAN Dan Menceritakan HaL Sebenar Yang Mengejutkan PeminatSungguh Tak DiSAngka

TERBARU Isteri Pertama ADI PUTRA TAMPIL MELUAHKAN PERASAAN TERKILAN Dan Menceritakan HaL Sebenar Yang Mengejutkan PeminatSungguh Tak DiSAngka

Read more »

Tak Sanggup Lagi Diperkotak-katik, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Lakonan

Baru-baru ini menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya, pelakon berbakat besar Noor Khiriah, 39, mengumumkan dia akan bersara dari dunia lakonan.

Khiriah memberitahu bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut namun satu perkara yang terjadi ketika bulan Ramadan lalu menyebabkan dia berbuat demikian.

“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat.

“Saya rasa… cukup. Rasa-rasaya cukuplah dan saya tahu itu adalah lesen dari Allah, pertunjuk dari Allah untuk saya mengundurkan diri dari industri. Terima kasih banyak-banyak.

“Tetapi jika ada sesiapa yang memerlukan perkongsian daripada saya, silakan,” jelas Khiriah.

Dari kapsyen video tersebut, Khiriah juga memberitahu dia tidak cukup kuat lagi diperkotak-katikkan serta bermain tarik tali sebagai seorang anak seni. Semoga pengunduran Khiriah ini adalah yang terbaik buat dirinya.

“Dengan ini saya mohon maaf, terjadinya di bulan mulia, semua ada hikmah. Dulu saya pernah katakan namun saya langgar, mohon kali ini saya kuat dan istiqomah. Mohon jangan ditanya kenapa.

“Cuma saya dah tak kuat untuk diperkotak-katikkan dan dimain tarik tali industri. Rezeki di bumi Allah luas,” tulis Khiriah pada ruangan kapsyen.

Justin Bieber, Scott Disick Berebut Anak Dalam Kandungan Kourtney

Dunia Hollywood baru-baru ini dikhabarkan dengan berita Kourtney Kardashian, 37, yang disahkan hamil. Meskipun usia kandungan model dan personaliti TV popular itu kini sudah mencecah usia lima bulan, namun sehingga sekarang masih belum diketahui secara pasti siapa ayah dari janin tersebut.

Namun kebelakangan ini nama bintang terkenal Justin Bieber, 22, disebut-sebut sebagai bapa kepada anak dalam kandungan ibu 3 anak itu.

Berita mengenai hubungan intim antara Kourtney dan Bieber bukan perkara baru. Laporan media antarabangsa menyebut, pasangan yang mempunyai jarak perbezaan usia 15 tahun itu dikatakan sering berdua-duaan walaupun masing-masing belum pernah mengesahkan mengenai hubungan mereka kepada umum.

Selain Bieber, timbul dakwaan bahawa bapa janin tersebut ialah Scott Disick iaitu bekas kekasih Kourtney. Terdahulu, hasil hubungan Kourtney dengab Scott, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mason Dash, Reign Aston dan Penelope Scotland.

Memetik laporan AceShowbiz, sumber terdekat memaklumkan bahawa Bieber mahupun Scott sama-sama menginginkan anak dalam kandungan Kourtney.

Scott berharap anak itu boleh membantu memperbaiki hubungannya bersama Kourtney. Sementara Bieber dikatakan pernah berjenaka menyatakan mahu menjadi ibu bapa kepada ‘Bieber mini’ malah pelatun lagu hits What Do You Mean itu berkata dia tidak keberatan untuk mempunyai anak bersama Kourtney.

Laporan menyebut, Kourtney sengaja menjadikan hal siapakah bapa sebenar bayi di dalam kandungannya itu sebagai tanda tanya kerana bintang reality show Keeping Up With the Kardashian ini dikatakan tertekan dengan berita hubungan percintaannya yang tidak putus-putus mendapat liputan media.

Bagaimanapun ada juga dakwaan mengatakan berita kehamilan kakak kepada personaliti TV popular, Kim Kardashian, ini adalah palsu.

Suspek Curi Tabung Derma Di Kedai Jeruk Pak Ali Dikenal Pasti

BUTTERWORTH: Polis telah mengenal pasti lelaki yang dipercayai mencuri dua buah tabung derma anak yatim dan madrasah tahfiz yang diletakkan di pusat jualan Jeruk Madu Pak Ali, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Mohd Mustafa Bidin berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis perniagaan itu pihaknya telah berjaya mengesan identiti lelaki berusia lingkungan 40-an berkenaan.

“Kami telah mendapat maklumat berhubung lelaki itu dan telah pergi ke rumahnya di sini (Butterworth) semalam bagaimanapun dia tiada (di rumah) dan dipercayai menyembunyikan diri kerana tahu sedang dikesan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mungkin terlibat dalam beberapa lagi kes curi tabung derma yang diletakkan di kedai-kedai.

“Setakat ini kami menerima satu laporan polis sahaja dari pusat jualan Jeruk Madu Pak Ali itu tetapi kalau tengok pada rakaman CCTV yang viral sejak Khamis itu lelaki itu mungkin terlibat beberapa kes lagi kerana dia seperti mahir untuk mencuri tabung derma berkenaan,” katanya.

Mohd Mustafa berkata, terdapat kira-kira RM500 dalam dua tabung derma yang hilang itu. – Bernama

Afgan Bikin Konsert Lagi di PWTC September Ini

Bintang sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert Afgan ‘Sides’ Live in Malaysia 2016 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3hb September jam 8 malam.

Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, SIDES selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love, Love To L1ve.

Muzik Sides kedengaran lebih matang dan pelbagai berbanding dengan kerja-kerja album terdahulu. Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun Afgan berpegang teguh pada nuansa R & B namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.

Terkenal dengan lantunan vokal beliau yang hebat menerusi lagu-lagu seperti Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out, kehadiran Afgan di layar perak juga dapat dirasai. Dia juga berjaya menduduki satu kerusi panel juri program realiti, X Factor Indonesia menggantikan penyanyi Anggun. Dalam belantara filem Indonesia, selain diberi peranan utama dalam Cinta 2 Hati dan Refrain, Afgan juga bergelar salah seorang sutradara filem Gila.

Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram, Afganisme, iaitu gelaran untuk peminat setianya, mereka ini bukan saja datang dari tanah airnya sendiri tetapi merangkumi negara Asia yang lain seperti Brunei, Singapura dan sudah tentu Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan EP dan 4 album termasuk yang terbaru Sides.

Afgan juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar lain seperti Bebi Romeo, Rossa, Raissa dan Taufik Batisah, sedangkan untuk album terbaru Sides ini Afgan bekerjasama dengan muzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran) dan artis Malaysia SonaOne.

Sepanjang bergelar anak seni, Afgan menerima 5 anugerah daripada 19 pencalonan di Anugerah Muzik Indonesia (AMI).

Di luar Indonesia, beliau juga pernah memenangi Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik dan Pertubuhan Harta Antarabangsa Dunia (WIPO) atas kreativitinya dalam muzik. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy.

Tiket untuk AFGAN SIDES Live in Malaysia 2016 dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat).

Seramai 500 pembeli awal layak untuk menikmati diskaun 10% bermula 11 Julai hingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket, kecuali Diamond VIP, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian +603 7982 5523 mulai 11 Julai.

Pakej eksklusif itu membolehkan pembeli mendapatkan tempat duduk di tiga baris pertama di hadapan, pas untuk sesi soundcheck, bergambar dengan AFGAN, album yang ditandatangani serta poster konsert. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST dan yuran pemprosesan RM4.