PANAS! Fynn Jamal Dituduh Syiah Tampil Jubah Hitam

Jika semalam Dilabel Kafir, Aisyah Aziz BIDAS Komen Netizen… PANAS!, kali ini insiden yang lebih kurang sama berlaku apabila Fynn Jamal pula dituduh syiah gara-gara memakai jubah berwarna hitam.
Penyanyi Fynn Jamal dituduh sebagai penganut fahaman Syiah oleh segelintir pengikutnya di Instagram gara-gara penampilannya yang sering berjubah hitam.
Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 33, berkata terdapat tuduhan pelik yang dilemparkan kepadanya sehinggakan imej baju yang dipakai pun dijadikan kritikan dan mendakwa beliau pengikut fahaman Syiah.
Dalam pada itu, Fynn Jamal turut memaklumkan beliau kerap menggayakan baju berwarna hitam sehinggakan ditegur oleh ayah dan ibunya. Namun warna apa yang dipakai, tidak penting sebaliknya mementingkan kebersihan baju yang dipakai.
Dalam perkembangan lain, Fynn bakal muncul menerusi single lagu baharu berjudul Kalau, dengan menampilkan kumpulan Kopratasa.
Arja Lee Dedah Syarat Pilih Bakal Isteri

Setiap dari kita mengimpikan sebuah perkahwinan, begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Arja Lee yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi panas. Arja Lee memaklumkan dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun lagi dan turut mengakui memilih wanita berharta untuk dijadikan sebagai isteri.
Tambah Arja Lee lagi selain menginginkan bakal isterinya bukan dalam kalangan artis, wanita tersebut haruslah memiliki sifat yang elok serta melambangkan wanita solehah.
Jadi apa pandangan anda terhadap pengakuan jujur oleh Arja Lee? Apa pun, semoga segala impian Arja Lee akan tercapai dan dipermudahkan bertemu jodoh.
Aisyah Aziz dicop sebagai kafir sebab…
Pada: Khamis, 28 Januari 2016 Aisyah Aziz, Fesyen Rambut, Gossip Artis, Instagram, Pelakon, Aisyah Aziz dikecam dan dikritik kerana mewarnakan rambutnya walaupun sudah lama dia berbuat demikian. Bahkan ada yang …
Masih ingat kes penceraian Ajai dan Nurul pada tahun 2006? Mohon jangan terkejut beruk lihat 9 foto wajah terbarunya Ayu Nazirah, anak perempuan mereka yang Hot macam gadis-gadis Jepun
Komposer dan penyanyi Ajai merupakan bekas ahli kumpulan Exist sebagai pemain keyboard yang sememangnya amat popular. Namun Ajai mengumumkan keluar dari Exist pada tahun 1997.
![]() |
Masih ingat kes penceraian Ajai dan Nurul pada tahun 2006? Mohon jangan terkejut beruk lihat 9 foto wajah terbarunya Ayu Nazirah, anak perempuan mereka yang Hot macam gadis-gadis Jepun |
Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua… TAHNIAH!!

Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kerana telah menimang cahaya mata kedua lelaki diberi nama Don Ibrohim.
Perkongsian berita gembira itu tidak dibuat oleh Ustaz Don Daniyal sendiri tetapi menerusi akaun Instgram isteri kepada pelawak terkenal, Zira yang mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don kerana sudah menimang cahaya mata kedua.
Satu majlis aqiqah juga telah diadakan baru-baru ini oleh Ustaz Don bagi meraikan anaknya itu. Sebelum ini Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry telah dikurniakan anak lelaki bernama Don Mustofa yang kini berusia dua tahun.
Wahhh! Kedua-dua anak Ustaz Don Daniyal hero yer? Hiks! Semoga kehadiran Don Ibrohim mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kedua pasangan ini. 🙂
MASYA ALLAH KENAPA WAJAH NABI MUHAMMAD TIDAK BOLEH DILUKIS ATAU DIGAMBARKAN TERNYATA INI ALASANNYA
Isu Putus Cinta Aiman Hakim, Komen ‘Pedas’ Ayda Jebat Bikin Orang Terlopong!

Sebelum ini, pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Shuhada dikatakan Bakal Keluarkan Single Terbaru tidak lama lagi. Malah perkara itu juga mendapat pengesahan dari Ayda sendiri.
Baru-baru ini kecoh apabila ada desas desus mengatakan bahawa Ayda Jebat merupakan punca putus cinta antara Aiman Hakim dan Fathia Latiff. Mengenai isu ini, BIKIN PANAS!! Aiman Hakim Beri Komen Yang Mengejutkan Mengenai Hubungannya Dengan Fathia Latiff. Bahkan Fathia Latiff juga telah membuat Pengakuan Mengejutkan Fathia Latiff Selepas Isu Putus Cinta!. Hubungan mereka ini hanya bertahan selama empat tahun.
Menurut Ayda, khabar angin itu tidak masuk akal dan tidak berasas. Ayda mengakui bahawa dia dan Aiman hanyalah rakan sekerja. Malah, Ayda sendiri tidak pernah menghubungi Aiman melainkan urusan kerja.
Khabar angin ini timbul selepas Ayda membintangi sebuah drama Isteri Separuh Masa bersama Aiman Hakim yang disiarkan di Astro Ria pada tahun lepas. Bagi Ayda, khabar angin ini tidak menjejaskan karier dan sokongan peminat dan malah dia juga tidak segan untuk berdepan dengan Aiman dan Fathia kerana dia tidak bersalah dan tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Apapun, kisah percintaan antara Aiman dan Fathia sudah lama berakhir. Lagipun kedua-dua pihak telah memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut. Semoga khabar angin yang mengaitkan Ayda ini tidak mencemarkan nama Ayda.
‘TEMPAT INI MEMANG KOTOR TAPI DAH BIASA MAKAN SINI’
MEDAN Selera Prima 2 tetap jadi tarikan pelanggan biarpun terima pelbagai aduan isu kebersihan
Kebersihan Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam sering mendapat rungutan banyak pihak.
Bagaimana medan selera tersebut tetap mempunyai tarikan dan pilihan pengunjung meskipun ada yang membangkitkan soal kebersihan?
Atas faktor harga dan kualiti makanan, medan selera di Seksyen 2 itu tetap dipenuhi pengunjung.
Sinar Harian membuat tinjauan untuk mendapatkan reaksi pengunjung dan peniaga selain jawapan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung kebersihan medan selera.
“Jujurnya tempat ini memang kotor tapi saya dah biasa makan di sini.” Itu kata salah seorang pelanggan Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Muhammad Shah Fizal Ramli, 22, ketika mengulas mengenai kebersihan medan selera berkenaan.
Bagaimanapun, Shah Fizal berkata, dia masih memilih makan di situ kerana faktor harga dan kualiti makanan yang ditawarkan.
“Tempat ini memang kotor tapi saya datang sini sebab makanan sedap dan harga juga murah.
“Lagipun saya dah biasa makan di sini dan tak berapa kisah sangat pasal kualiti kebersihannya,” katanya.
Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Aliff Mansor, 23, berkata, Medan Selera Prima 2 memang kotor tetapi dia tetap mengunjunginya kerana faktor harga dan rasa makanan di situ.
Katanya, sebagai pelajar, harga makanan yang murah dan sedap menjadi keutamaannya.
“Kalau nak ikutkan lantai itu kurang bersih sebab saya nampak melekit dan kotor macam tak di mop.
“Tapi sebagai pelajar, saya tak ada banyak pilihan selain makan di sini sebab harga makanan yang ditawarkan murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain,” katanya.
Seorang penduduk Seksyen 2, Muhammad Hanafi Samsudin, 19, pula berkata, Medan Selera Prima 2 pada dasarnya memang kotor tetapi tak bererti gerai di situ tidak mengutamakan kebersihan.
Katanya, masih ada gerai di situ yang menjaga dan mengutamakan kebersihan demi keselesaan pelanggan.
“Masih ada gerai yang bersih di situ tetapi pelanggannya tak ramai. Gerai yang kotor biasanya dikunjungi ramai pelanggan.
“Mungkin mereka tak ada masa nak bersihkannya sebab terlalu ramai pelanggan yang datang,” katanya.
Jangan terkejut jika ini syarat nak jadi kekasih Arja Lee
Pada: Khamis, 28 Januari 2016 Arja Lee, Berita Artis, Calon isteri, Kekasih Artis, Pelakon, Penyanyi, Wah bukan main lagi ‘selera’ Arja Lee yang nak cari gadis idamannya dimana dia nak …
Read moreJangan terkejut jika ini syarat nak jadi kekasih Arja Lee
MENARIK! Amar Asyraf Kongsi Pengalaman Tunai Umrah Di Mekah

Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pelakon kacak Amar Asyraf. Untuk pengetahuan, Amar Asyraf kini berada di tanah suci Mekah bersama isteri dan anaknya bagi menunaikan umrah.
Pelakon Amar Asyraf, 30 dalam pada itu turut berkongsi pengalamannya sepanjang mengerjakan Umrah.
Menurut Amar Asyraf, ia satu pengalaman yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Tambah Amar lagi beliau bersyukur kerana rancangan menjejakkan kaki di Tanah Suci dan beribadat bersama keluarga tersayang tercapai.
Alhamdulillah, tidak semua orang mampu pergi ke Mekah walaupun menunaikan Umrah! Tak gitu?? Semoga semuanya selamat!
SWEET! Belly Dally Kongsi Saat Terindah Ketika Dilamar

Sebelum ini kecoh apabila dikatakan pelakon Bella Dally Sudah Bertunang Dengan Nazim Othman, Dedah Bakal Nikah. Gandingan pelakon dalam drama Akulah Balqis ini dikatakan sudah lama bercinta dan tidak lama lagi mereka akan berkahwin.
Bella telah berkongsi detik-detik manis ketika dilamar oleh Nazim. Menurut Bella, lamaran yang dibuat adalah ketika sesi pengambaraan drama Akulah Balqis. Ketika itu, Bella yang baru sahaja selesai dengan babak terakhir dikejutkan dengan kehadiran Nazim yang berpakaian kemas.
Selepas lamaran diterima, Nazim menghantar rombongan meminang dan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun yang lalu. Malah, keputusan untuk berkahwin itu adalah tanda bahawa Bella sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Bella yang sebelum ini pernah merasa pasang surut dalam perhubungan mengatakan perkara tersebut membuatkan dirinya lebih matang. Malah, dia pernah putus cinta dengan Nazim satu ketika dulu. Tetapi dek kerana rasa sayang yang masih tersisa, menyebabkan mereka bersama semula.
Walaupun tarikh sebenar perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya, kami mendoakan semoga majlis perkahwinan Bella dan Nazim nanti akan berjalan dengan lancar.