Tiada Hubungan Istimewa Aizat & Aisyah Aziz

Penyanyi Aizat berkata kelibatnya yang sering dilihat bersama penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz tidak bermakna mereka mempunyai hubungan intim seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

Sebaliknya Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 27, berkata, mereka sekadar berkawan biasa lebih-lebih lagi dia pernah menghasilkan lagu buat penyanyi muda itu berjudul Pilihan Sejati.

“Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.

“Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan,” katanya kepada mStar Online.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran Gegar Aizat 2016  di di restoran miliknya iaitu Kasi Gegar, Dagang Avenue, di sini pada Rabu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sungai Lui  itu mengulas mengenai dakwaan dia dan Aisyah sedang hangat bercinta gara-gara kekerapan orang ramai melihat mereka keluar bersama.

Tambah Aizat, buat masa ini, dia masih lagi belum mempunyai kekasih hati namun memberitahu wanita yang mempunyai minat yang sama dengannya, sependapat dan beriman adalah ciri-ciri wanita idaman.

Sementara itu, mengenai projek Gegar Aizat 2016, Aizat tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini.

Kata Aizat, ia adalah salah satu strategi untuk dia menarik perhatian ramai mengenai kewujudan lagu baharu yang dibawakan.

“Kiranya tahun ini saya akan hasilkan 12 single lagu dan akan menghimpunkannya kepada sebuah album.

“Diikuti dengan konsert bagi meraikan 10 tahun penglibatan saya dalam industri yang dijangka pada awal tahun 2017.

“Memandangkan saya sedikit sepi dalam publisiti media, tahun ini saya tampil dengan susunan jadual kerja yang padat diuruskan oleh syarikat saya, Kasi Gegar Entertainment (KGE).

Dalam pada itu, kata Aizat, lagu-lagu yang ditampilkan itu akan dilancarkan bersama klip video yang dimuat naik di saluran YouTube, OfficialAizatAmdan.

“Bukan itu sahaja, saya juga akan membuat rakaman video aktiviti harian saya dan jadikannya kepada sebuah blog khas buat peminat-peminat.

“Kiranya 2016 adalah tahun yang mencabar buat saya kerana jadual kerja saya sudah disusun setahun. Saya harap apa yang dirancang itu menjadi,” ujarnya.

Enam ‘Datuk Pahang’ Bakal Jayakan Konsert Diraja

Seramai enam artis terkenal bakal bergabung tenaga bagi menjayakan konsert dan pameran Raja dan Rakyat Berpisah Tiada yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 27 Februari depan.

Penaung konsert berkenaan, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, artis-artis terlibat adalah mereka yang pernah menerima Darjah Kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebelum ini.

“Gabungan enam artis berkenaan adalah bersempena  memuliakan sambutan ulang tahun keputeraan ke-85 Sultan Pahang dalam sebuah konsert dan pameran khusus untuk Tuanku yang banyak memberi penghargaan tidak ternilai kepada penggiat seni di negara ini.

“Ini adalah julung-julung kali konsert sedemikian diadakan dan menghimpunkan artis-artis yang pernah menerima pengiktirafan daripada Tuanku.

“Ia juga sebagai memberi sumbangan kembali kepada pihak yang selama ini banyak menghargai bakat seni mereka,” katanya kepada mStar Online.

Aizuddin berkata demikian ketika sidang media konsert dan pameran berkenaan di Hotel Royale Chulan di sini, Rabu.

Adinda Sultan Pahang, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Sir Abu Bakar turut hadir pada sidang media tersebut bersama-sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaari.

Enam artis yang terlibat adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk David Arumugam, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan dan Datuk Rossa.

Konsert kemuncak itu bakal diadakan pada 27 Februari dan Sultan Pahang turut perkenan untuk mencemar duli bagi menyaksikan persembahan itu nanti.

Dalam pada itu, Aizuddin berkata, pada konsert itu nanti, para artis bukan sahaja bakal mendendangkan lagu kegemaran Sultan Pahang malah bakal menyampaikan seleksi lagu-lagu hit mereka.

Persembahan pada malam itu bakal diserikan dengan iringan pemuzik daripada Kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan diketuai oleh Mustafa Fuzer Nawi.

“Insya-Allah pada malam konsert itu nanti sebanyak 21 buah lagu akan disampaikan oleh barisan penyanyi termasuk beberapa lagu duet dan seleksi kegemaran Tuanku sendiri.

“Alhamdulillah kesemua artis terlibat sangat teruja apabila diberitahu mengenai konsert tersebut dan sama-sama mahu menjayakannya,” jelasnya.

Sementara itu, Tengku Kamarulzaman dalam ucapannya berkata, pameran Diraja yang akan diadakan sebelum konsert berlangsung yang akan memperlihatkan sejarah, latar belakang dan aktiviti termasuk koleksi gambar peribadi Sultan Pahang.

Beliau berharap, pameran itu nanti akan dapat menarik minat lebih luas masyarakat khususnya generasi muda untuk lebih mengenali lebih dekat kehidupan Sultan Pahang.

“Adalah menjadi harapan semoga pameran ini mampu melahirkan kesedaran dan semangat cintakan raja dan sultan dalam jiwa masyarakat Malaysia selaras dengan prinsip Rukan Negara yang kedua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’,” katanya.

Tambah Tengku Kamarulzaman lagi, beliau juga tertarik dengan pameran dan konsert berkenaan kerana ia turut mengumpul dana dalam bentuk penjualan tiket untuk didermakan kepada golongan kurang berkemampuan di luar bandar termasuk anak-anak yatim.

“Saya menyeru agar syarikat korporat, agensi atau pun pertubuhan sama-sama membantu merialisasikan hasrat murni itu dalam mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan,” ujarnya.

Konsert berkenaan adalah anjuran Luhur Nurani dengan kerjasama Yayasan ALMAS, Persatuan Siswazah Warisan dan Pertubuhan Strategis Bersatu.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual pada harga RM500 hingga RM3,000.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 014-5223696 (Aizam) dan 019-2889764 (Rohaiza).

DUNIA AKHIR ZAMAN..!!! GAMBAR AKSI MEMALUKAN GADIS BERTUDUNG KINI TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL


Halalkan hubungan dengan nikah, Alhamdulillah dituntut dalam islam. Bila dah halal tu tak payahlah duk tunjuk sangat macam awak je ada suami/isteri. Upload gambar terkepit², tercium², terpelok² untuk tatapan umum. Tahulah bahagia, tapi lagi bagus simpan dalam kelambu je, pahala pun berganda. Ehh tersilau mata kita..


Klik Foto Untuk ZOOM

PENYELAM BERUSIA 80 TAHUN MENGEJUTKAN UMAT ISLAM DI SEGITIGA BERMUDA



PENYELAM BERUSIA 80 TAHUN MENGEJUTKAN UMAT ISLAM DI SEGITIGA BERMUDA
Kisah mengerikan penyelam berusia 80 tahun ini masuk di Segitiga Bermuda yang sangat mengejutkan umat Islam
Kisah anak watan ini adalah untuk membuka ruang berfikir seseorang yang masih cuba merungkai permasalahan yang berlegar untuk memberikan manfaat yang berguna dalam kehidupan.
Segala yang terjadi dengan kekuasaan Allah Taala yang cuba menguji hamba-hamba-Nya untuk mengkaji khazanah alam yang secubit ini.
Seorang orang lama berumur 80 tahun berasal dari negara Bermuda, William Gillies baru saja mengeluarkan buku berjudul Reefs, Wrecks & Relics Bermuda Underwater Heritage atau Karang, Bangkai Kapal, dan Relik Warisan Alam Bawah Laut Bermuda.
Dalam bukunya, Gillies menceritakan pengalamannya menyelami Lautan Bermuda.
Seperti dimuat The Royal Gazette, Rabu 28 April 2010, meskipun tak mungkin lagi turun untuk menyelam ke dalam air laut, tapi ingatannya tentang masa mudanya sebagai pencari harta di bangkai kapal, belum pupus.
Dengan menyelam, saya mengetahui kekayaan laut Bermuda.
Banyak tempat yang misteri di muka Bumi, namun Segitiga Bermuda atau sering disebut Segitiga Setan wilayah lautan di Lautan Atlantik dianggap yang paling keras dan menyeramkan.
Dan kisah seram tempat itu menyebar ke seantero sejagat. Kisah itu menyebar lewat buku, iklan produk telekomunikasi hingga filem layar lebar. Banyak yang belum tahu di mana sesungguhnya letak wilayah misteri itu.
Segitiga Bermuda itu sesungguhnya adalah wilayah di dalam garis titik yang berhubung dengan tiga wilayah dari beberapa kepulauan gugusan Amerika Tengah iaitu negara kepulauan Bermuda, Puerto Rico, dan Miami di Amerika Serikat.
Orang-orang yang menetap di Bermuda, sudah sekuat tenaga melawan rupa-rupa kisah menakutkan itu. Sebab daerah yang hidup dari beberapa makhluk Allah yang lain ini boleh menyebabkan para pelancong menjauhi kawasan ini gara-gara kisah seram itu.
Salah satu dari memori awalnya tentang laut Bermuda adalah peristiwa tenggelamnya sebuah kapal mewah Sepanyol, Cristobal Colon di wilayah Karang Utara, 25 Oktober 1936. Saat kapal itu tenggelam, Gillies masih berusia enam tahun.
Gillies memulai penyelamannya pada 1965, saat dia berusia 35 tahun. Penemuan sebuah bel dari kapal tua yang tenggelam memicu gairahnya untuk menyelam dan mencari sisa-sisa harta yang karam di dasar laut.
Objek-objek menarik di pasir dan sekitar bangkai kapal sering dia jumpa di dasarnya. Misalnya potongan lampu tua berbahan bakar minyak ikan paus.
Kadang-kadang dia dan rakan selamannya menemukan pecahan atau potongan tembikar atau porselin.
Beberapa potongan itu dia rekonstruksi menggunakan fiberglass dan getah damar. Beberapa karya restorasi Gillies kini dipajang di Bermuda Underwater Eksplorasi Institute (BUEI).
Beberapa benda diakui Gillies misterius. Misalnya, dia menemukan paip berkarat yang tersimpan di peti kayu di sebuah kapal layar yang hancur dan tenggelam di awal tahun 1900-an.
Ada lagi benda berbentuk sekelompok kristal berbentuk cincin kecil.
Ini mungkin digunakan seorang wanita untuk menghias gaunnya.
Sesungguhnya anak watan tersebut cuba menghidupkan kembali tempatnya supaya para pelancong dapat mengunjungi kawasannya yang terselindung pelbagai khazanah alam.
Siapa pun kita, janganlah mudah bersangka kepada kejadian yang aneh dan pelik itu mainan, kerana sesungguhnya Allah akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian kepada sesiapa yang diinginkan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!

PANAS! Isu Rambut Blonde, Indah Ruhaila Tepis Anggapan Netizen

Sebelum ini, penyanyi Indah Ruhaila pernah dikatakan ‘pengkid’ gara-gara beliau tampil dengan gaya rambut pendek. Malah Indah Ruhaila Tepis Isu ‘Pengkid’ tersebut.

Namun, baru-baru ini di malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30), Indah telah tampil dengan gaya rambut yang berwarna perang. Walaupun sebelum ini kita lihat ramai artis yang berambut perang dikritik teruk oleh netizen, tetapi bagi bekas peserta Akademi Fantasia ini, Indah menjelaskan bahawa dia ingin menukarkan penampilan baru supaya peminat tidak bosan melihatnya.

Malah, Indah turut menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan segala tohmahan yang bakal diterima atas tindakannya itu. Bagi dirinya, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang mengkritiknya.

Apapun, itu adalah keputusan dan kehendak Indah sendiri. Siapalah kita untuk mengkritik atau tentukan hak orang.

‘Anti’ Album Terbaharu Rihanna

SELEPAS penantian yang lama, akhirnya penyanyi Rihanna membuat pengumuman bakal melancarkan album kelapannya berjudul Anti.

Menurut laporan Channel.24, pengumuman itu dibuat menerusi akaun Twitter milik penyanyi berusia 27 tahun itu dan album tersebut sudah pun disiapkan.

Sejak beberapa minggu lalu, Rihanna sudah pun memulakan strategi pemasarannya dengan kempen #ANTIdiary di Instagram dan perkara itu membuatkan peminat-peminatnya dapat mengagak dia bakal muncul dengan lagu baharu.

Difahamkan, album Anti sepatutnya dilancarkan pada November lalu, namun terdapat beberapa perubahan di mana ia akan muncul dalam masa terdekat ini.

Kali terakhir Rihanna tampil dengan album studio adalah pada tahun 2012 iaitu Unapologetic.

‘Mr Pulau Pinang’ membara

Jejaka yang mahu dikenali dengan nama Alex Faizal, 30, yang baru saja mencuba nasib dalam bidang seni ini sanggup berhenti kerja dengan sebuah syarikat insurans demi mengejar impiannya dalam dunia lakonan.

Meskipun akan menerima saingan dan cabaran, namun Alex atau atau nama sebenarnya Mohd Faizal Mohd Diah tidak gentar kerana jika hasrat hatinya itu dipendam, jiwanya tidak akan tenteram.
“Belum cuba belum tahu. Saya mesti berusaha kerana bagi saya lakonan adalah satu cabang seni yang menjanjikan keunikan dan pengalaman luar biasa. Ketika masih bekerja, saya sentiasa mencari peluang pergi ke uji bakat namun agak sukar untuk mencari masa terluang.
“Minat yang terus membara untuk berlakon membuatkan saya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana saya tidak mahu menyusahkan majikan. Jika saya kerap bercuti, tidak adil pula untuk rakan sekerja yang lain. Kini selepas berhenti tiada apa yang dapat menyekat pergerakan saya lagi. Sekarang terdengar saja ada syarikat produksi mahu mencari pelakon baru saya akan pergi mencuba.
“Hasilnya, saya ditawarkan berlakon dalam drama Tundukkan Playboy Itu. Walaupun diberikan watak pembantu namun ia peluang yang baik untuk saya membuktikan bakat yang ada,” katanya.
Kata bekas peserta Mr Planet 2015 ini, dia akan terus berusaha untuk membina namanya. Dalam drama bersiri itu dia turut berlakon dengan Mawar Rashid juga artis baru yang menempa populariti.
“Sebagai permulaan saya terima saja watak yang diberi dan percaya peluang lain akan datang kemudian. Saya tidak boleh memilih watak sebaliknya mesti belajar untuk menjadi pelakon yang bagus,” katanya.
Alex yang mempunyai ketinggian 175 sentimeter juga sangat mengambil berat mengenai susuk tubuhnya sesuai gelaran yang dipegangnya iaitu Mr Pulau Pinang namun dia tidak terlalu mengawal dietnya.
“Saya makan apa saya yang teringin namun saya kerap bersenam di gimnasium untuk memperkemaskan tubuh bagi memastikan sentiasa sihat dan cergas,” katanya.
Alex yang memiliki senyuman menawan dan pernah pula bekerja dalam lapangan yang memerlukannya sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan orang ramai, kelebihan yang ada padanya itu membuatkan dirinya disenangi ramai.

15 tahun sulam cinta

Agak lama menyepi, pihak media dikejutkan dengan undangan ke majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36, di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Ahad lalu.

Pasangan ini diijab­kabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember tahun lalu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Nana.
Ketika ditemu bual, penyanyi bernama sebenar Nurgayah Abdullah ini seakan-akan dapat menyelami persoalan yang bersarang di minda pelbagai pihak dan mengakui baru menamatkan zaman solonya.
“Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami.
“Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu.
“Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya sangat matang. Sebenarnya dua tahun lalu kami pernah merancang untuk berkahwin, namun terpaksa ditunda kerana bapanya sakit.
“Bagaimanapun, tahun lalu impian untuk kahwin kembali menyala. Tambah lagi ibu bapa saya memang nak lihat kami naik pelamin kerana saya anak sulung daripada dua beradik.
“Mereka yang bersungguh-sungguh merancang majlis ini kerana berhasrat nak mengumpulkan saudara-mara jauh dan dekat,” katanya ceria.
Nana yang pernah popular sebagai penyanyi rap pernah berkawan de­ngan lelaki lain, tetapi tidak mempunyai persefahaman.
Mohd Azwan lebih menepati ciri-ciri lelaki idaman dan seterusnya menjadi suaminya.
“Suami seorang yang setia dan kesetiaan ini buat saya terpikat kepadanya. Setakat bergaduh memang ada, tapi ia lumrah buat pasangan bercinta.
“Saya lega kerana kini bergelar isteri. Soal cepat atau lambat, itu semuanya ketentuan Allah. Saya juga tiada masalah untuk dapatkan anak cepat.
“Kalau boleh saya inginkan tiga anak sebagai penyeri rumah tangga kami. Alangkah bahagianya jika saya dikurniakan anak kembar,” katanya.
Membuka rahsia sebelum ini, Nana turut memberitahu sudah 10 tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Pekan, Pahang kerana rimas disoal mengenai jodoh.
“Bukan saya tak nak berkahwin, tapi seperti yang dikatakan tadi jodoh kami lambat. Sekarang saya tiada masalah untuk pulang bertemu saudara-mara di kampung dan tak sabar untuk berbuat demikian,” katanya.
Mahu kembali aktif
Imej pelik dengan gincu hitam, kundang dan hijau serta rambung bertocang halus membuatkan Nana yang pernah menghasilkan album berjudul Rentak Rancak Ala Puisi (RRAP) pada 1993 kekal diingati.
Selain itu, lakonannya menerusi siri Idaman 1 dan Idaman 2 pada penghujung 1990-an turut diingati peminat.
Sehingga kini, masih ada yang menegurnya setiap kali berjumpa dan bergambar kenangan.
“Baru-baru ini saya bersama suami serta keluarga mentua berjalan-jalan ke Pulau Pinang. Di sana, ada peminat yang menyapa saya dan minta untuk bergambar. Ini agak mengejutkan kerana tak sangka saya masih diingati.
“Sedikit sebanyak, ia memberi perangsang untuk saya kembali menyanyi dan menghasilkan single terbaru. Sekiranya ada rezeki, saya nak tampilkan semula lagu berkonsep seperti dulu.
“Lagipun fenomena sekarang menyaksikan setiap orang boleh menghasilkan single jika ada kemahuan. Dalam pada itu, saya juga berhasrat kembali aktif berlakon sekiranya ditawarkan watak dan skrip sesuai. Suami juga tak halang minat saya,” katanya.
Nana yang pernah popular dengan lagu Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Inikah Cinta dan That’s All I Need kini mengusahakan perniagaan sendiri dalam pembuatan kek dan berhasrat mengembangkan kepada pembuatan kuih tradisional pula.

Episod cinta Bella

Tindakan kekasihnya pelakon, Nazim Othman, 32, melamarnya di lokasi penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi pada 26 Oktober tahun lalu nyata mengejutkan Bella Dally, 25.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally ketika itu langsung tidak menyangka Nazim berbuat sedemikian memandangkan mereka sibuk di lokasi.
“Malam itu adalah babak terakhir membabitkan saya, tetapi saya pelik kerana Nazim masih berada di lokasi. Ini kerana kebiasaannya dia akan balik ke hotel penginapan jika babaknya sudah tamat.
“Selain itu, dia juga muncul dengan berpakaian kemas. Sikapnya itu menimbulkan tanda tanya, tetapi saya masih tidak tahu perancangan di sebaliknya.
“Kemudian saya lihat beberapa kru memegang telefon bimbit. Terdetik di hati mengatakan dia mahu melamar saya dan meminta kru terbabit merakamkannya. Ternyata gerak hati saya betul apabila selepas itu dia mengeluarkan cincin dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” katanya.
Nazim kemudian menghantar rombongan meminang dan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu.
Pada majlis di kediaman Bella di Kota Kinabalu, Sabah, Nazim berada di Korea Selatan bagi menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Teruna Kimchi.
Menurut Bella, keputusan itu membuktikan dia sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
“Sejujurnya, soal perkahwinan ini sudah lama diperkatakan iaitu sejak kami mula berkawan. Namun, perkara itu tidak pernah dibawa berbincang secara serius memandangkan kami belum bersedia.
“Tambahan pula ketika itu saya masih muda dan baru bergelar pelakon. Jadi saya hanya ikut aturan. Apabila betul-betul sudah bersedia, baru kami berani membawa hubungan ini ke fasa seterusnya iaitu bergelar suami isteri,” katanya.
Pernah melalui pasang surut perhubungan, episod putus cinta bersama Nazim pada 2014 membuatkan mereka lebih matang dalam menghargai perhubungan dibina.
“Tempoh kami putus tidak lama. Malah, sepanjang tempoh itu, kami masih berkomunikasi. Namun, disebabkan masih ada perasaan cinta dan sayang, kami kembali bersama.
“Itu yang dikatakan jodoh. Saya percaya ini semua sudah tertulis dan ditetapkan Allah. Kiranya, keputusan berkahwin adalah pilihan terbaik buat kami,” katanya.
Menyifatkan Nazim jejaka yang jujur dan tegas dalam segala hal, Bella yakin jika pelakon Awan Dania itu mampu melindungi dan menyayanginya sepanjang masa.
“Apabila bersamanya saya berasa selamat. Walaupun dia jenis tegas dalam membuat keputusan, saya percaya itu adalah yang terbaik buat kami. Malah, sikapnya itu membuktikan dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami.
“Bagi diri sendiri, ketika ini perasaan saya bercambur baur. Dalam pada gembira, saya juga gementar nak menanti hari bersejarah kami. Saya harap semoga semuanya berjalan lancar dan berdoa segala perancangan dipermudahkan,” katanya.
Janji Bella, dia dan Nazim tidak akan berahsia mengenai tarikh pernikahan mereka sekiranya segala persiapan sudah sedia.