Datuk Terlajak Laris berang dilabel sebagai Orang Kaya Bodoh

PEMILIK rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewa selepas digelar ‘Orang Kaya Bodoh’.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, pautan imej tersebut membuat pembezaan ‘Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia’ dengan Aliff serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida.

Menurut Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.

“Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah. Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni,” luahnya seperti dipetik menerusi kapsyen di Instagram.

Imej tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program ‘Terlajak Puteh Nampak’ dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Rata-rata pengikut Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.

Sementara itu, Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.

Inilah Punca Kenapa Gadis Ini Viral Di Facebook

Inilah Punca Kenapa Gadis Ini Viral Di Facebook

Inilah Punca Kenapa Gadis Ini Viral Di Facebook


Sebuah video peniaga penjual suplemen aset wanita tiba tiba menjadi viral di laman media sosial sejak beberapa hari lepas. Ramai yang menyipatkan ia keterlaluan namun sebagian peminat gadis tersebut turut menyokong dengan apa yang di buatnya.

Usah di dengar apa kata orang, komen salah seorang pengguna media sosial.Sebagian dari mereka juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menggoda gadis comel tersebut di ruang komen.

“Hye teman teman winny mau merekomendasikan suplemen membesarkan payudara dan juga berpungsi untuk mencerahkan kulit yang terbuat dari bahan herbal katanya.”

Memang tidak dapat di nafikan raut wajah yang cantik dan juga pemakaian yang seksi menjadi daya tarikan yang kuat untuk di minati. Namun indentiti gadis ini masih belum diketahui dengan jelas.

Nama Fan Page Beliau : Winny Putri Lubis

Inilah Punca Kenapa Gadis Ini Viral Di Facebook | Jom Lihat Video Dibawah

Trump halau wanita bertudung

Seorang wanita Islam bertudung telah dihalau kerana didakwa mengganggu ucapan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump di South Carolina, kelmarin.

Rose Hamid, 56, dihalau sambil diiringi dua anggota polis selepas dia berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS.

Trump terkenal dengan sikapnya yang anti migran sebelum ini pernah mencadangkan supaya orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat.

“Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.

“Semasa saya diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh saya membawa bom,” kata Rose.

Semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan ‘Salam, saya datang dengan aman’, lapor CNN.

Netflix Tawar Tiga Pakej Kepada Pelanggan Malaysia

Perkhidmatan strim video terbesar Netflix tiga pakej kepada rakyat tempatan untuk menikmati pemilihan filem dan drama bersiri.

Tiga pakej tersebut ialah kadar asas iaitu RM 33, standard (RM42) dan premium (RM51).

Menerusi tawaran tersebut Netflix akan membariskan program-program bersiri dan Sitkom yang antaranya seperti Daredevil, Jessica Jones, Suits, Unbreakable Kimmy Schmidt, How To Get Away With Murder, Narcos dan Marco Polo termasuklah siri dokumentari Making Of A Murderer.

Bagaimanapun menurut jurucakap Netflix, tawaran program di Malaysia mempunyai perbezaan dengan Amerika Syarikat disebabkan oleh konflik perlesenan selain beberapa tajuk program berprofil tinggi seperti House Of Cards dan The Good Wife yang hilang dalam katalog.

“Di dalam dunia perlesenan kandungan secara tradisinya sering berpecah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk membuat sesebuah tawaran yang selari.

“Sementara itu kami berusaha untuk menawarkan perkhidmatan menarik mengikut lesen siri dan filem yang disediakan,” katanya kepada The Star.

Tambah jurucakap tersebut, Netflix pada masa sama juga telah memperluaskan tajuk program.

“Pada tahun 2016, kami rancang melaburkan USD5 bilion (RM22.1 bilion) bagi pengeluaran hak cipta bagi tajuk-tajuk program eksklusif.

“Ia termasuklah 30 program bersiri asli Netflix baru dan sebahagian besar ia disediakan khas untuk ahli Netflix,” ujarnya.

Dalam pada itu Netflix juga merancang melancarkan lebih 10 filem asal selain menambah program-program khas kanak-kanak dan dokumentari.

Melihat kandungan tempatan dan antarabangsa, yang setakat ini masih kurang berbanding servis iFlix, yang dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Netflix turut menawarkan barisan program Bollywood iaitu Piku serta filem-filem lama iaitu Hum Saath-Saath Hain (1999) dan Hum Aapke Hain Kaun (1994).

“Walaupun terdapat jumlah terhad kandungan tempatan disediakan di beberapa buah negara, pihak kami akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa mengikut populariti dan kehendak pelanggan.

Daripada segi kandungan produksi Malaysia dan Asia, Netflix masih lagi sedang berurusan dengan pihak terbabit untuk mendapatkan kandungan program daripada seluruh dunia.

“Netflix masih lagi berterusan mendapatkan kandungan program di seluruh dunia dan setakat ini pihak kami telah pun mempunyai siri dan filem dari Brazil, Kanada, Colombia, Perancis, Jepun, Itali, Sepanyol dan Britain, dan akan sentiasa meninjau projek-projek baru dan menarik yang akan untuk penonton global.

Selain itu Netflix Jepun turut terdapat dalam katalog Malaysia seperti Orange Is The New Black, Sense8 dan Bloodline.

Sementara itu Netflix turut menyediakan fungsi kawalan ibu bapa bagi program-program berbentuk dewasa.

“Setiap pelanggan akan disediakan satu profil kanak-kanak apabila mendaftar. Netflix juga akan menyediakan kod pin agar memudahkan ibu bapa mengawal anak-anak yang menggunakan perkhidmatan kami,” kata jurucakap berkenaan.

Tiada niat sembunyi pernikahan

Ramai selebriti tanah air menamatkan zaman bujang mereka penghujung 2015 terma­suk pelakon dan pelawak, Syuk (SYJ), 27, yang selamat bernikah dengan gadis pilihan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah Mohd Salleh atau Sera, 23, pada 20 Disember 2015.

Syuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia tiada niat bernikah secara senyap dan menyembunyikan perkara itu.
Katanya, kerana bernikah dengan orang Sabah majlis dibuat secara sederhana di kampung pengantin perempuan, menyebabkan berita itu kurang diperkatakan.
“Kalau tiada aral, majlis persandingan sebelah saya di Pulau Pinang akan berlangsung sekitar Mac depan. Insya-Allah, saya akan mengundang peminat dan media.
“Buat masa sekarang, fokus saya pada persaingan Juara Parodi bersama Joey dan Sam Bunkface dalam kumpulan Abang Face.
“Disebabkan komitmen terhadap Juara Parodi juga, majlis pernikahan saya yang sepatutnya berlangsung pada 19 Disember, terpaksa bertukar tarikh keesokan hari.
“Apapun, saya bersyukur kerana perkara wajib iaitu nikah sudah dilaksanakan manakala majlis persandingan sebelah saya akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.
Syuk dan Sera bertunang Februari tahun lalu selepas beberapa tahun berkenalan. Mengenai wang hantaran dan mas kahwin diterima isteri, Syuk enggan mendedahkannya biar menjadi rahsia mereka.
“Apa yang pasti, saya terpaut hati dengan Sera kerana sikapnya yang penyayang, matang, memahami dan boleh terima saya seadanya.
“Saya juga yakin Sera wanita yang akan selalu ada di sisi saya sama ada dalam keadaan susah mahupunsenang.
“Kalau dulu saya perlu menjaga diri sendiri dan makan seorang, sekarang kos sara hidup bertambah menjadi dua orang.
“Jika kami dikurniakan anak awal pula, kos bertambah lagi. Sekarang, saya perlu gigih mencari rezeki selagi ada peluang.
“Penat bekerja perkara biasa. Sebagai suami, memang menjadi tanggungjawab saya mencari rezeki untuk keluarga,” katanya yang belum memilih destinasi bulan madu.
Selepas Juara Parodi berbaki dua minggu lagi untuk ke final, Syuk juga sibuk dengan persaingan Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pula.
Katanya, dia tidak akan bersama kumpulan SYJ untuk persaingan MLM 2016 sebaliknya akan berganding dengan Joey dan Rahim (R2).
“Buat masa ini nama kumpulan baharu juga masih belum ada dan dalam proses mencari yang sesuai. Saya juga masih aktif berlakon dan akan muncul dalam drama Gondala Cinta Di Venice untuk RTM tidak lama lagi.
“Menariknya drama ini apabila saya mendapat peluang menjalani penggambaran di Itali. Inilah rezeki namanya. Walaupun saya berlakon watak pembantu sebagai penceria suasana dengan karakter komedi, tapi dapat juga peluang ke Itali untuk penggambaran.
“Ia peluang yang tak pernah saya duga. Kali pertama menjejak kaki ke Venice, saya sangat kagum dengan keindahan alam sekitarnya.
“Pemandangan indah dan pengalaman tak dapat dilupakan, kami berjalan secara berkumpulan sambil berpegangan tangan.
“Kalau di negara kita, saya gel hati melihat warga Indonesia atau Bangladesh yang jalan berpimpin tangan tetapi apabila berlaku pada diri sendiri di Itali, baru saya faham.
“Sebagai manusia biasa yang asing di negara orang untuk mencari rezeki, semestinya faktor keselamatan diutamakan,” katanya.
Waktu sama, Syuk juga menyimpan impian mahu melakonkan watak serius. Katanya, dia tidak memilih karakter tetapi jauh di sudut hati semoga ada peluang untuknya mencuba peranan baharu yang lebih mencabar.

Antara 8 Jenis Baka Kucing Paling Unik dan Mahal Di Dunia

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan.

Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing.

8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.

Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank. Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.

sumber dari popsugar.

TAK PUAS TIPU 13 ISTERI, USTAZ KASANOVA MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI KDN TIPU WANITA LAIN LAGI


Mohd Razis Ismail, atau digelar ustaz kasanova, berjaya memperdayakan ramai wanita dengan pelbagai jawatan agama dan perwatakan alim.

Sudah mempunyai 13 isteri melalui perkahwinan poligami yang tidak disahkan, Razis, 33, memperdayakan seorang pelajar berusia 20-an untuk menjadi isterinya.

Terbaru, beliau didakwa menyamar sebagai penolong pengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab hal ehwal Islam dan mereka bernikah di negara jiran.
“Bagaimanapun mereka bercerai ketika usia perkahwinan baru memasuki bulan kedua dan sepanjang tempoh itu, mereka tidak tinggal bersama kerana merahsiakan hubungan daripada pengetahuan keluarga,” satu sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu Harian Metro.
Razis juga mendakwa menjadi imam beberapa masjid di luar negara, antaranya bekas imam masjid-masjid Australia dan Singapura.
Beliau pernah mendakwa bertugas ketua panel syariah persatuan pengguna, ketua hakim tilawah kebangsaan, penolong pengarah bahagian pendidikan Jawi dan pengamal perubatan Islam.
Semuanya semata-mata mahu mengumpan mangsanya untuk meraih wang, hasil ceramah atau perniagaan.
Ekoran itu, Jawi mengeluarkan notis rasmi mengisytiharkannya sebagai individu dikehendaki dan diedarkan kepada pihak berkuasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Farah Wahida Zulkiflee di talian bebas tol bahagian penguatkuasaan 1800 88 1771, lapor akhbar itu lagi.
Waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober tahun lalu selepas ustaz kasanova itu gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Sumber : Malay Mail

MAN U & REAL MADRID JADI ILHAM DATUK SERI VIDA UBAH STADIUM KELANTAN

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang menaja pasukan Kelantan, merancang berlepas ke Eropah dalam usahanya menukar stadium Kota Baru berdasarkan idea kelab-kelab ternama seperti Real Madrid dan Manchester United.
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membayangkan Stadium Sultan Muhammad IV bukan saja ceria diselaputi warna merah jambu, malah bakal diubahsuai setaraf stadium antarabangsa.
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd berkata penampilan baru stadium kelak bukan saja bakal menambah keceriaan Kota Baru, tetapi juga meningkatkan prestasi pemain The Red Warriors (TRW).
“Secara lazimnya seperti Manchester United (MU) dan saya akan ke Manchester pada Februari ini untuk melihat apa benda yang saya boleh ambil.
“Saya inspirasikan Manchester United dan Real Madrid. Bulan Mac saya akan ke Madrid. Saya rasa itu boleh menyuntik semangat pemain untuk menjadi lebih bersemangat.
“Bila semangat kuat dan berkobar-kobar, itu boleh memberikan satu corak perlawanan yang kita tunggu-tunggu. Bila pemain dapat suntikan begini, permainan di padang juga akan berubah,” katanya.
Hasmiza, atau mesra dengan panggilan Dr Vida, ditemui ProjekMMO kelmarin selepas menghadiri majlis persandingan penyanyi Marsha Milan Londoh di sebuah hotel terkemuka di sini.
Jutawan kosmetik itu berjaya memuktamadkan rundingan penajaan bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selama dua musim.
Selain mahu stadium bola sepak berwarna merah jambu dan nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh TRW, 33 syarat tambahan dikenakan kepada pasukan itu.
Dr Vida berkata keseluruhan syarat itu hanya akan didedahkan pada 15 Januari ini semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama badan sukan itu.
“Apa yang orang cakap [sebagai] syarat tetapi, bagi saya, bagaimana cara saya bekerja dan saya akan mula kerjasama membangunkan bola sepak.
“Itu adalah keperluan saya bagaimana saya hendak pastikan kemenangan, kejayaan produk saya datang dalam satu pakej.
“Saya bukan hanya hendak cat saja stadium tetapi overhaul (rombak) dari segi konsep. Saya habiskan (wang) di sana untuk dapatkan faktor ‘wow’ stadium itu sendiri,” katanya sambil melayan peminat bergambar.
“Saya kena kerja lebih daripada jangkaan (ramai) dan pemikiran sebab orang tidak terfikir saya boleh buat sesuatu dengan stadium buruk itu.
“Saya akan jadi legasi bola sepak dunia kerana tiada wanita yang terlibat dalam bidang ini.
“Perempuan ramai minat bola tapi mereka malu-malu, duduk di rumah saja,” kata usahawan 43 tahun itu, yang masih tebal dengan loghat Kelantan.
Dr Vida, yang terkenal dengan slogannya “Qu Puteh barulah putih” melalui program tajaannya di TV3 dan saluran Astro, menggemparkan bola sepak tanah air dengan dua syaratnya itu.
Warna merah jambu menjadi fokus peminat bola sepak Kelantan yang berandaian ia tidak sesuai dengan sukan maskulin.
Namun, beliau berhujah beberapa pasukan ternama di Eropah, termasuk Real Madrid, juga menggunakan jersi merah jambu.

MENARIK!! KISAH PADERI KOMA 17 BULAN PELUK ISLAM


SATU kisah dimana seorang paderi Katolik yang berada dalam koma selama 17 bulan, telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan ALLAH S.W.T dan ditunjukan kepadanya ‘Keindahan Langit’ (Keindahan Syurga)

Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.

Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.

Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.

Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.

“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.

Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. 

“Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang telah dijual.

P/S : ALHAMDULILLAH.

“APA KELAS PAKAI KERETA KANCIL/VIVA?” – HONDA USER


Sekarang dah menjadi trend dengan lambakan gay-gay di Malaysia. Maksud saya ialah budaya ejek mengejek di kalangan ahli-ahli kelab kereta. Yang ada Honda, kutuk Perodua Kancil, yang ada Proton Wira cabuk kutuk kereta Perodua Viva.

Apa kejadahnya semua ini? Cuba tanamkan dalam diri itu sikap menghormati dan persahabatan walaupun kita hanya memandu kerete Proton Tiara. Jangan ingat Tiara tidak boleh berkawan dengan kereta suka seperti Evo dan Skyline. 

Kelompok jenis haters seperti ini semakin membesar dan amat berbahaya. Bahaya orang seperti ini boleh menyebabkan berlakukan permusuhan. Mereka akan kamcing dengan gang-gang kaum sejenis saja. 

Aku pernah terkena dan aku tahu bagaimana menyampahnya dengan gang-gang gay seperti ini. Kalau melepak, bila mereka mula bercerita nak upgrade enjin, mulalah gang-gang gay ini berahsia depan mata kita. Diulangi, depan mata kita. Siap berbisik-bisik lagi. 

Disebabkan perangai seperti inilah membuatkan aku takkan lepak lagi dengan mereka yang gay ini. Kenapa perlu jadi begitu? Sedangkan dalam dunia motorsports ini luas, teramat luas. Tidak mengapa jika kita mengagungkan enjin yang kita miliki tetapi jangan sampai menidakkan kemampuan enjin kereta yang lain. Kita harus bercampur agar kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis enjin yang lain. Kita bertukar-tukar pandangan kerana mungkin ada perkara yang kita boleh ambil untuk tingkatkan prestasi enjin kereta kita sendiri. 

Jadi, buat korang yang gay, berubahlah. Tiada gunanya korang dalam kemlompak korang sendiri dan korang akan anggap korang yang terbaik. Lepas itu jumpa dengan orang yang lebih dari korang, mulalah kata mereka guna barang-barang gempak, padahal standard mended. 

Kalau korang jenis suka berbincang dengan orang lain, maka percayalah, enjin yang korang ada mesti laju seperti roket. Tak baik kutuk mengutuk, diam-diam sudahlah. Sekian. Motorsports for life.

Faradhiya Impikan Cinta Lelaki Yang Matang

Nama penyanyi Farahdhiya mula menjadi sebutan peminat sejak dirinya menjadi naib juara Gegar Vaganza 2.. nampaknya kenyataan terbaru tentang status dirinya pada media telah membuatkan ramai orang terkejut.

Farahdhiya memaklumkan dirinya masih lagi solo. iyerlah.. Wanita secantik ini masih lagi solo, memang la ramai orang terkejut.. Adakah sebab Farahdhiya terlalu memilih buatkan dia masih bersendirian?

Menurut Farahdhiya, ada sebab tersendiri dia agak sukar untuk dipertemukan dengan seseorang teman lelaki yang bersesuaian dengan dirinya.

“Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini.

” Saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak. Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka “control” atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa,” jelasnya.

Kalau dah jodoh tu tak kemana, pasti suatu hari nanti Farahdhiya akan bertemu dengan lelaki yang diimpikan itu.. biasalah setiap wanita yang agak berusia mesti mahukan seorang lelaki yang berfikiran ‘matang’.

Apapun, perkembangan Faradhiya selepas program GV2, beliau akan meneruskan kerjaya nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru tak lama lagi.. tak sabar kami nak dengar, mesti akan mendapat sambutan hebat.

Pelakon Wanita era 90an dicekup dalam Kelab Dangdut

Pelakon wanita terkenal era 90-an antara 14 ditahan dalam Operasi Tahun Baru 2016 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), awal pagi semalam.

Pelakon itu yang berusia 45 tahun ditahan ketika bersembunyi di tingkat dua kelab dangdut di Jalan Chow Kit, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, operasi khas sempena tahun baru itu dilaksanakan bagi menahan individu Islam yang didapati melakukan kesalahan jenayah syariah seperti minum arak, berpakaian tidak senonoh dan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

“Seramai 30 anggota penguatkuasa JAWI turut serta melakukan serbuan dengan mensasarkan kelab dangdut yang menjadi tumpuan individu Islam.

“Individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menghindari pihak berkuasa agama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun kedua-duanya.

“Selain itu, pelakon wanita itu bersama beberapa individu lain pula ditahan dibawah Seksyen 19 akta sama kerana meminum minuman memabukkan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya, ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Datin Melayu selamba pamer belahan dada dalam klip video mat saleh

Siapa tak kenal dengan datin ini, yang belagak ala-ala mat salleh. Suami dia adalah chairman dalam satu kompeni besar menginsurankan nyawa. Umur dah 40 tapi masih ligat beb. Mungkin dia lupa bahawa kekayaan yang ada sekarang ini boleh lesap macam tu je.

Dalam dunia fashion tanah air, Datin ni lebih mesra dikenali sebagai Princess Ezurin Khyra. Dan pernah sekali menghiasi cover GLAM pada Jun 2008. Datin ni terkenal dengan imej seksi terlampaunya dikalangan golongan elitis.

Kalau korang lihat instagram dia.., serius dahsyat beb. Terus-terang cakap la yee.., naik takut pulak dengan VVIP yang perangai macam ini.

Hanya kerana dorang ini VVIP, dorang rasa tak mungkin cerita hodoh dorang akan dikecohkan walaupun berbotol air arak diteguk, baju berbikini.., semua tu katanya ‘enjoy life’.

Tak pasti pulak asal-usul dia ini dari kampung atau memang anak VVIP juga. Tapi harap mak datin ni akan sedar juga satu hari nanti. Mungkin time tua nanti dia bertaubat, sapa tahu kann.