10 Artis Malaysia Ayu Berhijab Wajar Dijadikan Ikon

Selebriti Malaysia kini telah ramai yang berhijrah, terutamanya dari segi penampilan. Pasti ramai yang terkejut kerana artis yang sebelum ini di katakan terlalu sosial dan tidak bertudung kini berimej bertudung. Alhamdulillah suka melihat perubahan yang di lakukan oleh artis pujaan Malaysia iaitu Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Abby Abadi, Azza Elite, Heliza Helmi, Fiza Elite, Puteri Sarah Liyana, Diana Amir, Memey Suhaiza, Felixia Yeap, Raja Farah dan ramai lagi artis yang kini bertudung.

Artis yang di pilih ini berdasarkan penampilan terkini yang betul-betul menutup aurat. Bukan hanya bertudung tapi berpakaian ketat, itu merupakan fesyen semata-mata. Sejuk mata yang memandang kerana dari melihat mereka perasaan turut sama untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga mereka semua kekal istiqamah dalam menjaga aurat, pasti mereka semua menjadi ikon fesyen untuk kita semua. Insyaallah.

Pasti ramai yang mengenali gadis bermata bulat ini kan? Gadis yang berasal dari pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi, menari dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Sekarang namanya makin dikenali kerana aktif dalam aktiviti sosial.

Azza Elite merupakan sahabat baik Abby Abadi, suka dengan sikapnya yang lemah lembut dan sentiasa tersenyum melayan peminatnya. Siapa sangka Azza yang dahulunya seksi kini berimej sopan, malah beliau dikatakan bahagia dengan suaminya sekarang. Meskipun begitu penulis ucapkan TAKZIAH! Azza (Elite) Keguguran Kali Keempat baru-baru ini.

Sejuk rasa hati tengok keluarga bahagia Irma Hasmie Ibrahim (Irma) dan suami, Redza Shah Azmeer Radzuan. Irma antara artis yang telah berhijrah dari kisah lampaunya yang mungkin baginya penuh dengan onak duri dan cubaan dalam menjadi seorang hamba Allah yang sempurna.

Puteri Sarah Liyana yang mempunyai kecantikan semulajadi kini bahagia bersama suami tercinta iaitu Syamsul Yusof. Beliau yang dahulunya terlalu sosial kini kembali berhijrah sebelum berkahwin, sangat cantik!. Mempunyai kecantikan asli, bertubuh tinggi ramping membuatkan ramai lelaki jatuh hati dengannya. Syukur beliau kini menutup aurat sepenuhnya dan sekarang aktif dalam perniagaan busana muslimah.

Yatt Hamzah yang kini berpenampilan muslimah lebih suka berdakwah dengan menjual pakai muslimah yang menutup aurat. Beliau kini sibuk menjadi pengacara dan menguruskan jualan pakaian muslimah atau suci by Yatt Hamzah. Alhamdulillah, dengan adanya golongan artis seperti ini mampu mengajak selebriti yang lain turut berubah.

Wanita kalau bertudung memang akan lebih terserlah kecantikannya. Sememangnya Fiza Elite lebih cantik bertudung berbanding ketika zaman seksinya dulu. Jutaan tahniah kepada Fiza atas perubahan ini. Alhamdulillah.

Semenjak berkahwin Diana Amir nampaknya semakin berseri-seri. Suka penampilan beliau sekarang yang betul-betul menutup aurat. Ditambah pula dengan kehadiran Khaulah Al Azwar Penyeri Rumah Tangga Diana Amir Dan Suami melengkapkan lagi kehidupannya kini.

Semenjak bertudung makin cantik nampaknya Memey Suhaiza, dah la aktif menjadi duta produk. Mungkin sebab itu beliau semakin cantik berseri. – (Gambar) Gelagat Comel Anak Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Walaupun Abby Abadi banyak mencetuskan kontroversi lebih-lebih lagi tentang masalah rumahtangganya namun peminatnya tetap menyokong perjuangan dalam terus berhijrah. Kini beliau sedang menikmati kebahagiaan hidupnya bersama suami barunya Jai. Jom layan (4 Gambar) Honeymoon Abby Abadi Dan Jai Romantis Sekali!

Felixia Yeap yang banyak mencetuskan kontroversi yang dahulunya merupakan model majalah Playboy telah memeluk agama Islam. Namun kini kembali menyepi selepas Tahniah! Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri.

Alhamdulillah, suka melihat mereka semua. Pasti ramai yang menjadikannya idola kan, ikon fesyen muslimah pun boleh? 🙂

Diana Amir Mahu Anak Jadi Ustazah Professional

Setiap ibu bapa pastinya ingin yang terbaik bagi anak-anak. Anak yang dilahirkan tu menjadi insan berguna pada masa akan datang. Begitu jugalah bagi Diana Amir yang mengharapkan anaknya Khaulah menjadi seorang ustazah profesional bila dewasa nanti.

Selain itu, Diana kini kurang aktif di dalam bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan dalam bidang pengacaraan dan melibatkan diri dalam program keagamaan namun tidak menolak jika ada tawaran lakonan yang bersesuaian dengan waktu.

Penulis doakan semoga hasrat dan impian Diana Amir tercapai! Aminn.. 🙂

Bengang Dicemuh Ramai, Uqasha Senrose Punya Cara Tersendiri!

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang selebriti, setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian umum tidak kira baik mahupun sebaliknya. Yang baik cara baik, yang buruk pula cara buruk. Malah ada sahaja ‘point’ akan dicari untuk mengkritik setiap apa yang dilakukan seseorang itu. Dengan kata lain kononnya nak jadi hakim, menghakimi orang!

Menurut Uqasha Senrose, dia kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka melemparkan tuduhan dan kritikan yang melulu terhadap dirinya.

Tidak habis-habis dilanda kontroversi panas, kini pelakon Uqasha Senrose punya cara tersendiri. Dia kini menyekat akses pengikut di akaun laman sosial miliknya yang biadap kerana tidak mahu terus terjerumus dalam lembah kritikan tidak membina dan negatif.

Tambah Uqasha lagi apa yang dilakukannya itu adalah untuk dirinya sendiri selain mahu mengelakkan dirinya terkesan dengan perkara negatif.

Ucapan Istimewa Hari Jadi Nora Danish Dari Nedim Nazri Yang Menusuk Kalbu…SWEET!

Tanggal 7 Mac merupakan tarikh kelahiran pelakon popular Nora Danish. Siapa sangka Nora kini sudah memasuki usia 34 tahun. Semalam, lelaki yang selalu dikaitkan dengan dirinya, Nedim Nazri telah membuat kejutan hari jadi buat Nora di set pengambaraan drama Mak Cun musim terbaru.

Selain Nedim, teman rapatnya juga hadir pada malam tersebut iaitu Betty Rahmad dan Syed Sobrie. Malah, Nora turut berasa syukur walaupun kek hari jadinya tanpa lilin namun kejutan yang dibuat sangat bermakna bagi dirinya. Gambar ini dikongsi di laman Instagram Nora yang diambil bersama rakan-rakannya.

Ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Rayqal hasil dari perkahwinan dengan Rizal Ashram sebelum ini turut menerima ucapan istimewa dari Nedim. Mereka yang sentiasa dilanda kontroversi panas nampaknya masih lagi hangat bercinta.

Malah, mereka berdua bersama-sama menyambut hari jadi Nora di tempat ‘special’. Antara kata-kata Nedim yang ditujukan buat Nora sangat menusuk kalbu.

Apapun, selamat hari jadi buat Nora Danish. Semoga perjalanan karier seni Nora sentiasa berjalan lancar.

Wajah bekas suami Rozita Che Wan ketika diawal usia perkahwinan, namun jangan terkejut lihat 2 foto terbarunya di tahun 2015 yang pasti memeranjatkan korang

Masih ingat wajah bekas suami Rozita Che Wan ini, namun jangan terkejut lihat 2 foto terbarunya di tahun 2015 yang pasti memeranjatkan korang.

Masih ingat wajah bekas suami Rozita Che Wan ini, namun jangan terkejut lihat 2 foto terbarunya di tahun 2015 yang pasti memeranjatkan korang

Masih ingat wajah bekas suami Rozita Che Wan ini, namun jangan terkejut lihat 2 foto terbarunya di tahun 2015 yang pasti memeranjatkan korang

Read more »

Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Kira-kira 15 tahun lalu pada 6 Januari 2000 terjadinya satu tragedi apabila penyanyi Spoon – Along ditemui mati dibunuh. mStar Online menyingkap peristiwa sedih itu.

Along yang ketika itu berusia 19 tahun popular dengan lagu Serindu-Rindunya telah dibunuh dengan keadaan mayatnya dimasukkan ke dalam guni, diikat lalu dicampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter iaitu di kawasan sunyi, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Peristiwa berdarah itu hanya disedari lebih 10 hari selepas Allahyarham, dengan nama sebenar nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dilaporkan hilang iaitu pada 25 Disember 1999.

Penemuan mayat Allahyarham diketahui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tontoni imbasan kisah sedih ini dalam bentuk video selepas 15 tahun ia berlalu di mstar online. Al-Fatihah buat Allahyarham.

Bajirao Mastani memang gah

Sutradara filem Bajirao Mastani, Sanja Leela Bhansali tidak putus-putus menerima ucapan tahniah apabila karya itu memenangi pelbagai anugerah.

Ketika berlangsungnya Zee Cine Awards 2016 di Bandra Reliance Jio Gardens, Mumbai, India pada 20 Februari lalu, filem yang dibintangi Ranveer Singh, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra itu merangkul 14 anugerah.

Naskhah hebat itu mengungguli kategori Filem Terbaik (Juri), Pengarah Terbaik (Sanjay Leela Bhansali), Pelakon Lelaki Terbaik (Ranveer Singh), Pelakon Wanita Terbaik (Pilihan Penonton – Deepika Padukone) dan Skor Latar Terbaik.

Anugerah lain ialah Kesan Visual Terbaik, Aksi Terbaik, Koreografi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyanyi latar Wanita Terbaik, Reka Bentuk Terbaik, Reka Bunyi Terbaik dan VFX Terbaik. Ketika aktor Akshay Kumar menyampaikan salah satu anugerah pada malam itu, dia bergurau dengan mengatakan lebih baik semua kemenangan diberikan kepada Bajirao Mastani.

“Dua dekad berlakon, satu anugerah pun saya belum pernah menang tetapi Ranveer Singh yang baru masih di Bollywod menang Pelakon Lelaki Terbaik.

“Bajirao Mastani juga menang pelbagai anugerah dan pada saya lebih baik semua anugerah diberikan kepada filem ini,” katanya sambil disambut tepukan dan sorakan penonton.

Sementara itu, filem Piku yang mempamerkan lakonan hebat Amitabh Bachchan dan Deepika Padukone sebagai bapa dan anak menang lima anugerah iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Deepika Padukone), Pelakon Lelaki Terbaik (Juri – Amitabh Bachchan) , Cerita Terbaik, Dialog Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem Bajrangi Bhaijaan yang mengisahkan seorang lelaki lakonan Salman Khan berusaha menghantar anak kecil yang hilang di India ke pangkuan ibu bapanya di Pakistan pula meraih empat anugerah.

Filem itu menang Filem Terbaik (Pilihan Penonton) Pelakon Lelaki Terbaik (Pilihan Penonton – Salman Khan), Pelakon Wanita Terbaru Terbaik (Harshali Malhotra) dan Pelakon Lelaki Terbaik Watak Komik (Nawazuddin Siddiqui).

Menghargai sumbangan Anil Kapoor dalam industri filem Bollwyood, aktor terkenal itu menerima anugerah Ikon Antarabangsa.

Dalam kemeriahan acara berprestij itu, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra tidak dapat hadir untuk mengambil anugerah masing-masing kerana ada komitmen penggambaran di luar negara.

Turut diwujudkan anugerah filem Benggali apabila Nelaseshe merangkul trofi Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebat Churnia Ganguly dan Pelakon Lelaki Terbaik (Prosenjit).

Filem Marathi Terbaik pula dimenangi Natsamrat. Manakala Amrita Subhash dan Nana Patekar masing-masing merangkul anugerah Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik.

Pada malam anugerah yang penuh bergaya itu, penerbit dan pengarah filem Karan Johar dan aktor kacak, Shahid Kapoor bertindak selaku pengacara utama. Sementara itu aktres Parineeti Chopra, Sonakshi Sinha dan Kriti Sanon tampil sebagai pengacara jemputan. Kehadiran tiga jelitawan itu sememangnya dinantikan peminat.

Kajol turut hadir menemani bapa mentuanya, Veeru Devgan yang mendapat Anugerah Khas Sumbangan Luar Biasa (Indian Cinema).

Shahid Kapoor berkata, dia teruja mengacarakan Zee Cine Awards 2016 kerana pasti ada benda baru akan berlaku.

“Anil Kapor misalnya, dia bukan saja pelakon yang hebat tetapi juga legenda filem Bollywood. Lebih istimewa, dia turut membuat persembahan pada malam anugerah ini.

“Meskipun sudah berusia lewan 50-an, dia tetap bertenaga seperti orang muda. Semangat dan komitmen­nya sebagai anak seni sangat mengagumkan.

Sonakshi Sinha turut bersetuju dengan kata-kata Shahid malah baginya Anil ikon kepada pelakon muda.

“Koreografer Marzi Pestonji datang ke rumah saya selepas melatih Anil Kapoor menari untuk malam anugerah ini. Dia tidak tahu apa yang Anil makan kerana sangat bertenaga,” katanya.

Anugerah itu disiarkan di semua saluran Zee TV di 169 negara pada 5 Mac lalu yang ditonton lebih 959 juta penonton.

Manakala acara ini dapat ditonton peminat Bollywood di Malaysia di saluran Zee Variasi pada 13 Mac ini.

Lima Ha bangkit semangat Enjen

Selepas menyertai program Maharaja Lawak Mega 2014 bersama kumpulan Ekzos, nama Raja Azrey kembali menjadi sebutan peminat. Pemilik nama sebenar Raja Azri Raja Kamaruzzaman ini pernah popular menerusi drama Blok 404 pada 2003 yang turut melonjakkan Nabila Huda dan Zamarul Hisham.
Pelakon yang berbakat dalam bidang nyanyian dan aktif di pentas teater bersama kumpulannya, Geliga Merah Opera (GMO) kini mencuba nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menerusi kumpulan Enjen yang turut dianggotai Acong dan Yus Tapah.
Buat pertama kalinya, Enjen menerima lima Ha (bintang) pada cabaran MLM minggu lalu dan ini cukup menggembirakan. Pun begitu, Raja Azrey mengakui Enjen perlu berusaha lebih keras jika mahu ramai peminat seperti kumpulan Bocey dan LOL.
“Pada minggu pertama dan ketiga, kami berjaya dapat tiga Ha. Manakala minggu kedua dan keempat kami meraih empat Ha.
“Syukur, ia membuktikan Enjen konsisten setiap minggu cuma kami kurang sokongan peminat dan ini agak membimbangkan. Saya akui susah untuk dapat undian peminat dan selalunya kami di kedudukan paling corot.
“Selepas juri beri lima Ha, diharap peminat mula nampak kebolehan Enjen dan sudi mengundi kami,” katanya.
Menurutnya, Enjen kini hanya bergantung harap sokongan pemiant GMO, kelab peminat Acong dan Yus.
“Sokongan itu belum mencukupi jika mahu bertahan lama dalam MLM2016. Setakat ini kami bertahan kerana markah juri yang tinggi manakala undian peminat agak mengecewakan. Saya bimbang jika kami gagal beraksi dengan baik dan juri beri markah rendah.
“Jika itu berlaku dan tiada pula sokongan peminat, tidak mustahil Enjen akan tersing­kir. Disebabkan itulah kami sangat memerlukan undian peminat.
“Cuma ada tujuh minggu lagi untuk ke final dan diharap peminat dapat menilai bakat Enjen dengan seadil-adilnya,” katanya.
Jelas Raja Azrey, sebulan sebelum bertanding, dia, Acong dan Yus sudah men­yiapkan skrip untuk MLM2016.
“Ini cara saya bekerja. Bagaimanapun ketika pertandingan, cabarannya lebih hebat sehinggakan kami terpaksa merombak semua skrip.
“Saya dan Acong perlu membimbing Yus kerana dia masih baru. Alhamdulillah dia sudah ada peningkatan dalam persembahannya,” kata Raja Azrey.
Rai anak yatim
Pembabitannya dalam MLM2016 membawa tuah apabila dia dilamar menjadi duta satu jenama pakaian.
“Saya bertemu pemilik jenama ini iaitu Fairuz Legend ketika terbabit dalam MLM dan dia berminat melantik saya sebagai duta. Saya nampak jenama ini ada potensi untuk berkembang dan bersetuju menerima tawarannya.
“Selagi Enjen berada dalam MLM2016, saya akan cuba promosikan jenama ini sebaiknya. Selepas program ini melabuhkan tirai kami akan bincang strategi lain pula. Selain itu, saya mencadangkan Fairuz meraikan anak yatim sebagai tanda kesyukuran dan dia bersetuju.
“Sebagai permulaan, kami memilih meraikan anak-anak Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya. Saya simpati dengan nasib mereka dan akan menjadikan program ini acara bulanan.
“Insya-Allah selepas ini kami akan meraikan anak yatim di tempat lain pula. Sekurang-kurangnya kehadiran saya dan rakan-rakan menceriakan anak-anak kecil ini,” katanya yang mesra melayan penghuni RACTAR dalam acara terbabit, Sabtu lalu.

Alahan teruk hamil kali kedua

Tiada kata-kata dapat digambarkan pelakon popular, Nadiya Nisaa, 31, melainkan rasa bersyukur dan gembira apabila dia disahkan hamil anak kedua.
Menurut Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, khabar gembira itu diketahui selepas dia dan suami, Saiful Azman Mohd Kassim pulang bercuti dari Jepun, tahun lalu.
“Usia kandungan saya baru melepasi tiga bulan. Apabila anak sulung, Omar berusia lima tahun, kami memang mahu tambah zuriat.
“Ketika Omar berusia dua tahun lagi, sudah ramai bertanya. Mungkin ketika itu belum ada rezeki. Apatah lagi saya sibuk dengan penggambaran filem,” katanya.
Berkongsi mengenai kehamilan keduanya, pelakon filem Cun ini mengalami alahan yang teruk.
“Ketika hamil anak sulung saya tidak mengalami alahan, tetapi kali ini agak teruk. Mungkin saya terlalu kuat bekerja.
“Memandangkan usia kandungan masih baru, saya kena berhati-hati dan banyak berehat di rumah,” katanya.
Meskipun badannya terasa lesu, Nadiya masih menjayakan drama Aku Bukan Bimbo (ABB) yang kini rancak bersiaran di Astro Ria.
Selain itu, duia baru sahaja selesai penggambaran telefilem raya terbitan RTM, Kecoh Kecoh Raya.
“Ketika berlakon dalam drama ABB, baru dapat tahu saya hamil. Mulanya saya tidak mahu berkongsi lagi berita gembira itu tetapi memikirkan soal keselamatan saya maklumkan juga kepada produksi.
“Sewaktu menjalani penggambaran di Korea pada Januari lalu, risau juga. Selepas mendapat nasihat doktor baru saya berani dan yakin.
“Bukan apa, ini pengalaman pertama saya berlakon ketika hamil,” katanya.
Menangis kesejukan
Menjayakan penggambaran drama ABB dalam cuaca sejuk sehingga mencecah suhu negatif 15 darjah Celsius satu pengalaman luar biasa buat Nadiya.
Meskipun kesejukan, dia yang melakonkan watak El Suraya tetap meneruskan tanggungjawabnya kerana tidak mahu menyusahkan produksi dan pelakon lain.
“Ketika berada di Pulau Nami, saya masih okey tetapi di Seoul suhu semakin sejuk. Walaupun sudah bawa kelengkapan mencukupi, saya tak tahan apatah lagi kebanyakan babak dilakukan di luar.
“Pada hari terakhir penggambaran, badan saya kebas. Terasa seperti darah tidak mengalir dalam badan membuatkan saya hampir pitam.
“Saya cuba bertahan tetapi tidak boleh juga. Akhirnya saya menangis. Selepas itu baru badan kembali okey,” katanya yang berada di Korea selama 10 hari.
Sambung Nadiya lagi, disebabkan berlakon dalam drama itu rakan mengejeknya ‘bimbo’.
“Peminat tak ada pula ejek saya bimbo, cuma mereka tegur penampilan saya yang bertudung.
“Rakan artis yang suka mengusik dan panggil saya ‘bimbo’. Tak sangka pula mereka menonton drama ini,” katanya.
Kongsi Nadiya lagi, berlakon di samping Shaheizy Sam membangkitkan perasaan sama seperti dia bergandingan dengan Aaron Aziz dalam drama Adam & Hawa.
“Saya sedar Sam bintang popular dan mempunyai ramai peminat. Jadi, apabila berlakon dengannya, saya perlu fikir reaksi peminatnya.
“Sam sangat profesional dan banyak membantu saya di lokasi. Sebelum penggambaran bermula kami akan berbincang terlebih dahulu,” katanya.