PROFESSOR SYORKAN LELAKI-LELAKI CHINA BERKONGSI ISTERI


Beijing, 27 Okt: Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup.

Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.

Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.

Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.

Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.

Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.

“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan myMetro.

Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. 

TAK PERCAYA!! “CAJ RM2,800, CELCOM MEMANG BUAT SAYA NAIK ANGIN”! Luahan Pengguna Telco Malaysia


TAK PERCAYA!! “CAJ RM2,800, CELCOM MEMANG BUAT SAYA NAIK ANGIN”! Luahan Pengguna Telco Malaysia | Susulan perkongsian kes Celcom menganiaya seorang pelanggan sehingga RM18,000 atas alasan dia menggunakan data roaming, tampil ramai individu yg pernah menjadi mangsa penganiayaan syarikat telko terbabit meluahkan perkara yg sama.

“Saya pun kena, saya ke Vietnam dari 4 hingga 8 November 2014. Saya tutup segala roaming, celular data bagai dan cuma menggunakan wifi hotel atau tempat conference saya. Kalau WIFI slow, saya on sekejap roaming cukup untuk memberitahu keluarga yang saya baik-baik saja di Vietnam. Kemudian saya menutup balik kesemuanya.

Balik ke Malaysia, telefon saya disekat. Lalu saya bayar penuh RM450 had limit biarpun selama hampir 10 tahun telah menggunakan nombor yang sama, bil saya tidak pernah lebih dari RM170 sebulan. Tetapi masih juga disekat, rupa-rupanya bil saya RM2,800 dan sudah menjadi RM2,350 selepas bayaran RM450 tadi. 

Saya menghubungi Celcom dan bercakap dengan baik, jadi mereka buka line untuk saya sekejap sebab saya ketika itu on call dan perlu menghubungi hospital jika ada panggilan kecemasan yang saya perlu reply.

Bila saya check balik semula dalam 2 3 hari, baik balik RM2,800! Masa ini angin saya memang dah naik. Sudahlah selalu kena call untuk dibuka line, kena explain dari A – Z lagi sebab lain-lain operator yang angkat. Last-last memang saya naik hantu! Memang saya maki segala-galanya pada operator itu sampai dia bagi pada manager dia. Manager dia pandai handle saya, cumanya dia juga tidak dapat berbuat apa-apa sebab bil lambat dihantar dari telco provider sana. Katanya, saya menggunakan line yang bukan bekerjasama dengan Celcom. 

Mana saya tahu sebab itu semua auto connect! Tambahan pula saya tak beritahu Celcom sebab saya tak plan nak guna pun. Sebelum ini saya berjalan di Europe, US, bil paling tinggi pun RM300 saja. 


Last-last saya tak sanggup nak bergaduh, saya bayar saja RM450 itu sampai bil saya selesai. Itu pun nombor saya hampir dibatalkan sebab tiga bulan tidak aktif. Nasib baik manger itu tolong aktifkan sementara supaya sistem nampak nombor saya masih aktif. Selepas itu dibar semula untuk dibayar sekali lagi.  Pengajaran yang amat pahit. 


Seminggu kemudian selepas balik dari Vietnam, saya ke New Zealand dan Australia. Kali ini saya berhato-hati, saya langsung tidak mengaktifkan celular data dan matikan roaming iPhone saya. Saya cuma menggunakan iPhone untuk merakam gambar. Guna WIFI melalui iPad saja dan saya beli telefon lain untuk sumbat Maxis Prepaid, untuk persediaan jika saya perlu membuat sebarang panggilan.

Yang paling best, saya menggunakan Maxis Prepaid yang dalamnya hanya ada RM100. Tetapi bila saya dan kawan saya call ibu kami menggunakan phone itu, sesen pun Maxis tak tolak. Saya memang nak tukar Celcom ini, saya bengang sebab dia tidak menyekat nombor saya apabila sudah mencapai had maksimum pengguna. Alasan mereka, pihak telko Vietnam belum menghantar bil itu pada Celcom dan mereka tidak dapat nak sekat sebab tidak tahu. 


Bullshit! Cakap sajalah nak makan duit orang. Menurut manager itu, ada pelanggan yang pergi ke Europe, tak matikan roaming dan celular data. Bila bil sampai, RM1,000,000.00! What the F? Sorrylah, saya memang bengang. sebab saya pergi Vietnam cuma bawa duit RM800. Itu pun tak habis sebab saya tak shopping dan cuma pergi conference. Takkan bil saya sampai RM3,000 sedangkan tidak digunakan? Apa kejadahnya itu? Celcom, you sucks! – Nour

Gambar Wajah Suspek Sembelih Gadis 17 Tahun Tersebar

Polis menahan seorang lelaki awal pagi tadi, yang dipercayai membunuh seorang remaja perempuan di rumah mangsa di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah ketika kejadian.
“Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.
“Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Dalam kejadian malam tadi, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dengan lehernya dikelar.
Mangsa ditemui bapanya kira-kira jam 7.30 malam di atas katil dalam keadaan berselimut ketika mahu mengejutkan mangsa yang disangka sedang tidur.


gambar suspek [atas]

gambar mangsa

WANITA BELASAH GADIS DI BACHOK RUPANYA PENGASAS PRODUK KECANTIKAN


Kejadian pergaduhan yang berlaku di Bachok, Kelantan itu dilihat sebagai satu video gangsterism yang tidak berhati perut kerana tergamak menendang mangsa dikepala mahupun di badan sehingga mangsa tidak dapat melakukan apa-apa.


Berikutan tindakan kejam yang dilakukan 2 orang wanita itu, akhirnya laman sosial mereka telah diserang oleh netizen malah akaun Facebook salah seorang wanita berkenaan yang menggunakan naman Nano Ekora telah dipadamkan.





Apa yang mengejutkan, wanita ini pemilik page Nano Ekora turut menjual produk kecantikan! Nampaknya, mungkin dirinya terpaksa berhadapan dengan kecaman netizen dan masalah penjualan produknya ekoran daripada tindakannya ini, page tersebut telah dipadam,

Nano Ekora, Ekora Beauty


Nano Ekora, Ekora Beauty


Nano Ekora, Ekora Beauty


Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik kerana tiada maknanya menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perbincangan itu penting bagi mengelakkan perselisihan faham. 

Hasil Berhenti Merokok dan Mula Hisap Vape yang Mengejutkan

Lelaki ini telah menghisap vape selama 4 bulan. Lihat keadaan paru-parunya amat mengejutkan | Lelaki ini mengaku telah merokok bermula dari tingkatan tiga sehinggalah umurnya mencecah 27 tahun.

Dia juga telah berhenti merokok selama 4 bulan sejak mula menghisap vape. Menerusi gambar X-ray yang beliau kongsikan, kelihatan jelas keadaan paru-parunya mula menjadi cerah.

Hasil Berhenti Merokok dan Mula Hisap Vape yang Mengejutkan

Lelaki ini telah menghisap vape selama 4 bulan. Lihat keadaan paru-parunya amat mengejutkan

Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia.

Namun beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘vaping.’

Kajian dikendalikan pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk “Addiction” mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan “ekstrem”.

Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa.

Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau “dry puff.”

“Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap ‘vape‘ dalam keadaan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Teguran Pencetus Ummah Rahmat Untuk Pentaksub TMJ

“Jika benar sayang TMJ, Janganlah sokong dan puji apabila TMJ melakukan kemungkaran (mewarnakan rambut)” – Pencetus Ummah Rahmat | Baru-baru ni kan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim or lebih dikenali TMJ ada muatnaik gambar rambut diwarnakan dengan warna blonde, disebabkan rambut tu ramai yang mengkritik tindakan TMJ tu dan ada gak la yang dok memuji..

Tapi bagi TMJ ni tak kisah apa-apa pun orang nak mengkritik ke apa kan dan mengatakan warnakan rambut tu just suka-suka dan berhak melakukannya pun memetik UtaraNews.

Teguran Pencetus Ummah Rahmat Untuk Pentaksub TMJ

Tapi isu pasal TMJ ni mendapat perhatian seorang Pendakwah Pencetus Ummah yang dikenali sebagai Rahmat Ikhsan. Pendakwah tu memuatnaik satu status teguran buat TMJ selepas mewarnakan rambut.

Teguran buat TMJ dari pendakwah tu..

‘Jika benar sayang Tengku Mahkota Johor, Janganlah sokong dan puji apabila TMJ melakukan kemungkaran (mewarnakan rambut).

Jika sayang TMJ, kita doa dan nasihat, bukan jadi penggalak dan pembela kesalahan TMJ.’


Betul la apa yang dikatakan pendakwah tu, walaupun mempunyai taraf yang lebih tinggi ke apa-apa pun jangan dok menyokong apa yang dibuat tu salah pun tetap nak memuji.

Kalau dah salah tu tetap salah la kan.. Menegur dengan cara baik dan doa yang baik-baik. InsyaAllah, sesuatu tu akan jadi lebih baik daripada mengutuk aje.

Gambar Hot Terkini Bekas Kekasih Tengku Jalil

Nama Raline Shah cukup terkenal di Indonesia,pelakon jelita yang berusia 29 tahun ini dikatakan pernah bercinta dengan TMJ.Entah bagaimana hubungan yang terbina antara  mereka putus.Bekas kekasih TMJ ini berdarah Tionghua-Melayu dari datuknya yang berasal dari Malaysia.Manakala ibunya pula adalah warganegara Singapura.


Dibawah ini adalah gambar-gambar terkini Raline Shah yang sehingga kini masih solo belum ada jejaka menjadi kekasihnya.Ada juga gambar Raline Shah bersama Tengku Jalil.


Bersama Tengku Jalil