Song Hye Kyo Beli Rumah Mewah USD7.5juta

AKTRES Song Hye Kyo dikhabarkan telah membeli sebuah kediaman mewah  baharu di Samseongdong, Seoul bernilai USD7.5juta (RM31.2juta).

Menurut laporan Soompi, Hye Kyo membeli kediaman tersebut dengan meletakkan nama ibunya sebagai pemilik. Difahamkan kediaman tersebut asalnya dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Dong A Pharmaceutical.

Agensi Hye Kyo iaitu United Artist Agency juga  telah mengesahkan berita tersebut. Namun kediaman itu adalah di bawah nama Hye Kyo, bukan nama ibu aktres itu seperti yang diperkatakan.

Buat masa ini Hye Kyo menetap di rumah yang pernah dimiliki oleh pasangan Cha In Pyo dan Shin Ae Ra.

Dalam perkembangan lain, Hye Kyo bakal muncul menerusi drama Descendants Of The Sun  menerusi stesen televisyen KBS.

Angelina Jolie Bakal Filemkan Kisah Celine Dion

KISAH kehidupan penyanyi Celine Dion dikhabarkan bakal menjadi sebuah filem tidak lama lagi.

Menurut laporan Dailymail, aktres Angelina Jolie tertarik dengan kisah suka duka penyanyi lagu My Life Will Go On itu dan difahamkan skrip filem itu akan ditulis oleh Jolie sendiri.

“Jolie berkata dia mahu menulis skrip filem itu sendiri. Bermula Celine kecil sehinggalah dia bertemu suaminya, Rene Angelil ketika berusia 12 tahun.

“Celine sudah tahu tentang perancangan ini dan Jolie pula tidak terlalu mendesak memandangkan penyanyi itu masih lagi bersedih atas pemergian suaminya itu,” kata sumber.

Pada 16 Januari lalu, Rene, 73, telah meninggal dunia akibat penderitaan penyakit kanser tekak yang dialami sejak dahulu lagi.

Dua hari kemudian, abang kepada Celine iaitu Daniel, 59, pula meninggal dunia akibat kanser tekak, otak dan lidah.

MESTI TAHU RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL ~ Baca Disini

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul, tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala. Atau Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala. Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut Yang Diwarna

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Sebab2 Mandi Wajib

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah olahraga. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. Itidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu FRIDAY the 13th jika ada di kalangan kamu yang perasan!!! Wassalam.

Ilmu itu cahaya, jahil itu kegelapan

Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain

Silakan Share

Sumber :Cardova

Gelaran ‘Datuk’, Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang

Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan gelaran Datuk yang diterima menunjukkan industri kreatif bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Penganugerahan tersebut diberi bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar di Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Norman berkata, ia adalah satu penghormatan kepadanya sebagai seorang anak seni dan merancang ingin membalas penganugerahan yang diberi dengan menjalin kerjasama daripada pelbagai pihak untuk membangunkan industri kreatif di negeri Pahang.

“Penganugerahan ini menunjukkan usaha membangunkan industri kreatif negara selama ini dipandang serius oleh pihak kerajaan. Ini merupakan satu penghormatan yang besar buat saya dan keluarga.

“Diharap pada masa akan datang saya dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan industri  kreatif pula di Pahang,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Selain Norman, penerbit Ziela Jalil dan aktor Hans Isaac juga merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Norman berkata, pihaknya menerusi KRU Studio juga merancang untuk mengembangkan industri kreatif menerusi aplikasi digital.

“Sebelum ini KRU Akademi tertumpu kepada prestasi kandungan animasi dan tidak lama lagi kita akan fokus pada keusahawanan digital berkaitan media sosial.

“Selain itu kami akan melaburkan kos yang besar untuk membina laman web ecommerce untuk membantu masyarakat mengembangkan perniagaan masing-masing,” ujarnya.

Nor Albaniah Tidak Senang Lelaki Terburu-Buru Cari Cinta

Pelakon Nor Albaniah menyifatkan kebanyakan lelaki terlalu terburu-buru dalam mencari cinta sehingga ia boleh membuatkan segelintir wanita berasa tidak senang.

Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie, 47, berkata, perkara itu turut terjadi kepadanya sehingga membuatkan dia menolak ramai lelaki yang ingin mendekatinya.

“Apa yang saya lihat kebanyakan mereka (lelaki) terlalu terburu-buru dalam mengejar cinta.

“Itu yang berlaku pada saya. Bayangkan, baru mesej di WhatsApp dan belum berjumpa, macam-macam permintaan dah dibuatnya. Ada yang nak ubah diri saya. Terus saya reject.

“Perkara itu juga membuatkan saya lebih selesa hidup solo buat masa ini,” katanya kepada mStar Online.

Nor Albaniah berkata demikian selepas ditanya mengenai sebab dirinya masih hidup solo selain perancangan kehidupannya akan datang.

Dalam pada itu, Nor Albaniah juga pelik dengan segelintir lelaki yang menganggap dirinya seorang materialistik dengan membuat pelbagai tawaran lumayan untuk mendampinginya.

“Mereka menawarkan kemewahan kerana menganggap saya materialistik. Bukan itu yang saya mahu. Saya masih mampu bekerja untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

“Sebab itu saya kata, susah nak cari lelaki yang benar-benar jujur pada zaman ini,” ujarnya.

Tambah Nor Albaniah, dia  tidak terlalu mengejar dalam mencari pasangan kerana meletakkan perancangan perkahwinan di senarai paling akhir.

Sementara itu, Nor Albaniah meluahkan rasa syukur, dia masih lagi diterima peminat drama dan filem Melayu meskipun sudah lama dalam industri seni tempatan.

Malah, pihak penerbit juga cukup senang untuk menawarkannya berlakon dan menyifatkan rezeki lakonan sentiasa ada kerana dia tidak memilih watak yang diberi.

“Industri seni dulu dan sekarang sangat berbeza. Kalau zaman kegemilangan dulu, memang saya pilih watak dan hanya fokus pada filem.

“Tetapi tidak lagi sekarang. Saya lebih terbuka tidak kira watak, drama atau filem, saya akan terima tawaran tersebut,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Nor Albaniah bakal muncul menerusi filem Pelepas Saka yang ditayangkan bermula 4 Februari 2016 bersama barisan pelakon baharu Hanif Safuan, Hafizz Bahari dan Lydia Izzati.

Selain itu lakonannya menerusi drama Cinta Hati Abah kini sedang ditayangkan di slot TV3 manakala Puteri Labu di TV1.

Azmir Arif & Jeff A to Z Tampil Lagu ‘Fly Me To The Moon’

Penyanyi Azmir Arif mengambil pendekatan berkolaborasi dengan Jeff A to Z sebagai rakan duet untuk muncul dengan single lagu baharu, Fly Me To The Moon.

Azmir berkata, Jeff merupakan rakan duet pertamanya selepas lapan tahun terlibat dalam industri seni tempatan.

“Idea untuk berkolaborasi dengan Jeff bermula ketika saya ke sebuah studio rakaman untuk merakamkan jingle dan sambil itu, saya melihat koleksi lagu ciptaan Jeff.

“Dalam banyak-banyak lagu, saya tertarik dengan lagu Fly Me To The Moon yang mengisahkan kekeluargaan dan ia jarang ditampilkan apatah lagi ia mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

“Tanpa mengambil masa panjang, saya terus berbincang bersama Jeff dan dia bersetuju untuk menjadi pasangan duet untuk lagu ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Azmir, dia berharap Fly Me To The Moon dapat memikat hati pendengar memandangkan muzik lagu itu dihasilkan mengikut trend terkini.

“Saya juga percaya gandingan penyanyi lama iaitu Jeff dan baru seperti saya mampu menguatkan lagi lagu yang dibawakan.

“Selain itu lagu tersebut juga diselitkan elemen rap dengan lirik lagu yang catchy di mana Bahasa Melayu dan Inggeris dicampurkan,” ujarnya.

‘Dah lima meter, baru nampak harimau itu’

Sedih dan masih terkejut, itu yang dialami oleh Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, apabila dia tanpa sengaja melanggar seekor harimau belang dewasa ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.45 malam semalam, harimau itu mati selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Mohd Syahrin di KM321.2 lebuh raya berkenaan.

Bercakap kepada Sinar Online hari ini, Mohd Syahrin berkata kejadian berlaku terlalu pantas, dan dia hanya menyedari harimau itu ketika mana haiwan itu berada terlalu hampir dengan keretanya.

“Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya…tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit ‘harimau’ tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar,” katanya.

Katanya lagi, selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan harimau itu.

“Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang…selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh

“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT,” katanya.

Ujarnya, selepas semua selesai dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Kemaman pagi tadi.

“Saya bersyukur sebab keluarga saya selamat, tetapi sedih mengenangkan nasib harimau itu. Saya dimaklumkan bahawa harimau itu adalah haiwan perlindungan yang hampir pupus, hanya ada 11 ekor di Semenanjung Malaysia,” katanya.