Anak Tiri Dedah Kisah Sebenar Dirogol Oleh Seorang Ahli Kumpulan Ruffedge

Kumpulan Ruffedge asalnya terdiri daripada lima orang anggota. Mereka adalah (Azan) Azan Addin bin Abdul Wahab,(Amer) Amer Munawer bin Yusoff,(Mode) Syed Mohammad bin Syed Abdullah dan (Cat) Farrish Zaquan bin Ramli.

Kemudian keanggotaannya terdiri daripada (Azan) Azan Addin b. Abdul Wahab, (Zain) Mohd Kamamaruzaman Zain b. Abdul Hamid, (Iwan) Irwan Iskandar Abidin,(Nine) Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri.

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

“Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

“Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang,” kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahudan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber : Eberita.org

#Throwback : 10 Perkara Yang Biasa Dilakukan Oleh Pelajar Kolej dan Universiti

Sepanjang bergelar pelajar yang tinggal di asrama, tidak kiralah pelajar kolej atau universiti, sudah pasti 10 perkara ini atau salah satunya bukanlah asing bagi anda bukan? Jom periksa satu per satu dan sila komen dalam ruangan dibawah yang mana satu yang pernah anda lakukakan. #1 Shower rosak? Tak jadi masalah selagi ada botol plastik #2 […]

The post #Throwback : 10 Perkara Yang Biasa Dilakukan Oleh Pelajar Kolej dan Universiti appeared first on Viral Kini.

POLIS EVO : Zizan Akur Dengan Nasihat Bukit Aman


Pelawak, pelakon dan pengacara popular tanah air, Mohd Razizan Abdul Razak atau  Zizan Razak menghormati nasihat Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  Bukit Aman agar watak Inspektor Sani dilakonkan dengan lebih serius dan tidak cenderung ke arah komedi.

Walaupun genre filem terbaru lakonannya berjudul Polis Evo bersandarkan aksi komedi namun pelakon ini akur dengan nasihat itu.


Polis Evo yang memasuki pawagam minggu ini, beri peluang Zizan memegang watak Inspektor Sani bergandingan dengan pelakon popular Shamheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai beraksi di bawah bimbingan julung kali filem arahan Ghaz Abu Bakar.

“Saya turut dinasihatkan oleh pihak Bukit Aman supaya tidak menonjolkan elemen komedi dalam lakonan demi menjaga kredibiliti status Inspektor dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.       

“Watak saya kali ini lebih serius  kerana mengikut kehendak PDRM dan Bukit Aman yang tidak mahu watak Inspektor Sani cenderung ke arah komedi.

Jadi perlu menghormati status dan kredbiliti pihak Polis di Malaysia,” kata Zizan selepas tayangan filem ini kepada media.

Tambah hos TV program Akademi Fantasia musim 2015 bersama penyampai radio Faizal Ismail ini lagi, dia selesa bekerja dengan Ghaz kerana boleh berbincang dan bertukar-tukar pandangan.

“Saya selesa bekerja dengan Ghaz kerana kami saling berbincang, menghormati dan boleh bertukar pandangan antara satu sama lain.

“Ghaz memberi ruang saya melakonkan karakter dengan cara sendiri dan kerjasama kami berjalan lancar. Saya yakin penonton akan menyukai genre aksi komedi Polis Evo dan membanjiri pawagam menonton filem ini,“ kata Zizan.

Dalam pada itu Zizan yang sering menerima pelbagai tuduhan, antaranya artis kasanova, isu putus cinta, lari daripada media, kena saman, sampailah cerita jadi atau tidak dia berkahwin, umpama sudah sebati dengan kontroversi sepanjang sembilan tahun berada dalam industri hiburan tempatan.

Menyentuh dialog loghat Terengganu, menurut Zizan dia perlu berhati-hati dengan setiap dialog yang dituturkan supaya mudah difahami oleh mereka yang menonton kelak.

“Ini merupakan filem saya menggunakan loghat Terengganu 100 peratus. Pada mulanya agak kekok kerana selalunya saya hanya bercakap dengan loghat yang lebih ‘sempoi’.

“Tetapi dalam Polis Evo saya lebih berhati-hati  ketika bertutur  supaya memudahkan penonton memahami dialog yang disampaikan.

“Bagi saya,  filem itu mencapai tahap antarabangsa seperti karya aksi pernah dihasilkan penggiat filem Hong Kong dan Taiwan.

“Saya banyak tontonan filem-filem polis yang popular seperti Bad Boys, 22 Jump Street, Sha Po Lang dan banyak lagi untuk memudahkan saya mendalami watak sebagai Inspektor Sani.

“Sebagai pelakon, saya dan Sam saling membantu dan nampaknya berjaya mewujudkan keserasian untuk watak masing-masing,” katanya.

Zizan, 31, baru-baru ini   menjadi artis pertama di negara ini membuka rangkaian kedai serbaneka 24 jam, menerusi syarikat miliknya, Zizan Group  melancarkan pembukaan kedai serbaneka sulungnya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bahru, Kelantan.

“Setakat ini, lebih seminggu beroperasi, sambutannya baik. Bukan itu saja, sudah ada yang berminat untuk membuka francais ZizanMart.  Apapun, ini perkembangan yang sangat positif.

“Selepas ini saya sasarkan pembukaan seterusnya di Terengganu pula,” katanya optimis mengembangkan perniagaan kedai serbanekanya ke seluruh Malaysia.

Terbaru Zizan akan membintangi telefilem, Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera juga arahan Ghaz Abu Bakar.

Mengenai pembabitannya dalam nyanyian, Zizan berkata dia masih ligat menyanyi dan kini dalam proses pemilihan lagu.

“Saya suka menyanyi dan jika ada peluang pasti akan mencuba. Buat masa ini, saya suka menyanyi rap kerana sesuai dengan jiwa.

“Apapun, kini fokus saya lebih kepada mengacara AF 2015 kerana enggan terikat dengan komitmen bidang kerja lain.

“Kini saya selesa memberikan fokus terhadap satu-satu kerja demi menjaga kualiti. Saya tidak mahu terkejar-kejar ke sana sini,” katanya yang sentiasa yakin dengan rezeki ditetapkan Tuhan.

7 Gambar Keindahan Terumbu Karang

Keindahan alam semulajadi ini tidak terhad kepada hidupan didaratan sahaja. Tetapi meluas sehinggalah ke dasar lautan. Buat kamu yang sudah terbiasa dengan aktiviti menyelam. Gambar terumbu karang ini pasti tidak asing buat kamu. Buat kamu yang tidak berpeluang, jangan risau, anda berpeluang melihatnya secara live disini sama seperti jika anda pergi menyelam. #1 Eh? Nemo […]

The post 7 Gambar Keindahan Terumbu Karang appeared first on Viral Kini.

Foto Sambutan Anniversary Ke 33 Sultan Johor Yang Penuh Kesederhanaan & Mengharukan


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 33 semalam.

Sambutan yang penuh dengan keserdehanaan dan amat mengharukan kerana hanya dilakukan di sebuah hospital di Singapura demi menemai puteranya Tunku Abdul Jalil yang menjalankan rawatan sakit kansernya.
















Video Awek Tudung Belasah 2 Lelaki Yang Cuba Meragutnya Dalam Lif

Sebuah video awek tudung belasah dua lelaki yang cuba meragutnya Di Dalam sebuah lif mulai menjadi perhatian natizen selepas di muat naik oleh page Video terbaik sejak beberapa jam lepas.

Pada awalnya gadis itu menaiki lif seorang diri dimana kemudian 2 lelaki muncul dengan mencurigakan,dari situ gadis tersebut mundur selangkah dimana kami boleh mengagak itu adalah sebagian dari pada gerak mengambil langkah berhati hati dalam ilmu silat.

Dengan tiba tiba Lelaki sebelah kanannya cuba menarik bagnya Kemudian dihalang dan perkelahian berlaku layaknya sebuah filem cinema yang agak menarik sehingga kedua lelaki itu tumbang dengan beberapa pukulan dan tendangan padu gadis tersebut.siapa pun gadis itu tahniah kepada anda yang menjadi motivasi kepada ramai.


Salah org nak ragut ni..
Posted by Makan X Habis on Tuesday, September 22, 2015