Dr Vida: Saya janji tak buat lagi

“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itu janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas dikritik Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, selepas teguran itu, beliau berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Dr Vida memaklumkan beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Kelmarin, Kevin menggariskan beberapa peraturan yang wajar dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Menurut Kevin, Dr Vida perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Kata Kevin lagi, Dr Vida tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi.

Malah, Dr Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Kevin menegaskan, Dr Vida mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.

‘Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…’

“Memang Tun (bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad) pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah,” demikian ujar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.

Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.

“Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu, Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya,” katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.

Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

“Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.

“Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam,” katanya dalam kongres yang sama.

Peserta jerit suruh Mukhriz buka baju!

Riuh rendah Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini apabila peserta himpunan tertutup itu menjerit dan mendesak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuka dan menukar baju merah yang dipakai pemimpin itu ketika memberi ucapan dalam program itu.

Mukhriz hari ini tampil berbaju merah Umno di pentas Kongres Rakyat 2016 ketika program sudah pun bermula.

Mukhriz ketika memberi ucapan mengaku sengaja mengenakan baju uniform berlambangkan Umno untuk ke Kongres Rakyat 2016.

“Buka, buka (baju), tukar (baju),” laung peserta kongres yang hadir pada himpunan tertutup di SACC hari ini.

Menurutnya, bukan mudah untuk meninggalkan parti yang selama ini menjadi asas perjuangan dalam membela nasib rakyat khusus di negeri Jelapang Padi itu selama ini.

Bagaimanapun jelasnya, berdirinya beliau di sini kerana tidak mahu lagi amalan rasuah berlaku dalam negara.

“Saya tahu bukan saya seorang sahaja ahli Umno dalam ini (dewan), saya percaya ada ahli Umno berada dalam ini walaupun tidak pakai baju Umno seperti saya ini,” kata Mukhriz ketika berucap pada himpunan hari ini.

Sayu : Selamat jalan Ustaz .. perginya diri mu tragis dan mengejutkan (5Gambar)

KUALA SELANGOR : Seorang guru agama dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Roslan Abdullah berkata, mayat Sobri Yusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi semalam.
Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.

“Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.
“Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. – Bernama