Lepas Nafsu Pada Anak Selepas Kematian Isteri

Tertuduh yang kematian isteri pada 2010 terbabit tidak berkahwin dan merogol anak keduanya dari lima beradik.


KOTA BHARU – Seorang penoreh getah dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai pada jam 1 pagi, September 2011. 

Kejadian berlaku berkali-kali sehingga terakhir pada 27 Mei 2014. 

Tertuduh juga mengaku salah didakwa pada tuduhan yang berlaku di sebuah rumah di daerah sama, pada jam 12 tengah malam. 

Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan itu. 

Hukuman berkuatkuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014 menjadikan keseluruhan hukuman penjara 17 tahun dan 20 sebat.

(Video) Wanita Parah Ditetak Bertubi-Tubi Oleh Suami Dan Rakan Di Hadapan Ibu Sendiri

Tetak


Menjadi perbualan di media sosial sejak semalam tentnag sebuah video yang dimuatnaik menunjukkan aksi kejam seorang wanita ditetak bertubi-tubi oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa.


Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu dihadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayi ibu mangsa tetapi gagal.

Link VIDEO (Amaran, paparan video kejadian mungkin mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan tidak membuka link)

Bagaimanapun, dilaporkan pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan selepas 30 minit kejadian berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.

Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka,”katanya.

Pihak polis berjaya menemui dua bilah parang yang digunakan suspek di dalam kereta Myvi berkenaan.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Anak Menteri Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Anak Menteri Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Kedua Pulau Pinang |  Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis.

INI PUNCANYA KENAPA WANITA INI PANJAT PAGAR VINCCI

INI PUNCANYA KENAPA WANITA INI PANJAT PAGAR VINCCI|EKORAN faktor keselamatan jualan gudang Vincci yang dijadualkan berlangsung di Glenmarie, Shah Alam yang bermula hari ini sehingga Ahad terpaksa dibatalkan.

Perkara itu diumum melalui laman rasmi Facebook jenama itu.

“Dengan rasa kesal, kami mengumumkan Jualan Gudang Vincci dibatalkan pada 3 dan 4 Oktober atas faktor keselamatan,” tulis kenyataan itu.

Jualan yang menawarkan harga kasut serendah RM15 terpaksa dibatalkan selepas situasi kecoh ekoran kebanjiran pengunjung yang ramai terutamanya dari golongan wanita.

Menerusi perkongsian foto serta video di laman sosial, kelihatan pengunjung sanggup memanjat pagar serta tembok untuk masuk ke tapak jualan.

Sementara itu, tinjauan di laman Facebook Vincci, rata-rata pelayar menyalahkan pihak pengurusan kerana kegagalan untuk menguruskan jualan gudang berkenaan.

Intan Elliana Zakaria menulis, “sepatutnya nak buat jualan buatlah di tempat besar macam Al ikhsan dulu.. buat dalam Stadium Melawati Shah Alam.. baru semua puas hati dan pelanggan pun gembira.”

“Pengurusan hancur, Dah tahu nak jual murah pegi la tempat besar,” tulis Efa Shamsudin pula.

Walau bagaimanapun ada juga netizen menyalahkan sikap pengujung.

“Segelintir pengunjung pun satu, psiko sanggup beratur 8 km dah kenapa, berebut macam setahun tak pakai kasut, Vincci je pun, sale shop dia pun RM15 gak, so jangan salahkan penganjur, salahkan sikap diri sendiri yang tak reti jaga perangai,” tulis Lolly Farhana Farush pula.

Video beri kanak-kanak hisap vape dikecam

Video beri kanak-kanak hisap vape dikecam

Tindakan seorang wanita memberi beberapa orang kanak-kanak menghisap rokok elektronik atau vape dikecam netizen hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang wanita pada mulanya menghisap vape dan kemudiaan memberikan kepada seorang kanak – kanak perempuan dan dua orang kanak – kanak lelaki.

Wanita tersebut dikatakan memuatnaik sendiri video berkenaan dan identiti warganegara pelaku masih belum diketahui.

Tindakan wanita itu dikecam netizen dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Ijhanmaxim Bro menulis aku pun vapers gak, tapi agak-agak nak bagi anak sendri cuba.

“Kesian budak kecik ni,” tulis Iman Niniey

TAK SIA-SIA AKU TUNGGU LAMA…..AKHIRNYA AKU DAPAT JUGA…!!!!!! perghhhh….Memang Berbaloi-Baloi La….

Viralberita – Se0rang gadis cun telah memuat naik beberapa keping f0t0 yang sedang menunggu pancingnya yang diharapkan akan dapat membawa pulang ikan yang dipancing. Rasa pelik pulak ye, ingatkan dapat …

Read moreTAK SIA-SIA AKU TUNGGU LAMA…..AKHIRNYA AKU DAPAT JUGA…!!!!!! perghhhh….Memang Berbaloi-Baloi La….

Pelajar perempuan bergaduh berebut lelaki

Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh menjadi viral.
 
Video berdurasi 1.08 minit menunjukkan kedua-dua pelaku yang berpakaian sekolah bergaduh dipercayai berpunca dari berebut seorang lelaki.
 
Video tersebut dipercayai dimuatnaik oleh salah seorang pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut.
 
Rata-rata netizen mengecam perbuatan kedua pelajar terbabit dan menganggap ia adalah perbuatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pelajar.
 
“Kak sekolah ke nak cari laki, kurang didikan agama macam inilah jadinya, malukan mak ayah je,” kata Yusoff Ismail.