Antara 8 Jenis Baka Kucing Paling Unik dan Mahal Di Dunia

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan.

Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing.

8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.

Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank. Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.

sumber dari popsugar.

TAK PUAS TIPU 13 ISTERI, USTAZ KASANOVA MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI KDN TIPU WANITA LAIN LAGI


Mohd Razis Ismail, atau digelar ustaz kasanova, berjaya memperdayakan ramai wanita dengan pelbagai jawatan agama dan perwatakan alim.

Sudah mempunyai 13 isteri melalui perkahwinan poligami yang tidak disahkan, Razis, 33, memperdayakan seorang pelajar berusia 20-an untuk menjadi isterinya.

Terbaru, beliau didakwa menyamar sebagai penolong pengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab hal ehwal Islam dan mereka bernikah di negara jiran.
“Bagaimanapun mereka bercerai ketika usia perkahwinan baru memasuki bulan kedua dan sepanjang tempoh itu, mereka tidak tinggal bersama kerana merahsiakan hubungan daripada pengetahuan keluarga,” satu sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu Harian Metro.
Razis juga mendakwa menjadi imam beberapa masjid di luar negara, antaranya bekas imam masjid-masjid Australia dan Singapura.
Beliau pernah mendakwa bertugas ketua panel syariah persatuan pengguna, ketua hakim tilawah kebangsaan, penolong pengarah bahagian pendidikan Jawi dan pengamal perubatan Islam.
Semuanya semata-mata mahu mengumpan mangsanya untuk meraih wang, hasil ceramah atau perniagaan.
Ekoran itu, Jawi mengeluarkan notis rasmi mengisytiharkannya sebagai individu dikehendaki dan diedarkan kepada pihak berkuasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Farah Wahida Zulkiflee di talian bebas tol bahagian penguatkuasaan 1800 88 1771, lapor akhbar itu lagi.
Waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober tahun lalu selepas ustaz kasanova itu gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Sumber : Malay Mail

MAN U & REAL MADRID JADI ILHAM DATUK SERI VIDA UBAH STADIUM KELANTAN

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang menaja pasukan Kelantan, merancang berlepas ke Eropah dalam usahanya menukar stadium Kota Baru berdasarkan idea kelab-kelab ternama seperti Real Madrid dan Manchester United.
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membayangkan Stadium Sultan Muhammad IV bukan saja ceria diselaputi warna merah jambu, malah bakal diubahsuai setaraf stadium antarabangsa.
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd berkata penampilan baru stadium kelak bukan saja bakal menambah keceriaan Kota Baru, tetapi juga meningkatkan prestasi pemain The Red Warriors (TRW).
“Secara lazimnya seperti Manchester United (MU) dan saya akan ke Manchester pada Februari ini untuk melihat apa benda yang saya boleh ambil.
“Saya inspirasikan Manchester United dan Real Madrid. Bulan Mac saya akan ke Madrid. Saya rasa itu boleh menyuntik semangat pemain untuk menjadi lebih bersemangat.
“Bila semangat kuat dan berkobar-kobar, itu boleh memberikan satu corak perlawanan yang kita tunggu-tunggu. Bila pemain dapat suntikan begini, permainan di padang juga akan berubah,” katanya.
Hasmiza, atau mesra dengan panggilan Dr Vida, ditemui ProjekMMO kelmarin selepas menghadiri majlis persandingan penyanyi Marsha Milan Londoh di sebuah hotel terkemuka di sini.
Jutawan kosmetik itu berjaya memuktamadkan rundingan penajaan bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selama dua musim.
Selain mahu stadium bola sepak berwarna merah jambu dan nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh TRW, 33 syarat tambahan dikenakan kepada pasukan itu.
Dr Vida berkata keseluruhan syarat itu hanya akan didedahkan pada 15 Januari ini semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama badan sukan itu.
“Apa yang orang cakap [sebagai] syarat tetapi, bagi saya, bagaimana cara saya bekerja dan saya akan mula kerjasama membangunkan bola sepak.
“Itu adalah keperluan saya bagaimana saya hendak pastikan kemenangan, kejayaan produk saya datang dalam satu pakej.
“Saya bukan hanya hendak cat saja stadium tetapi overhaul (rombak) dari segi konsep. Saya habiskan (wang) di sana untuk dapatkan faktor ‘wow’ stadium itu sendiri,” katanya sambil melayan peminat bergambar.
“Saya kena kerja lebih daripada jangkaan (ramai) dan pemikiran sebab orang tidak terfikir saya boleh buat sesuatu dengan stadium buruk itu.
“Saya akan jadi legasi bola sepak dunia kerana tiada wanita yang terlibat dalam bidang ini.
“Perempuan ramai minat bola tapi mereka malu-malu, duduk di rumah saja,” kata usahawan 43 tahun itu, yang masih tebal dengan loghat Kelantan.
Dr Vida, yang terkenal dengan slogannya “Qu Puteh barulah putih” melalui program tajaannya di TV3 dan saluran Astro, menggemparkan bola sepak tanah air dengan dua syaratnya itu.
Warna merah jambu menjadi fokus peminat bola sepak Kelantan yang berandaian ia tidak sesuai dengan sukan maskulin.
Namun, beliau berhujah beberapa pasukan ternama di Eropah, termasuk Real Madrid, juga menggunakan jersi merah jambu.

MENARIK!! KISAH PADERI KOMA 17 BULAN PELUK ISLAM


SATU kisah dimana seorang paderi Katolik yang berada dalam koma selama 17 bulan, telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan ALLAH S.W.T dan ditunjukan kepadanya ‘Keindahan Langit’ (Keindahan Syurga)

Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.

Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.

Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.

Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.

“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.

Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. 

“Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang telah dijual.

P/S : ALHAMDULILLAH.

“APA KELAS PAKAI KERETA KANCIL/VIVA?” – HONDA USER


Sekarang dah menjadi trend dengan lambakan gay-gay di Malaysia. Maksud saya ialah budaya ejek mengejek di kalangan ahli-ahli kelab kereta. Yang ada Honda, kutuk Perodua Kancil, yang ada Proton Wira cabuk kutuk kereta Perodua Viva.

Apa kejadahnya semua ini? Cuba tanamkan dalam diri itu sikap menghormati dan persahabatan walaupun kita hanya memandu kerete Proton Tiara. Jangan ingat Tiara tidak boleh berkawan dengan kereta suka seperti Evo dan Skyline. 

Kelompok jenis haters seperti ini semakin membesar dan amat berbahaya. Bahaya orang seperti ini boleh menyebabkan berlakukan permusuhan. Mereka akan kamcing dengan gang-gang kaum sejenis saja. 

Aku pernah terkena dan aku tahu bagaimana menyampahnya dengan gang-gang gay seperti ini. Kalau melepak, bila mereka mula bercerita nak upgrade enjin, mulalah gang-gang gay ini berahsia depan mata kita. Diulangi, depan mata kita. Siap berbisik-bisik lagi. 

Disebabkan perangai seperti inilah membuatkan aku takkan lepak lagi dengan mereka yang gay ini. Kenapa perlu jadi begitu? Sedangkan dalam dunia motorsports ini luas, teramat luas. Tidak mengapa jika kita mengagungkan enjin yang kita miliki tetapi jangan sampai menidakkan kemampuan enjin kereta yang lain. Kita harus bercampur agar kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis enjin yang lain. Kita bertukar-tukar pandangan kerana mungkin ada perkara yang kita boleh ambil untuk tingkatkan prestasi enjin kereta kita sendiri. 

Jadi, buat korang yang gay, berubahlah. Tiada gunanya korang dalam kemlompak korang sendiri dan korang akan anggap korang yang terbaik. Lepas itu jumpa dengan orang yang lebih dari korang, mulalah kata mereka guna barang-barang gempak, padahal standard mended. 

Kalau korang jenis suka berbincang dengan orang lain, maka percayalah, enjin yang korang ada mesti laju seperti roket. Tak baik kutuk mengutuk, diam-diam sudahlah. Sekian. Motorsports for life.

Faradhiya Impikan Cinta Lelaki Yang Matang

Nama penyanyi Farahdhiya mula menjadi sebutan peminat sejak dirinya menjadi naib juara Gegar Vaganza 2.. nampaknya kenyataan terbaru tentang status dirinya pada media telah membuatkan ramai orang terkejut.

Farahdhiya memaklumkan dirinya masih lagi solo. iyerlah.. Wanita secantik ini masih lagi solo, memang la ramai orang terkejut.. Adakah sebab Farahdhiya terlalu memilih buatkan dia masih bersendirian?

Menurut Farahdhiya, ada sebab tersendiri dia agak sukar untuk dipertemukan dengan seseorang teman lelaki yang bersesuaian dengan dirinya.

“Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini.

” Saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak. Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka “control” atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa,” jelasnya.

Kalau dah jodoh tu tak kemana, pasti suatu hari nanti Farahdhiya akan bertemu dengan lelaki yang diimpikan itu.. biasalah setiap wanita yang agak berusia mesti mahukan seorang lelaki yang berfikiran ‘matang’.

Apapun, perkembangan Faradhiya selepas program GV2, beliau akan meneruskan kerjaya nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru tak lama lagi.. tak sabar kami nak dengar, mesti akan mendapat sambutan hebat.

Pelakon Wanita era 90an dicekup dalam Kelab Dangdut

Pelakon wanita terkenal era 90-an antara 14 ditahan dalam Operasi Tahun Baru 2016 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), awal pagi semalam.

Pelakon itu yang berusia 45 tahun ditahan ketika bersembunyi di tingkat dua kelab dangdut di Jalan Chow Kit, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, operasi khas sempena tahun baru itu dilaksanakan bagi menahan individu Islam yang didapati melakukan kesalahan jenayah syariah seperti minum arak, berpakaian tidak senonoh dan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

“Seramai 30 anggota penguatkuasa JAWI turut serta melakukan serbuan dengan mensasarkan kelab dangdut yang menjadi tumpuan individu Islam.

“Individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menghindari pihak berkuasa agama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun kedua-duanya.

“Selain itu, pelakon wanita itu bersama beberapa individu lain pula ditahan dibawah Seksyen 19 akta sama kerana meminum minuman memabukkan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya, ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Datin Melayu selamba pamer belahan dada dalam klip video mat saleh

Siapa tak kenal dengan datin ini, yang belagak ala-ala mat salleh. Suami dia adalah chairman dalam satu kompeni besar menginsurankan nyawa. Umur dah 40 tapi masih ligat beb. Mungkin dia lupa bahawa kekayaan yang ada sekarang ini boleh lesap macam tu je.

Dalam dunia fashion tanah air, Datin ni lebih mesra dikenali sebagai Princess Ezurin Khyra. Dan pernah sekali menghiasi cover GLAM pada Jun 2008. Datin ni terkenal dengan imej seksi terlampaunya dikalangan golongan elitis.

Kalau korang lihat instagram dia.., serius dahsyat beb. Terus-terang cakap la yee.., naik takut pulak dengan VVIP yang perangai macam ini.

Hanya kerana dorang ini VVIP, dorang rasa tak mungkin cerita hodoh dorang akan dikecohkan walaupun berbotol air arak diteguk, baju berbikini.., semua tu katanya ‘enjoy life’.

Tak pasti pulak asal-usul dia ini dari kampung atau memang anak VVIP juga. Tapi harap mak datin ni akan sedar juga satu hari nanti. Mungkin time tua nanti dia bertaubat, sapa tahu kann.

10 Gambar Indah Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan dan Shaiful

SETELAH selamat diijab kabulkan pada 31 Disember lalu, pasangan romantis Marsha Milan Londoh dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam telah diraikan dalam majlis menyambut menantu dan resepsi yang cukup meriah.

Majlis yang berlangsung malam Jumaat di Hotel Majestic Kuala Lumpur ini dihadiri oleh keluarga, rakan-taulan dan beberapa VVIP terkenal.

Antara yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Vida, Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir dan ramai lagi.

Jom kita saksikan beberapa gambar di sekitar majlis pasangan ini..

Marsha yang mengayakan gaun pengantin warna putih hasil rekaan pereka fesyen Rizalman Ibrahim ternyata memukau hadirin yang hadir.

Sementara itu, Marsha yang ditemui media meluahkan rasa syukur dan bertuahnya bersuamikan Shaiful.

Menurut bintang kelahiran Akademi Fantasia ini, suaminya merupakan individu yang banyak menyokong dan cuba memahami dirinya.

Gadis Tercirit Tanpa Sedar Dalam Kelab

Gadis Tercirit Tanpa Sedar Dalam Kelab

Gadis Tercirit Tanpa Sedar Dalam Kelab


Ketika sedang berada di meja bar, tiba-tiba beliau datang kepada saya yang sebelum itu beliau menari bersama rakan lain. Tiba-tiba, hinggalah hampir ke semua pengunjung kelab tersebut keluar kerana tidak tahan dengan baunya.

Menurut seorang individu, bekas teman lelaki wanita itu telah meletakkan sejenis ubat dalam minuman mangsa. Mangsa yang tidak menyedari perbuatan bekas teman lelakinya itu, terus minum minuman berkenaan menyebabkan mangsa tercirit tanpa sedar.

Gadis Tercirit Tanpa Sedar Dalam Kelab | Foto Gadis Ini

Gadis Tercirit Tanpa Sedar Dalam Kelab


Mangsa pada mulanya hanya terasa basah di bahagian punggungnya. Bagaimanapun dia terkejut apabila mengetahui dirinya tercirit tanpa sedar. Difahamkan, bekas teman lelakinya berbuat demikian kerana berang dengan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga di belakangnya.

Jom lihat bagaimana seorang tukang masak telah kencing didalam masakan yang berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup CCTV.

Mat Sentul, Legenda yang kini dipinggirkan, Mengapa Begitu?

Pasti semua orang masih ingat dengan Lagenda ‘Mat Sentul’ kan.. Suatu ketika dulu, wajah pelakon veteran ini sentiasa menghiasi di kaca TV. Setiap filem lakonannya pasti akan memberi kesan yang mendalam pada setiap penonton.. Maklumlah, filem-filem yang dilakonkan ‘Mat Sentul’ sangat kelakar.

Kisah Mat Sentul pernah menjadi viral di laman sosial, ada seorang peminat muda telah bertemu dengan Mat Sentul dan menceritakan keadaan kehidupan pelakon itu sekarang.. Ramai yang menyangka Mat Sentul hidup melarat.. Tetapi, perkara itu dinafikan olehnya sendiri.

Terbaru, ada individu telah terserempak dengan Mat Sentul dan sempat untuk berbual panjang dengannya.. Topik yang menjadi perbualan mereka ialah soal keluarga Mat Sentul.. Soalan yang ditanya mengenai anak-anaknya.

Jawapan dari Mat Sentul cukup ringkas, tapi sangat-sangatlah menyentuh hati setiap orang yang mendengar.. kami pasti ini bukanlah kata-kata yang kita mahu dengar keluar dari mulut seorang lelaki bergelar ayah.

Menurut kata Mat Sentul lagi, anak-anaknya dah lama mengikut haluan masing-masing.. Mungkin anak-anaknya sudah tidak tinggal sekali dengannya dan hidup dengan keluarga mereka sendiri.

Buruk macam mana pun ayah kita, sekurang-kurangnya seminggu sekali datang la menjenguk.. Sihat ke sakit ke ayah kita tu.. Kalau ayah kaya baru sibuk nak jaga dan ambil berat tentang ayah kandung sendiri ke?

Jagalah seorang lelaki yang bergelar ayah itu dengan sebaik-baiknya, sehingga hayat datang menjemput mereka.. Mereka tak minta banyak, hanya belaian kasih sayang anak-anak yang mereka dambakan.